There are no translations available

Pengisytiharan matawang semasa masuk dan keluar negara hendaklah dibuat bagi memenuhi keperluan Akta Pengubahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001AMLATFA).  Pengembara/penumpang yang masuk atau berlepas dari Malaysia dengan membawa wang tunai atau wang dalam bentuk travellers cheque, bankers draft, bearer cheque, bills of exchange, promissory notes, postal order atau money order yang melebihi jumlah bersamaan dengan USD10,000.00 dikehendaki membuat pengikraran dalam borang Kastam No. 22.

Di bawah  Seksyen 24 dan 25 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 dan Seksyen 23 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) semua pengembara atau penumpang hendaklah mengisytihar mata wang yang ada pada diri tertakluk kepada had yang ditetapkan, di dalam bagasi-bagasi yang dibawa atau kenderaan kepada Pegawai Kastam yang bertugas.

Pegawai Kastam yang hak boleh menahan, menyoal dan memeriksa mana-mana orang serta menahan dan menyita sebarang mata wang tunai yang disyaki tidak diisytiharkan, diisytiharkan dengan palsu atau terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan atau jenayah lain.

Kegagalan untuk membuat pengisytiharan matawang di bawah Akta Kawalan Mata Wang 1953 ( Exchange Control Act 1953 ) atau membuat pengisytiharan palsu adalah satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan apabila disabitkan kesalahan boleh:
  • didenda tidak melebihi RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu juta); atau
  • dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun; atau kedua-duanya; atau
  • dikompaun dengan denda tidak melebihi RM500,000.00
  • Wang tunai dan instrumen pembawa boleh niaga yang berkenaan boleh disita dan dilucuthak.

Pemindahan wang rentas sempadan secara fizikal telah dikenalpasti di peringkat antarabangsa sebagai salah satu cara yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Sekiranya aktiviti-aktiviti ini tidak dikawal, ianya boleh mengancam kestabilan ekonomi dan keselamatan negara.

Prosedur Permohonan Mengikrar Matawang dilampirkan

SEKSYEN 24 AKTA KAWALAN PERTUKARAN WANG 1953

(1) Except with the permission of the Controller and subject

to any order made under this Act, no person shall import

(a) any such notes as may be specified by order of the Controller, being notes issued by a bank or notes of a class which are or have at any time been legal tender in any territory;

(b) any Treasury Bills; and

(c) any certificate of title to any security, including any such certificate which has been cancelled, and any document certifying the destruction, loss or cancellation of any certificate of title to a security.

(2) I n this section the expression "note" includes part of a note and the expression "security" includes a secondary security.

SEKSYEN 25 AKTA KAWALAN PERTUKARAN WANG 1953

(1) Except with the permission of the Controller and subject

to any order made under this Act, no person shall export

(a) any notes of a class which are or have at any time been legal tender in any territory;

(b) any postal orders;

(c) any Treasury Bills;

(d) any gold;

(e) any of the following documents (including any such document which has been cancelled):

(i) any certificate of title to a security and any coupon;

(ii) any policy of assurance;

(iii) any bill of exchange or promissory note expressed in terms of a currency other than that of a scheduled territory and payable otherwise than within the scheduled territories;

(iv) any document to which section 7 applies not issued by an authorized dealer or in pursuance of a permission granted by the Controller; and

(v) any document certifying the destruction, loss or cancellation of any of the documents aforesaid;and

(f) any such articles exported on the person of a traveller or in a traveller's baggage as may be prescribed.

(2) I n this section, the expression 'note' includes part of a note, the expression 'security' includes a secondary security and the expression 'coupon' shall be construed in accordance with the meaning of 'security'.

Had

Had-had bagi pengimportan dan pengeksportan wang kertas dan cek kembara mata wang asing oleh pemastautin dan bukan pemastautin adalah seperti Jadual di bawah:

​IMPORT​​​

EKSPORT​

Pemastautin dan Bukan Pemastautin​

Pemastautin

Mata Wang Asing

Ringgit Malaysia

Mata Wang Asing

Ringgit Malaysia

Tiada Had

Sehingga bersamaan USD10,000

Sehingga bersamaan USD10,000

(USD 10,000)

Sehingga bersamaan USD10,000

(USD 10,000)

Bukan Pemastautin​​​​

Mata Wang Asing

Ringgit Malaysia

Sehingga jumlah wang kertas mata wang asing dan cek kembara yang  dibawa masuk ke Malaysia.

Sehingga bersamaan      USD 10,000

(USD 10,000)

Nota :

Sekiranya melebihi satu jumlah yang bersamaan USD 10,000 dikehendaki mengikrar dengan menggunakan Borang Kastam No. 22 di bawah Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Kastam 1977

Prosedur Permohonan

  1. Setiap pemohon hendaklah mendapatkan surat kebenaran bertulis dari Bank Negara Malaysia sebelum  membawa keluar  matawang dengan menggunakan borang 'Notis ECM 13' yang boleh diperolehi di mana-mana Bank Negara Malaysia, erpandukan kepada Perintah Kawalan Pertukaran Wang (Import Dan Eksport) (Am) 1998. Pemohon perlu melengkapi Borang Kastam No. 22 bersama-sama surat kebenaran bertulis daripada BNM tersebut kepada Pegawai Kastam yang bertugas di pintu keluar atau masuk Negara berpandukan kepada Peraturan 17, Peraturan-peraturan Kastam 1977,
  2. Bagi pengembara/penumpang rakyat Malaysia yang membawa masuk matawang ke dalam Negara hendaklah menggunakan borang kastam no.22. Bagi pengembara/penumpang rakyat asing hendaklah melengkapi borang IMM 26 yang boleh diperolehi di kaunter Imigresen di pintu-pintu masuk.
  3. Borang Kastam No. 22 tersebut boleh didapati di kaunter-kaunter sebelum pemohon melepasi pemeriksaan Kastam.

Peraturan 17, Peraturan-peraturan Kastam 1977

Setiap pengembara atau sesiapa sahaja yang tiba atau meninggalkan Malaysia hendaklah mengisytiharkan dalam Borang Kastam No.22 sebagaimana yang ditetapkan dalam Bahagian 1 Jadual Kedua:-

(a)  Semua barang berduti, dan barang larangan yang diimport dan dieksport, dalam milikannya sama ada pada tubuhnya atau dalam mana-mana bagasi atau dalam mana-mana kenderaannya; dan

(b)  Amaun wang tunai dan instrument pembawa boleh niaga, dalam milikannya sama ada tubuhny​​​a atau dalam mana-mana bagasi atau dalam mana-mana kenderaannya, yang melebihi suatu jumlah yang bersamaan dengan sepuluh ribu Dolar Amerika Syarikat (USD 10,000) sebagaimana yang dikehendaki supaya diisytiharkan oleh Bank Negara Malaysia menurut Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Deklarasi Wang Tunai Dan Instrumen Pembawa Boleh Niaga) 2009.

Perisytiharan di bawah subperaturan (1) hendaklah dikemukakan kepada :-

(a)  Pegawai kastam yang hak, berhubung dengan barang di bawah subperaturan (1)(a); dan

(b)  Pegawai kastam yang diberi kuasa oleh Bank Negara Malaysia di bawah subseksyen 7(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan keganasan 2001, berhubung dengan perkara di bawah subperaturan (1)(b).

​​