| 1. | Sesuatu kawasan itu sah menjadi zon bebas setelah diisytiharkan oleh YB Menteri Kewangan di dalam Warta Kerajaan Persekutuan sebagaimana peruntukan Seksyen 3(1) Akta Zon Bebas 1990. |
| 2. | Permohonan untuk menjadikan sesuatu kawasan sebagai zon bebas hendaklah mendapat sokongan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu. |
| 3. | Pemohon hendaklah mengemukakan satu kertas kerja kepada Kementerian Kewangan Malaysia dan disalinkan kepada Bahagian Perkastaman Ibu Pejabat bagi tujuan mendapat kelulusan secara dasar ke atas permohonan zon bebas. |
| 4. | Kertas kerja tersebut hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut : |
| | i. | Lokasi kawasan dan keluasan kawasan; |
| | ii. | Status tanah (guna tanah / pemilikan tanah); |
| | iii. | Aktiviti yang ingin dijalankan (business model); |
| | iv. | Jenis barang dan perkhidmatan yang terlibat; |
| | v. | Justifikasi permohonan kawasan sebagai zon bebas; |
| | vi. | Perancangan pembangungan perniagaan (business development planning) untuk memajukan kawasan; |
| | vii. | Daya maju perniagaan (business viability); |
| | viii. | Sumber kewangan; |
| | ix. | Jangkaan pulangan pelaburan (return on investment); |
| | x. | Maklumat syarikat seperti Ahli Lembaga Pengarah / pemegang saham; |
| | xi. | Impak terhadap ekonomi, sosial, keselamatan dan persekitaran; |
| | xii. | Surat sokongan daripada agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Tanah dan Galian Negeri dan lain-lain; dan |
| | xiii. | Lain-lain maklumat lanjut yang diperlukan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. |
| 5. | Setelah dipersetujui oleh YB Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan Melaysia akan mengeluarkan surat kelulusan secara dasar bagi tujuan pewartaan. |
| 6. | Pemohon hendaklah berurusan dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi tujuan penyediaan pelan warta dan berhubung terus dengan JKDM Negeri bagi urusan keperluan kawalan kastam di kawasan yang terlibat. |
| 7. | Kawasan yang dipohon adalah sah sebagai zon bebas setelah diisytihar dalam Warta Kerajaan Persekutuan sebagaimana diperuntukkan di bawah subseksyen 3(1) Akta Zon Bebas 1990. Mana-mana kawasan yang tidak diwartakan adalah dianggap sebagai berada di dalam KUK. |