Profil Bahagian

PENGENALAN

Sebagai antara bahagian teras dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bahagian Cukai Dalam Negeri (CDN) memainkan peranan yang signifikan dalam menjalankan fungsi serta perkhidmatan JKDM. Bahagian ini berada di bawah pentadbiran Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman & Cukai Dalam Negeri) serta dibantu oleh seorang Penolong Ketua Pengarah Kastam (Cukai Dalam Negeri).


FUNGSI BAHAGIAN CUKAI DALAM NEGERI

  1. Cawangan Dasar Cukai Jualan

  2. Mengkaji, menggubal dan mengemaskini dasar-dasar dan prosedur berkaitan dengan penguatkuasaan akta, peraturan-peraturan dan perintah-perintah berkaitan Cukai Jualan. Mengkaji dan memberi keputusan dasar ke atas isu-isu yang dihadapi atau dibangkitkan oleh pihak industri, Kementerian Kewangan, agensi luar, negeri dan zon berkaitan perundangan Cukai Jualan.

  3. Cawangan Dasar Cukai Perkhidmatan

  4. Mengkaji, menggubal dan mengemaskini dasar-dasar dan prosedur berkaitan dengan penguatkuasaan akta, peraturan-peraturan dan perintah-perintah berkaitan Cukai Perkhidmatan. Mengkaji dan memberi keputusan dasar ke atas isu-isu yang dihadapi atau dibangkitkan oleh pihak industri, Kementerian Kewangan, agensi luar, negeri dan zon berkaitan perundangan Cukai Perkhidmatan.

  5. Cawangan Percukaian Antarabangsa

  6. Mengubal dasar-dasar dan prosedur berkaitan dengan penguatkuasaan akta-akta/ peraturan - peraturan cukai antarabangsa Service Tax and Digital Services (SToDS) dan Low Value Goods (LVG). Menyelesaikan isu-isu atau masalah yang dihadapi oleh penyedia/ pengendali perkhidmatan. Pelaksanaan dan pemantauan SToDS dan LVG.

  7. Cawangan Pemantauan Dan Sistem

  8. Pelaksanaan dan pemantauan Cukai Jualan/ Cukai Perkhidmatan/ Cukai Pelancongan di seluruh Zon/ Negeri. Memantau dan mengurus sistem percukaian di bawah Bahagian CDN.

  9. Cawangan Kemudahan

  10. Menetapkan prosedur kawalan pengecualian, kemudahan dan menyelaras serta memantau pelaksanaannya. Mengkaji isu-isu atau masalah yang dihadapi oleh syarikat dan pegawai di zon/ negeri berkaitan pengecualian dan memberikan cadangan penyelesaian. Memberi ulasan dan syor kepada MOF dan Unit Semakan Semula berkaitan permohonan rayuan pengecualian dan kemudahan.

  11. Cawangan Pengurusan Risiko

  12. Mengurus pangkalan data Bahagian CDN bagi tujuan profiling dan pengurusan risiko. Menjalankan analisa risiko ke atas industri dan entiti perniagaan (EP) untuk tindakan lanjut seperti Program Informed Compliance (IC), Operasi Khas Bahagian CDN, audit, siasatan dan bahagian-bahagian lain. Mengurus unjuran dan prestasi pungutan hasil Bahagian CDN.

  13. Cawangan Pengurusan Teknikal

  14. Membuat cadangan pindaan perundangan melibatkan Cukai Jualan, Cukai Perkhidmatan dan Cukai Pelancongan serta perundangan subsidiarinya. Menggubal akta baharu berdasarkan dasar yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Memproses permohonan pembaharuan dan pembatalan Ketetapan Kastam. Menganjurkan Mesyuarat Teknikal Dalaman (SST) dan Mesyuarat Isu Teknikal Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan. Menyampaikan taklimat kepada warga JKDM dan pihak industri.

  15. Cawangan Khas

  16. Mengkaji dan menjawab isu-isu berkaitan layanan dan peralihan CBP dan lain-lain perkara daripada pemegang taruh, pelanggan dalaman/luaran JKDM dan pemain industri. Membuat kajian dasar dan polisi ke atas pelaksanaan Cukai Nilai Tambah (VAT) untuk pertimbangan Kementerian Kewangan Malaysia dan Jabatan. Membuat kajian dasar dan polisi ke atas pelaksanaan Cukai Pelancongan (TTx) bagi tujuan pertimbangan dan kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia dan Jabatan. Membuat kajian dasar dan polisi ke atas pelaksanaan Cukai Mewah (LT) bagi tujuan pertimbangan dan kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia dan Jabatan.

  17. Cawangan Pengurusan Perakaunan Hasil

  18. Mengakaunkan terimaan hasil cukai bagi Cukai Jualan Tempatan, Cukai Perkhidmatan, Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP) dan Cukai Pelancongan secara asas tunai. Mengakaunkan hasil secara asas akruan bagi Cukai Pelancongan. Mengurus dan mengakaunkan pembayaran balik CBP, pembayaran balik khas, Cukai Pelancongan dan Cukai Perkhidmatan Digital. Menguruskan Kumpulan Wang Amanah bagi Pembayaran Balik CBP dan peruntukan tahunan T12 dan B12 bagi pembayaran balik Cukai Dalam Negeri.

  19. Cawangan Konsultasi Dan Penyelarasan

  20. Menguruskan hal ehwal pentadbiran Bahagian CDN termasuk pengurusan sumber manusia, keperluan logistik dan pembangunan kompetensi pegawai. Mengurus laporan-laporan Bahagian CDN. Mengurus aduan awam Bahagian CDN. Menguruskan program Bahagian CDN seperti hand-holding, sesi dialog dan mesyuarat.

Piagam Pelanggan

1. Issuing Customs Ruling within 90 days from the date complete documentation is received by Technical Management Branch, Head Quarters.

2. Decision On Sign-Up Verification Under Schedule B Of The Sales Tax (Persons Exempted From Payment Of Tax) Order 2018 to be issued within 5 working days from the date complete documentation received

‚Äč