​ ​a.​​​Pen​g​gudan​ga​n ​ ​​
​ ​ ​ ​​​​Menggudang barang-barang yang diluluskan oleh Pen. KP Zon / PKN.​
​ ​ ​b.​​​Pecah Pukal (Break Bulk)
 ​ ​​​​Barang-barang yang digudangkan boleh dipecah pukal dan dilepaskan secara berperingkat (partial release).​ ​​
​​​​ ​ ​c.Pembungkusan semula (Repacking)​
​​​ ​ ​ ​ ​Barang-barang yang digudangkan boleh dibungkus semula sama ada untuk dieksport atau untuk pasaran tempatan.​
​​​Pembungkusan semula ini boleh dilakukan dalam keadaan berikut:​ ​ ​ ​​

  • ​​ ​ ​
Pembungkusan semula barang-barang yang sama (homogenous goods) ke dalam bungkusan yang lebih kecil atau lebih besar.

  • ​​​ ​
Pembungkusan semula pelbagai jenis barang untuk menjadi satu set barang-barang.
​​​ ​ ​ ​d.Penandaan semula (Relabelling)
​​ ​ ​​​Aktiviti ini melibatkan tindakan penandaan semula ke atas barang-barang yang diimport, contohnya, menandakan nama pengimport atau pengedar sebelum baran​g-barang tersebut dilepaskan untuk pasaran tempatan atau dieksport semula. Barang-barang yang bukan berasal dari Malaysia tidak boleh ditandakan sebagai "BUATAN MALAYSIA"​
​​​ ​e.Jual beli​​
 ​ ​ ​​​Aktiviti jual beli barang-barang yang disimpan di dalam GB adalah dibenarkan.​
​ ​ ​f.​​Penggabungan (Consolidation)
​​​ ​ ​Penggabungan di antara barang-barang berikut boleh dilakukan bagi tujuan eksport sahaja :-​

​​i.Barang-barang yang diimport;​ ​

​ii.Barang – barang keluaran tempatan;​ ​
​iii.​Barang-barang berasal dari Zon Bebas;​ 

​ ​iv.Barang-barang keluaran Gudang Pengilangan Berlesen; 

​​ ​v.Barang-barang tidak berduti;

​​ ​vi.Barang-barang yang sudah berbayar duti / cukai 

vii.Bagi penggabungan barang-barang yang diimport bersama barang-barang keluaran tempatan bercukai jualan, pemegang lesen hendaklah mengemukakan permohonan bertulis merangkumi butiran barangan kepada stesen Kastam yang mengawal. Pemindahan barang-barang ini hendaklah disertakan dengan Delivery Order.​ ​
​ ​viii.Walau bagaimanapun, penggabungan rokok dan minuman keras dengan barang-barang lain adalah tidak dibenarkan.
 ​ ​g.​​Perdagangan Entrepot 
 ​ ​​​Aktiviti ini melibatkan pengeksportan semula barang-barang diimport. Barang-barang yang terlibat masih tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai​ Import) 2017, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017 dan Akta Perdagangan Strategik 2010.​
 ​h.​​Pusat Perolehan Antarabangsa – IPC, Pusat Pengedaran Serantau – RDC dan Hab Prinsipal ​ ​
 ​ ​ ​​​​Aktiviti yang dibenarkan adalah:​

​ ​i.Pembungkusan semula. 

​ ​ii.Penggabungan barang-barang iaitu barang import / tempatan yang berduti / cukai / tidak berduti / sudah berbayar duti / cukai yang digabungkan dan disimpan untuk tujuan eksport dan jualan tempatan.
​​ ​ ​Permohonan baharu untuk menjalankan aktiviti IPC / RDC / Hab Prinsipal hendaklah dikemukakan kepada Pen. KP Zon / PKN yang mengawal gudang berkenaan berserta dengan dokumen-dokumen berikut: ​​

​ ​i.Surat kelulusan status IPC / RDC / Hab Prinsipal oleh MIDA. 

​ ​ii.Salinan lesen gudang. 

  ​iii.Carta aliran proses aktiviti IPC / RDC / Hab Prinsipal yang hendak dijalankan. iv. Senarai lengkap anggaran kuantiti barang-barang import / belian tempatan setahun, kod tarif dan jumlah duti / cukai terlibat.
​​Permohonan pembaharuan menjalankan aktiviti IPC / RDC / Hab Prinsipal di GB hendaklah dikemukakan kepada Pen. KP Zon / PKN yang mengawal gudang berkenaan. ​ ​ ​
​​Sebarang bentuk perubahan atau penambahan senarai barang-barang untuk aktiviti IPC / RDC / Hab Prinsipal perlu mendapat kelulusan daripada MIDA terlebih dahulu sebelum ianya dikemukakan kepada Pen. KP Zon / PKN yang mengawal gudang berkenaan untuk kelulusan. ​ ​ ​
​​​Stesen yang mengawal GB yang berstatus IPC / RDC / Hab Prinsipal hendaklah memantau aktiviti-aktiviti yang dibenarkan supaya syarat-syarat kelulusan dipatuhi.​ ​ ​