​(No translation in English)


1. Pengikraran Produk Minuman Bergula Berduti Eksais & Pembayaran Duti Eksais

  • Barang-barang yang akan dikeluarkan dari kilang hendaklah diikrar dalam Borang Eksais No. 7 (E7)
  • Sediakan cek/ bank deraf atas nama  Pengarah Kastam Negeri untuk tujuan pembayaran duti eksais minuman bergula
  • Pembayaran di kaunter juruwang JKDM di stesen yang mengawal kilang
  • Resit pembayaran akan dicetak atas E7
  • Barang-barang hanya boleh dikeluarkan dari kilang/gudang setelah duti eksais minuman bergula dibayar
​2. Pemindahan Produk Minuman Bergula Dengan Sekuriti
  • Pemindahan ke Gudang Berlesen, Kedai Bebas Cukai, Pulau Bebas Cukai adalah dibenarkan di bawah suatu Jaminan Bank menggunakan Borang Eksais No. 8 dan barangan              hendaklah diakui terima oleh stesen penerima dan sekiranya barangan tidak dapat diakaunkan atau tidak diterima bayaran duti perlu dijelaskan.
  • Pemindahan dari kilang atau gudang untuk tujuan eksport adalah dibenarkan di bawah suatu Jaminan Bank menggunakan Borang Eksais No. 8 ke stesen eksport dan perlu                diikrar dalam Borang K2 di stesen eksport.

3. Carta pergerakan barangan berduti eksais minuman bergula dan borang-borang yang digunakan.  

eks1.png

 
E8 : Borang Eksais No. 8 
  • Pemindahan Barangan Berduti Eksais MINUMAN BERGULA dari kilang ke Gudang Berlesen, Kedai Bebas Cukai, Pulau Bebas Cukai dan tidak perlu membayar duti eksais.
  • Stesen penerima hendaklah mempastikan bahawa penerimaan tersebut diaku terima dan satu Salinan borang dikembalikan ke stesen penghantar

E7 : Borang Eksais No. 7
  • Pemindahan Barangan Berduti Eksais MINUMAN BERGULA yang akan dikeluarkan dari kilang ke Pasaran Tempatan dan perlu membayar duti eksais.
  • Sekiranya pengecualian diberikan, butiran pengecualian hendaklah dinyatakan dalam borang Eksais No. 7 tersebut.

K2 : Borang Kastam No. 2
  • Pemindahan Barangan Berduti Eksais MINUMAN BERGULA untuk tujuan pasaran eksport dan tidak perlu membayar duti eksais.