(There are no translation available)
Eksport Sementara
Eksport sementara adalah kemudahan yang diberikan kepada pengeksport yang layak untuk mengeksport barang-barang untuk dibaiki (repair), barang-barang untuk tujuan propaganda, penyelidikan, demonstrasi dan akan mengimport semula dengan membuat tuntutan pengecualian duti import/cukai jualan di bawah Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 dan Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018 dengan syarat-syarat tertentu .
Pengeksport Yang Layak Memohon Kemudahan Eksport Sementara:-
- Pengeksport yang hendak mengeksport barang-barang untuk dibaiki akan mendapat pengecualian di bawah butiran 37 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 dan butiran 36 Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018.
- Pengeksport yang menjalankan aktiviti propaganda, penyelidikan dan demonstrasi di luar negara akan mendapat pengecualian di bawah butiran 39 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017.
- Pengeksport yang telah mengimport barangan dan duti/cukai telah dibayar, mengeksport sementara barang tersebut dengan kelulusan bertulis oleh Ketua Pengarah Kastam dan kemudian mengimport semula barangan yang sama di bawah butiran 83 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 dan butiran 37 Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018.
Prosedur Eksport Sementara
Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis dengan disertakan dokumen-dokumen sokongan tertentu kepada Pengarah Kastam Negeri di mana barang-barang itu hendak dieksport untuk kelulusan oleh Pengarah Kastam Negeri bagi pihak Ketua Pengarah Kastam untuk tuntutan pengecualian.
Dokumen-Dokumen Sokongan yang diperlukan:-
i. Surat Perlantikan Ejen
ii. Invois Barangan
iii. Gambar/ Katalog
iv. Deskripsi barangan yang lengkap (Nama Barangan/Model/Jenama dan ukuran dan lain-lain)
v. Dokumen-dokumen lain berkaitan:
- Propaganda/Demonstrasi (Surat dari penganjur & Jadual propaganda/demonstrasi)
- Penyelidikan (Surat pengesahan dari badan penyelidik/institusi penyelidikan luar negara)
- Pembaikan (repair) (Pengesahan dari pihak yang membaiki dalam bentuk laporan pembaikan semasa import semula)