There are no translations available
Prosedur pengimportan sebelum dan selepas mendapat Surat Pengecualian Perbendaharaan seperti berikut :-
A) Prosedur Import dengan menggunakan jaminan bank
Pengikraran dalam Borang Kastam No. 1 (BK1) dibuat sebanyak 2 kali.
- Pengikraran pertama sebelum mendapat kelulusan pengecualian (Provisional)
- Ikrar/isi BK1 secara elektronik melalui Kedai EDI /Agen Penghantaran dengan memilih jenis transaksi Provisional Import.
- Catat/endos BK1 dengan klausa pengecualian import tanpa surat perbendaharaan (semasa pengikraran Borang Kastam di Kedai EDI) seperti berikut:
Saya.................................K/P...........................dari Syarikat................................. dengan ini memohon kebenaran untuk mengimport dan menyimpan mesin-mesin/alat-alat atau bahan-bahan mentah/komponen yang diikrarkan dalam borang ikrar ini di stor kilang saya dialamat......................................di bawah kawalan kastam sementara menunggu kelulusan pengecualian duti kastam dan cukai jualan daripada Perbendaharaan. Saya sertakan bersama jaminan bank berharga RM..................bagi menjamin pembayaran duti kastam dan cukai jualan ke atas mesin-mesin/alat-alat dan bahan-bahan mentah/komponen tersebut sekiranya pengecualian tidak diluluskan oleh Perbendaharaan
- Kemukakan dokumen sokongan seperti berikut:
- Salinan surat akuan terima permohonan pengecualian dari Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) / Perbendaharaan.
- Jaminan bank untuk menjamin duti kastam/cukai jualan yang terlibat dan sahlaku bagi tempoh 6 bulan
- Invois Belian
- Bill of Lading / Air Way Bill
- Packing List
- Permit Import dari agensi lain (Other Government Agency) (jika berkaitan)
- Kemukakan 1 set BK1 tersebut ke Cawangan Import Stesen Kastam di mana dagangan akan dibawa masuk untuk tujuan pemeriksaan/taksiran dan cetakan resit.
- Selepas 6 bulan jika tiada kelulusan pengecualian daripada Perbandaharaan/Kementerian Kewangan, duti/cukai kastam terlibat akan dituntut oleh Kastam melalui jaminan bank yang dikemukakan.
- Pengikraran kedua setelah mendapat keputusan pengecualian (Final) dalam tempoh 3 bulan atau lanjutan hingga 6 bulan dari tarikh import.
- Ikrar/isi BK1 secara elektronik melalui Kedai EDI/Agen Penghantaran dengan memilih jenis transaksiFinal Import.
- Catat/endos BK1 dengan klausa Pengecualian Perbendaharaan Sek. 14(2) (semasa pengikraran Borang Kastam di Kedai EDI) seperti berikut:.
Saya....................K/P......................dari syarikat............................. kini berikrar dan memohon pengecualian duti Kastam (tidak melebihi/sepenuhnya)........ % berkenaan barang-barang tersebut di atas, di bawah kuatkuasa pengecualian yang diluluskan oleh Menteri Kewangan dalam surat perbendaharaan bil no : ............. bertarikh ..................yang mana berkuatkuasa sehingga ................
- Kemukakan dokumen sokongan seperti berikut :
- Salinan surat kelulusan pengecualian daripada Perbendaharaan / Kementerian Kewangan
- Invois Belian
- Bill of Lading / Air Way Bill
- Packing List
- Permit Import dari OGA (jika berkaitan)
- Kemukakan 1 set BK1 tersebut ke Cawangan Import Stesen Kastam di mana dagangan akan dibawa masuk (stesen import seperti yang ditetapkan dalam syarat-syarat pengecualian surat perbendaharaan) untuk tujuan pemeriksaan/taksiran dan cetakan resit.
B) Prosedur Import dengan membayar duti/cukai
- Ikrar/isi BK1 secara elektronik melalui Kedai EDI/Agen Penghantaran dengan memilih jenis transaksiNormal Import.
- Catat/endos BK1 dengan klausa tuntutan pulang balik/refund duti/cukai (semasa pengikraran Borang Kastam di Kedai EDI)
- Kemukakan dokumen sokongan seperti berikut :
- Salinan surat akuan terima permohonan pengecualian dari Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) / Perbendaharaan.
- Invois Belian
- Bill of Lading / Air Way Bill
- Packing List
- Permit Import dari OGA (jika berkaitan)
- Kemukakan 1 set BK1 tersebut ke Cawangan Import Stesen Kastam di mana dagangan akan dibawa masuk (stesen import seperti yang ditetapkan dalam syarat-syarat pengecualian surat perbendaharaan) untuk tujuan pemeriksaan/taksiran dan cetakan resit
- Setelah mendapat surat kelulusan Perbendaharaan, syarikat boleh menuntut pulang balik duti/cukai (Prosedur Pulangbalik Duti/Cukai) dalam tempoh 2 minggu dari tarikh surat kelulusan tersebut atau tempoh yang ditetapkan dalam surat pengecualian Perbendaharaan berkenaan.
C) Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pengarah Kastam Negeri.