-
Unit Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan
i) Memastikan tadbir urus organisasi yang melibatkan isu integriti bagi membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi dilaksanakan secara efektif
ii) Bekerjasama dengan Jawatankuasa Integriti & Tadbir Urus (JITU) agensi dalam hal-hal yang melibatkan tadbir urus melalui pengharmonian tugas di antara kedua-dua entity
iii) Menyalurkan dapatan hasil pengesanan dan pengesahan pelanggaran integriti yang melibatkan isu dasar dan prosedur serta sistem dan prosedur kepada JITU untuk tidakan selanjutnya oleh jawatankuasa berkenaan
iv) Mencadangkan penambahbaikan, peningkatan serta pembaharuan kepada dasar/arahan/sistem dan prosedur dalam organisasi kepada JITU Jabatan
-
Unit Pengukuhan Integriti
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi
Menanam dan meningkatkan amalan nilai-nilai murni di kalangan warga supaya menjadi budaya hidup melalui:
i) Mengenal pasti problematic areas dan merangka bentuk inisiatif yang bersesuaian dan efektif untuk menangani masalah di sektor berkenaan (identify and addressing the issues)
ii) Melaksanakan kajian ke atas data-data dalaman atau luaran yang diperolehi untuk mengenalpasti jenis kesalahan, sector problematic areas, kekerapan kesalahan, trends dan sebagainya (cth. SPAN, PIJ, Statistik Tatatertib)
iii) Memastikan pelaksanaan dan pembudayaan nilai-nilai integriti dalam organisasi
iv) Memantapkan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan kesedaran (awareness), pendidikan, bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti JAKIM, ILIM, MAMPU dsb melalui blue ocean strategy.
-
Unit Pengesanan Dan Pengesahan
Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaraan tatakelakuan dan etika organisasi serta melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab
i) Mengesan, melalui sumber-sumber dalaman atau luaran, salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi dan melaporkan serta mengambil tindakan susulan yang berkaitan
ii) Menjalankan penyiasatan awal dalaman untuk mengesahkan wujudnya asas pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta mengemukakan hasil siasatan kepada pihak urus setia tatatertib bagi tindakan susulan
iii) Menyelaras pelaksanaan penyiasatan aduan atau kes salahlaku tatatertib
iv) Melaporkan kes bersifat jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab
-
Unit Pengurusan Aduan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi
i) Menyemak setiap aduan dan maklumat yang diterima (pelbagai saluran cth. e-Aduan) secara telus oleh satu Jawatankuasa Tapisan Aduan yang dibentuk bagi menentukan sama ada melibatkan salahlaku jenayah, tatatertib dan etika organisasi
ii) Menyalurkan setiap aduan yang telah disemak kepada Negeri/ Bahagian/ Cawangan atau Agensi Kerajaan yang terlibat seperti SPRM, PDRM dll
iii) Memberi khidmat nasihat dan panduan kepada pengadu dalaman atau luaran serta pertanyaan berkaitan dengan integriti yang melibatkan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi
-
Unit Pemeriksaan Dan Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa
i) Melaksanakan atau bekerjasama dengan unit-unit pematuhan khusus seperti Bahagian Audit Dalaman, Penguatkuasaan, Jika ada, dalam hal-hal yang berkaitan dengan pelanggaran tatakelakuan dan ketidakpatuhan prosedur kerja bagi tindakan susulan oleh unit integriti dalam aspek tatatertib
ii) Mengadakan pemeriksaan berjadual dan mengejut serta naziran terhadap pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan di Bahagian/ Cawangan/unit yang telah dikenalpasti bagi memastikan pematuhan terhadap dasar, undang-undang, kod etika dan peraturan yang berkaitan telah ditetapkan berdasarkan Akujanji Piagam Pelanggan; (cth: Pemeriksaan Wang Saku, urine test, Kertas Siasatan, ABT dsb.)
iii) Melaksanakan kajian hasil dapatan pematuhan berkaitan keberkesanan pelaksanaan dan ketidakpatuhan terhadap dasar, undang-undang dan peraturan bagi tindakan susulan.
-
Unit Tatatertib
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib
i) Memastikan kes-kes tatatertib semasa dan tertunggak diselesaikan segera terutamanya yang memerlukan keputusan panel tatatertib
ii) Menjadi urus setia dan melaksanakan prosedur tatatertib dan surcaj untuk pertimbangan Lembaga Tatatertib sehingga kes selesai
iii) Melaksanakan kajian analisa ke atas data-data kes tatatertib untuk mengenalpasti isu, trends, sektor bagi cadangan penambahbaikan penginstitusian integriti di agensi.