PENGENALAN
e-Eksais adalah satu sistem yang telah dibuat penambahbaikan kepada sistem EES. Sistem ini dibangunkan untuk memproses permohonan pelepasan kereta atau motorsikal daripada kilang/loji pemasangan dan juga untuk memproses pembayaran duti eksais secara
Electronic Fund Transfer (EFT)
Sistem ini menghubungkan antara sistem pengilang, Sistem Maklumat Kastam dan Sistem RHB Bank dengan secara langsung menggunakan
leased line.
Sistem ini merangkumi dua proses:
- Proses pelepasan kenderaan daripada loji pemasangan.
- Proses pembayaran Duti Eksais secara
electronic fund transfer (EFT).
Lihat ALIRAN PROSES e-EKSAIS
CIRI-CIRI SISTEM e-EKSAIS
- Sistem berupaya menerima maklumat dan memberi respon secara elektronik, samada kelulusan atau penolakkan dengan kod-kod yang ditetapkan;
- Sistem menjalankan pemprosesan kelulusan pelepasan kenderaan dan pembayaran duti eksais secara automatik. Sistem dapat menjana nombor rujukan Kastam dan nombor resit bayaran duti eksais secara automatik;
- Sistem boleh mengeluarkan laporan-laporan pemantauan yang diperlukan.
KEISTIMEWAAN e-EKSAIS
- Jalinan hubungan antara sistem pengilang dengan sistem RHB Bank dan sistem Kastam tidak melalui pihak ketiga;
- Pembayaran duti eksais dilakukan dengan menggunakan kaedah EFT yang lebih mudah, pantas dan selamat;
- Pendaftaran kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan menjadi lebih cepat dan mudah;
- Kos penyediaan dan penggunaan sistem murah dan menjimatkan;
- Borang Eksais No. 7 tidak diperlukan.
PELAKSANAAN SISTEM e-EKSAIS
- Sistem dibangunkan pada awal tahun 2001. Pengilang yang telah menggunakan sistem:
Bil.
|
SYARIKAT/PENGILANG
|
NEGERI
|
TAHUN
|
1.
|
PERODUA SDN BHD
|
WILAYAH
|
2004
|
2.
|
MODENAS
|
GURUN, KEDAH
|
2006
|
3.
|
PROTON
|
SELANGOR DAN PERAK
|
2001 , 2004
|
4.
|
UMW TOYOTA
|
SELANGOR
|
2001
|
5.
|
AUTOMOTIVE MANUFACTURER (M)
|
WILAYAH
|
2004
|
6.
|
ALLIED PACIFIC MOTOR
|
WILAYAH
|
2003
|
7.
|
NAZAR GROUP
|
KEDAH
|
2004
|
8.
|
SWEDISH MOTOR - FORD
|
WILAYAH
|
2006
|
|
- VOLVO
|
WILAYAH
|
2006
|
9.
|
NAZAR BIKERS SDN.BHD
|
SELANGOR
|
2006
|
10.
|
KAWASAKI SUNROCK
|
SELANGOR
|
2006
|
11.
|
DNC ASIATIC
|
SARAWAK
|
2007
|
12.
|
MOFAZ MOTOSIKAL
|
JOHOR
|
2007
|
13.
|
AUTOMOTIVE CONVERSION ENG.
|
WILAYAH
|
2007
|
14.
|
BOON SIEW HONDA
|
P.PINANG
|
2005
|
15.
|
HONG LEONG YAMAHA
|
WILAYAH
|
2005
|
16.
|
HONDA (M)
|
MELAKA
|
2005
|
17.
|
SUZUKI
|
P.PINANG
|
2005
|
18.
|
TAN CHONG MOTOR
|
WILAYAH
|
2005
|
19.
|
DAIMLER CRYSLER
|
PAHANG
|
2005
|
20.
|
MZ MOTRRAD
|
SELANGOR
|
2006
|
21.
|
ORIENTAL ASSEMBLER
|
JOHOR
|
2006
|
22.
|
BMW GROUP
|
WILAYAH
|
2006
|
23.
|
INOKOM/HYUNDAI BERJAYA
|
KEDAH
|
2004
|
24.
|
BKZ Motor
|
WILAYAH
|
2008
|
25.
|
DNC ASIATIC
|
WILAYAH
|
2008
|
26.
|
CHANGAN Motor
|
WILAYAH
|
2008
|
27.
|
MOFAZ Motosikal
|
SARAWAK
|
2008
|
28
|
NASIM Corporation
|
KEDAH
|
2008
|
29
|
ALADO Corporation
|
JOHOR
|
2008
|
30
|
MALAYSIA FORMULA BIKE
|
P.PINANG
|
2009
|