1. | Syarikat GB dilesenkan di bawah Seksyen 65 Akta Kastam 1967. Permohonan untuk mendapatkan lesen GB hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Operasi Zon / Pengarah Kastam Negeri di mana premis GB tersebut berada dengan menggunakan borang JKDM No.1 berserta Lampiran A dan dokumen–dokumen sokongan berdasarkan Senarai Semak di
Lampiran A.
|
2. | Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:- |
|
2.1 |
Gudang Berlesen Awam (GBA) |
| | i. | Hanya syarikat berstatus Berhad atau Sendirian Berhad sahaja yang didaftarkan dengan SSM layak memohon.
|
| | ii. | Memiliki sekurang-kurangnya 30% ekuiti bumiputera dan syarat ini adalah terpakai sepanjang tempoh pelesenan |
| | iii. | Modal berbayar: |
| | | a. | Minimum RM 1,000,000 bagi penyimpanan
barang - barang kritikal; |
| | | b. | Minimum RM 1,000,000
bagi penyimpanan
campuran barang-barang kritikal dan bukan kritikal; dan |
| | | c. | Minimum RM 250,000
bagi penyimpanan barang-barang bukan kritikal. |
| | iv. | Nilai barang-barang yang disimpan untuk tempoh satu (1) tahun hendaklah sekurang-kurangnya: |
| | | a. | RM 3,500,000 bagi barang-barang kritikal; |
| | | b. | RM 3,500,000 bagi campuran barang-barang kritikal dan bukan kritikal; dan |
| | | c. | Tiada nilai minimum untuk barang-barang bukan kritikal. |
| | v. | Keluasan minimum GBA: |
| | | a. | Untuk ruang penyimpanan barang-barang kritikal: 50,000 kaki persegi; |
| | | b. | Untuk ruang penyimpanan campuran barang-barang kritikal dan bukan kritikal: 50,000 kaki persegi; dan |
| | | c. | Untuk ruang penyimpanan barang-barang bukan kritikal: 20,000 kaki persegi. |
| | vi. | Kawasan berlesen boleh dalam bentuk bangunan atau tanah lapang dalam kawasan berpagar yang kukuh dan ditandakan dalam pelan yang diluluskan. |
| | vii. |
Barang-barang yang dibenarkan untuk disimpan di dalam kawasan berlesen tanah lapang adalah barang-barang yang bersaiz besar atau tidak sesuai disimpan di dalam bangunan. Contohnya, paip bagi tujuan penggunaan dalam industri petroleum dan gas, kontena, kenderaan dan jentera berat. |
| | viii. |
Pihak syarikat dibenarkan untuk memaksimumkan ruang gudang dengan susunan bertingkat (stacking) mengikut kesesuaian dengan syarat dagangan yang disimpan selamat, tidak rosak dan mudah dikenalpasti kedudukannya. |
|
2.2 |
Gudang Berlesen Persendirian (GBP) |
| |
i. |
Syarikat yang berdaftar dengan SSM / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) layak memohon. |
| | ii. | Menggudang barang-barang kritikal (minuman keras, rokok, kenderaan, tayar dan beras) atau apa-apa barang yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam milik pemegang lesen sahaja. |
| | iii. | Modal berbayar: |
| | | a. | Minimum RM 150,000 bagi penyimpanan barang-barang kritikal; |
| | | b. | Minimum RM 150,000 bagi penyimpanan campuran barang-barang kritikal dan barang-barang bukan kritikal; dan |
| | | c. | Minimum RM 100,000 bagi penyimpanan barang-barang
bukan kritikal. |
| | iv. | Nilai barang-barang yang disimpan dalam satu (1) tahun hendaklah sekurang-kurangnya: |
| | | a. | RM 5,000,000 bagi barang-barang kritikal; |
| | | b. | RM 5,000,000 bagi campuran barang-barang kritikal dan bukan kritikal; dan |
| | | c. | RM 2,000,000 untuk barang-barang bukan kritikal. |
| | v. | Walau bagaimanapun, kelonggaran syarat di para 2.1(iii) dan 2.1(iv) boleh diberi pertimbangan kepada GBP yang memenuhi salah satu ciri atau keadaan berikut: |
| | | a. | GBP di kawasan yang tiada kemudahan GBA; |
| | | b. | GBP untuk bekalan kapal (ship store) di pelabuhan yang tidak mempunyai kemudahan GBA; |
| | vi. | Kawasan berlesen boleh dalam bentuk bangunan atau tanah lapang dalam kawasan berpagar yang kukuh dan ditandakan dalam pelan yang diluluskan. Barang-barang yang dibenarkan untuk disimpan di dalam kawasan berlesen tanah lapang adalah barang-barang yang bersaiz besar atau tidak sesuai disimpan di dalam bangunan. Contohnya, paip bagi tujuan penggunaan dalam industri petroleum dan gas, kontena,
kenderaan dan jentera berat. |
|
2.3 |
Gudang Berlesen PEKEMA (GB PEKEMA) |
| | i. | Telah disahkan menjadi ahli PEKEMA. |
| | ii. | Pemohon merupakan pemegang AP Terbuka yang diluluskan oleh
Ministry of International Trade and Indutry
/
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). |
| | iii. | Struktur GB dibenarkan dalam bentuk bangunan, bilik pameran atau tanah lapang dalam kawasan berpagar yang ditandakan dalam pelan yang diluluskan. |
| | iv. | Premis GB yang dimohon hendaklah mendapat surat sokongan MITI. |
| 2.4 |
Gudang Berlesen Awam Pelabuhan / Lapangan Terbang |
| | i. |
GBA pelabuhan / lapangan terbang hanya dibenarkan di dalam pelabuhan dan lapangan terbang yang bukan terletak di kawasan ZB. |
| |
ii. |
Hanya syarikat penerbangan, operator terminal lapangan terbang, operator pelabuhan dan pihak berkuasa pelabuhan / lapangan terbang sahaja layak memohon. |
3. | Pertimbangan permohonan lesen baharu semua kategori GB adalah di peringkat Bahagian Perkastaman Ibu Pejabat JKDM. |
4. | Kelulusan secara dasar diberikan selama enam (6) bulan atau untuk suatu tempoh yang munasabah tetapi tidak melebihi tempoh dua belas (12) bulan. |
5. | Lesen GB akan dikeluarkan oleh Pen. KP Zon / PKN Negeri sekiranya semua syarat pelesenan telah dipatuhi. |
6. | Syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum lesen dikeluarkan :- |
| a. | Dibina dari bahan-bahan yang kukuh dan selamat. Pintu keluar / masuk utama barang-barang hendaklah dihadkan kepada satu laluan keluar / masuk sahaja. |
| b. |
Sijil kelayakan menduduki (CFO) / Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan iaitu Certificate of Completion and Compliance (CCC) / kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. |
| c. | Premis dipasang dengan CCTV dan Pegawai Kastam yang mengawal boleh mengakses rakaman CCTV tersebut. |
| d. | Dipasang dengan sistem penggera dengan secukupnya di tempat yang strategik dan dikawal 24 jam oleh Pengawal Keselamatan. |
| e. | Berpagar berukuran ketinggian yang difikirkan sesuai dan selamat oleh Pen. KP Zon / PKN. |
| f. |
Berpagar berukuran ketinggian yang difikirkan sesuai dan selamat oleh Pen. KP Zon / PKN. |
| g. | Lokasi premis tidak berhampiran atau bersebelahan dengan kilang atau tempat yang menyimpan atau mempunyai peralatan yang mudah terbakar atau meletup seperti bahanbahan kimia berbahaya dan selinder gas. |
| h. | Bahan-bahan yang mudah terbakar dan berbahaya hendaklah dilabelkan dan diasingkan daripada barang-barang lain. |
| i. | Mempunyai sistem kawalan inventori secara elektronik. |
| j. | Jaminan Bank dikemukakan mengikut penetapan stesen yang mengawal. |
7. | Lesen GB |
| a. | Bayaran lesen GB adalah sebanyak RM2,400.00 (swasta) / RM240.00 (Agensi Kerajaan) setahun. Lesen dikeluarkan dengan menggunakan Borang JKDM No. 3. |
| b. | Permohonan pembaharuan lesen hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Operasi Zon / Pengarah Kastam Negeri selewat-lewatnya 90 hari sebelum tarikh tamatnya lesen itu dengan menggunakan borang JKDM No.1. Senarai semak dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti di
Lampiran B. |
| c. | Jaminan bank yang perlu dikemukakan:- |
| | i. | GBA |
| | | Permohonan Baharu : |
| | | Barang Kritikal : 10% daripada jumlah duti/cukai bulanan tertinggi bagi barang-barang yang disimpan dalam tempoh pelesenan sebelumnya. |
| | | Barang bukan kritikal : 10% dari nilai purata duti/cukai terlibat bagi tempoh pelesenan sebelumnya. |
| | ii. | GPB |
| | | Permohonan Baharu : |
| | | Nilai jaminan bank minimum adalah 50% daripada anggaran jumlah duti/cukai bagi barang-barang yang akan disimpan di dalam GBP untuk tempoh setahun. |
| | | Pembaharuan Lesen : |
| | | Nilai jaminan bank 50% daripada jumlah duti/cukai bulanan tertinggi bagi barangbarang yang dibawa masuk ke dalam GB dalam tempoh pelesenan sebelumnya. |
| | iii. | GB PEKEMA |
| | | mengemukakan Bon Am (Borang Kastam No. 6, Jadual Ketiga, Peraturan-Peraturan Kastam 2019) yang selaras dengan tempoh pelesenan dan meliputi semua duti / cukai. |
| d. | Syarikat perlu mengemukakan permohonan baharu sekiranya : |
| | i. | No pendaftaran syarikat berubah. |
| | ii. | Pemindahan premis GB daripada satu negeri ke negeri lain. |
| | iii. | Penambahan premis di lot yang dipisahkan oleh sungai atau jalan awam. |
| | iv. | Pertukaran kategori lesen. |
8. | Lesen boleh dibatalkan dalam keadaan berikut:- |
| | i. | Pemegang lesen memohon untuk pembatalan lesen. |
| | ii. | Pemegang lesen telah menamatkan operasi penggudangan. |
| | iii. |
GB tidak aktif untuk tempoh satu (1) tahun tanpa alasan yang munasabah |
| | iv. |
Pembubaran / penggulungan syarikat |
| | v. | Pertukaran nombor pendaftaran syarikat (perubahan entiti) |
| | vi. | Pemindahan GB ke negeri lain. |
| | vii. | Pertukaran kategori GB. |
| | viii. | Atas arahan KPK kerana pemegang lesen telah melanggar peruntukan akta dan peraturan yang berkenaan. |