There are no translations available.

Laman Web Portal JKDM menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access berpandukan standard W3C

– Web Accessibility Initiative (WAI) mengikut tatacara garis panduan Web Content Accessibility Guidelines 2.0 .

A) Pengguna cacat penglihatan

Dapatkan perisian percuma komponen (extension) ChromeVox untuk pelayar web Google Chrome di sini.untuk tujuan kandungan teks laman web ini dibacakan dalam bentuk bunyi (audio) percakapan ( dalam Bahasa Inggeris / English ) .

1. Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda perlu memasangnya pada Google Chrome sebagai extension dan sebelum itu harus memuat turun dan pasang (install) terlebih dahulu perisian pelayar web ( Web Browser ) Google Chrome.

2. Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila .klik di sini.

3. Sebagai alternatif , anda juga boleh menggunakan sekurang-kurangnya satu perisian jenis Speech Engine atau Text/Screen Reader atau Text-to-speech (TTS) . Speech engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain mengikut pilihan anda . Contoh perisian lain yang boleh digunakan ialah Microsoft Narrator. yang tersedia dalam Windows 8 / 7 /Vista dan komponen (Chrome extension)Microsurf.

B) Pengguna buta warna

Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna disediakan di ruangan atas setiap halaman Laman Web JKDM. Pengguna boleh memilih warna daripada seleksi warna yang diberikan dan warna templet Laman Web JKDM akan berubah serta-merta.


C) Pengguna warga tua atau mempunyai rabun dekat / jauh

Bagi kategori ini, Laman Web JKDM ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman Laman Web JKDM. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian .

D) Pengguna cacat anggota tangan dan kaki atau masalah kawalan motor saraf / deria sentuhan (motor and dexterity impairments)

1. Laman web ini boleh dilayari dengan tanpa menggunakan peranti tetikus (mouse), iaitu hanya menggunakan papan kekunci (keyboard) dengan menekan butang Tab dan anak panah (arrows) untuk bergerak di sekitar ruang dan elemen antaramuka laman web dan menekan butang Enter atau Spacebar untuk memilih satu elemen antaramuka untuk berinteraksi atau sebagai pautan ke halaman kandungan laman web yang lain.

2. Laman web ini juga boleh dilayari dengan menggunakan peranti tetikus (mouse) sahaja, dibantu dengan perisian tersedia .Windows On-Screen Keyboard

3. Laman web ini juga boleh dilayari dan diakses secara bunyi (audio) menggunakan alat microphone , dalam bentuk arahan percakapan Bahasa Inggeris /English dengan cara jenis perisian (tools) Speech Recognition atau sekurang-kurangnya Speech-to-text menggunakan Teknologi Alat Bantuan ( assistive technology ) seperti perisianWindows Speech Recognition dan perisian komponen (Chrome extension)Speech Recognition Online Speechpad.pw

Rujukan / Links :

1) W3C , Standards , Web Design and Applications , Accessibility : http://www.w3.org/standards/webdesign/accessibility

2) W3C , Web Accessibility - http://www.w3.org/WAI/intro/accessibility.php

3) W3C , Web Accessibility Initiative (WAI) : http://www.w3.org/WAI/WCAG20/glance/

4) W3C , WAI , WCAG 2.0 document : http://www.w3.org/TR/2008/REC-WCAG20-20081211/

​​