Page Content
There are no translations available
PROSEDUR CUKAI PERKHIDMATAN
PENGENALAN
Cukai perkhidmatan adalah cukai tidak langsung berkuatkuasa mengikut peruntukan Akta Cukai Perkhidmatan 1975. Cukai Perkhidmatan mula diperkenalkan pada 1 Mac 1975.
UNDANG-UNDANG BERKAITAN CUKAI PERKHIDMATAN
Undang-undang yang dikuatkuasakan untuk pelaksanaan cukai perkhidmatan ialah:
- Akta Cukai Perkhidmatan 1975
- Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975
- Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2000
PERKHIDMATAN YANG KENA DIBAYAR CUKAI
Perkhidmatan yang dikenakan cukai perkhidmatan disenaraikan dalam Jadual Kedua, Peraturan-Peratutran Cukai Perkhidmatan 1975. Perkhidmatan yang dikenakan cukai perkhidmatan dibahagikan kepada beberapa kumpulan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:
Kumpulan A hotel.
Kumpulan B1 restoran, bar-bar, snek-bar, rumah kopi yang terletak dalam hotel lebih 25 bilik.
Kumpulan B2 restoran, bar-bar, snek-bar, rumah kopi yang terletak dalam hotel 25 bilik atau kurang. Kumpulan C restoran, bar-bar, snek-bar, rumah kopi yang terletak di luar hotel.
Kumpulan D kelab malam, dewan tari, kabaret, pusat kesihatan, rumah urut dan tempat-tempat perniagaan yang memiliki Lesen Rumah Awam Kelas Petama, Kedua atau Kelas Ketiga dan Lesen Rumah Bir Kelas Pertama, Kedua.
Kumpulan E kelab persendirian.
Kumpulan E1 padang golf dan lapangan sasar golf selain daripada dalam kumpulan A dan E.
Kumpulan F hospital persendirian.
Kumpulan G penyediaan perkhidmatan lain - perkhidmatan akauntan, peguam, jurutera, arkitek, kiriman cepat, jurukur dan penilai, pengawal/perlindungan keselamatan, pekerjaan pusat-pusat servis dan membaiki kenderaan bermotor, ruang letak kereta, ejen-ejen penghantaran, pengiklanan, klinik veterinar, telekomunikasi, insuran, kereta sewa dan firma-firma khidmat perunding, perkhidmatan pengurusan.
PENGENAAN CUKAI PERKHIDMATAN
- Cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan dan didapatkan secara levi atas apa-apa perkhidmatan yang kena di bayar cukai yang disediakan oleh mana-mana orang yang kena membayar cukai.
- Definisi
- Perkhidmatan Yang Kena Di bayar Cukai :
Perkhidmatan yang kena dibayar cukai seperti dinyatakan dalam Jadual Kedua, Peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan 1975.
- Orang Yang Kena Membayar Cukai :
Mana-mana orang yang kena membayar cukai seperti dinyatakan dalam Jadual Kedua, Peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan 1975.
- Orang yang dimaksudkan dalam Akta ialah orang perseorangan, sesuatu firma, sesuatu pertubuhan, sesuatu persatuan, sesuatu syarikat dan mana-mana orang lain di sisi undang-undang;
NILAI JUALAN PEROLEHAN TAHUNAN
- Maksud perolehan jualan tahunan ialah perolehan jualan perkhidmatan bercukai yang dibuat dalam tempoh dua belas bulan atau sebahagian daripadanya .
- Orang yang kena membayar cukai perkhidmatan tertakluk kepada cukai perkhidmatan apabila nilai perolehan jualan perkhidmatannya mencapai Nilai Jualan Perolehan Tahunan (threshold) seperti yang ditetapkan berikut:-
|
Jenis Perkhidmatan
|
Threshold
|
|
Hotel , Restoran, bar-bar, snek-bar, rumah kopi yang terletak dalam Hotel 26 bilik ke atas
|
26 bilik dan ke atas. Tiada Threshold
|
|
Kelab malam, dewan tari, kabaret, pusat kesihatan rumah urut dan tempat- tempat perniagaan yang tempat perniagaan yang memiliki Lesen Rumah Awam Kelas Petama, Kedua atau Kelas Ketiga dan Lesen Rumah Bir Kelas Pertama, Kedua.
|
Tiada Threshold
|
|
Ejen-ejen penghantaran
|
Tiada Threshold
|
|
Telekomunikasi, insuran, akauntan, peguam, jurutera, arkitek, jurukur, firma-firma khidmat perunding dan pengurusan.
|
Tiada Threshold
|
|
Restoran, bar-bar , snek-bar, rumah kopi yang terletak dalam hotel 25 bilik dalam hotel 25 bilik atau kurang.
|
RM300,000.00
|
|
Restoran, bar-bar, snek-bar, rumah kopi yang terletak di luar hotel
|
RM3,000,000.00
|
|
Kelab Persendirian, hospital persendirian, pengiklanan, klinik veterinar, kereta sewa
|
RM300,000.00
|
|
Padang golf dan lapangan sasar golf selain daripada dalam kumpulan A dan E.
|
RM300,000.00 atau Kurang
|
|
Penilai, perkhidmatan keselamatan, pusat-pusat servis dan membaiki kenderaan bermotor, ruang letak kereta dan kiriman cepat.
|
RM150,000.00
|
- Nilai jualan perolehan tahunan dikira :-
- bermula dari tarikh perniagaan mula beroperasi sehingga nilai threshold dicapai dalam tempoh 12 bulan atau sebahagian daripadanya,
- Nilai jualan perolehan tahunan diambil kira atas semua perkhidmatan yang kena dibayar cukai yang disediakan, dan
- dikira dari nilai perolehan jualan dari perkhidmatan yang disediakan dalam satu kumpulan yang sama dalam Jadual Kedua , Peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan 1975.
PERMOHONAN LESEN
- Orang yang kena membayar cukai yang menyediakan perkhidmatan yang kena dibayar cukai dikehendaki memohon lesen cukai perkhidmatan.
- Permohonan oleh badan korporat atau oleh badan bukan korporat hendaklah ditandatangani oleh tuan punya, pengarah, setiausaha atau mana-mana orang yang bertanggungjawab menerima notis atau lain-lain dokumen bagi pihak badan tersebut. Bagi perkongsian pula, permohonan hendaklah ditandatangani oleh semua pekongsi.
- Permohonan lesen mestilah menggunakan borang JKED No. 1 dan hendaklah dikemukakan dalam dua salinan ke Pejabat Kastam di daerah di mana tempat perniagaan dijalankan. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut
- Surat permohonan rasmi syarikat
- Surat perlantikan orang yang diberi kuasa berurusan dengan Jabatan Kastam.
- Dokumen pendaftaran syarikat ROB/ROC
- Memorandum & article of Association
- Salinan kad pengenalan/pasport
- Dokumen pengesahan kelayakan profesional dari badan-badan profesional, jika berkaitan.
- Salinan lesen dari pihak berkuasa tempat jika berkaitan.
- Lesen ejen kastam, lesen gudang berlesen awam, depoh pelepasan pendalaman jika berkaitan.
- Gambar pemohon bersaiz pasport
- Memorandum & Article of Association (MAA)
- Permohonan lesen cukai perkhidmatan tidak dikenakan apa-apa bayaran.
- Mana-mana orang yang dilesenkan hendaklah menjalankan perniagaan hanya ditempat atau premis yang dinyatakan dalam lesennya.
- tiap-tiap orang yang kena membayar cukai dan yang berlesen hendaklah mempamerkan lesennya di tempat yang selamat dan mudah dilihat.
LESEN BERPUSAT
- Lesen cukai perkhidmatan berpusat dibenarkan jika :
- Cawangan tidak menyelenggarakan sebarang rekod,
- Semua urusan invois, mengeluarkan resit, pembayaran dan akaun disimpan oleh Ibu Pejabat atau Pejabat Pusat.
- Cawangan ditubuhkan hanya sebagai saluran jualan sahaja.
PINDAAN DAN PEMBATALAN LESEN
- Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah menyampaikan lesennya ke Pejabat Kastam di mana lesen dikeluarkan untuk pindaan atau pembatalan, apabila:
- ia berhenti menyediakan perkhidmatan/perniagaan bercukai.
- ia masuk dalam suatu perkongsian atau seorang pekongsi menarik diri atau seorang pekongsi baru ditambahkan kepada suatu perkonsian.
- ia mengambil alih apa-apa perniagaan yang dilesenkan di bwah seksyen 8 atau 8A Akta.
- ia menjadi orang kena cukai dalam kumpulan yang berlainan dalam Jadual Kedua.
- ada apa-apa perubahan tentang nama sesuatu syarikat atauperniagaan.
- ada apa-apa perubahan tentang alamat perniagaan.
- diminta berbuat demikian oleh Ketua Pengarah.
KADAR CUKAI
- Mulai 1.1.2011 Menteri menetapkan cukai perkhidmatan pada kadar 6% .
- Kadar cukai perkhidmatan bagi penyediaan bilik-bilik bagi tempat menginap atau tempat tidur kepada seseorang yang bertanggungjawab memajukan hotel berkenaan atau industri pelancongan Malaysia, tanpa bayaran dikenakan atau dikutip cukai, adalah $2.00 bagi satu bilik, satu malam.
BILA CUKAI PERKHIDMATAN DILEVIKAN DAN DIBAYAR
- Cukai perkhidmatan dilevikan bila perkhidmatan yang kena dibayar cukai disediakan dan invois atau resit dikeluarkan kepada pelanggan.
- Cukai perkhidmatan kena dibayar dalam masa 28 hari selepas tamat Tempoh Bercukai (taxable period) yang ditetapkan. Tempoh Bercukai yang ditetapkan ialah dua bulan bagi satu tempoh bercukai. Jika lesen dikeluarkan dan berkuatkuasa pada bulan Januari tempoh bercukai akan ditetapkan bagi syarikat itu ialah Januari-Februari, Mac-April, Mei-Jun, Julai-Ogos, September-Oktober, November-Disember.
- Jika penyedia perkhidmatan tidak mendapat bayaran selepas invois dikeluarkan, Cukai perkhidmatan hendaklah di bayar dalam tempoh 12 bulan dari tarikh invois dikeluarkan.
- Bayaran hendaklah dibuat dengan mengikrarkan nilai jualan dalam penyata Borang CJP1 dalam tiga salinan kepada Pejabat Cukai Perkhidmatan, Jabatan Kastam dalam daerah di mana tempat perniagaannya dijalankan.
- Pembayaran cukai perkhidmatan mestilah diserahkan bersama penyata. Bayaran boleh dibuat dengan
- Wang tunai;
- Kiriman pos atau kiriman wang; atau
- Cek atau Bank Draf, atas nama Pengarah Kastam Negeri di mana cukai tersebut dibayar.
TANGGUNGJAWAB MENYIMPAN REKOD
- Tiap-tiap orang yang kena membayar cukai hendaklah menyenggarakan dan menyimpan rekod-rekod yang lengkap dan benar ditulis kemaskini bagi segala urusniaga berkenaan perkhidmatan-perkhidmatan atau barang-barang yang kena dibayar cukai dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris. Buku-buku akaun dan rekod-rekod lain yang dikehendaki diselenggarakan hendaklah disimpan selama enam tahun dari tarikh terakhir pada buku-buku akaun, rekod-rekod dan invois-invois berkenaan.
KESALAHAN-KESALAHAN DIBAWAH AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 1975
Seksyen 29 Akta : -
- Gagal untuk memohon Lesen Cukai Perkhidmatan;
- Gagal untuk mengenakan cukai ke atas perkhidmatan yang ditetapkan yang disediakan oleh atau di mana-mana tempat-tempat perniagaan yang ditetapkan yang dijual atau dibekalkan oleh atau mana-mana tempat-tempat perniagaan yang ditetapkan;
- Gagal untuk menyerahkan penyata dan pembayaran cukai;
- Gagal untuk menyimpan buku-buku akaun dan lain-lain rekod.
- Gagal untuk mengeluarkan invois atau mengeluarkan resit.
- Memungut cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan-perkhidmatan dan barang-barang yang tidak kena cukai.
- Menjalankan perniagaan pada mana-mana tempat atau permis yang tidak dinyatakan dalam lesen yang dikeluarkan;
- Tidak atau enggan mengemukakan sesuatu buku, dokumen atau benda untuk diperiksa oleh kastam;
- Tidak atau enggan memberi maklumat yang betul;
- Membayar satu amaun cukai perkhidmatan kurang daripada yang dikehendaki; atau
- Dalam apa-apa cara menghalang seseorang pegawai yang hak daripada menjalankan tugas-tugasnya di bawah Akta ini.
Seksyen 32 Akta-
- Meninggalkan daripada sesuatu penyata yang dibuat, apa-apa maklumat berhubung dengan cukai perkhidmatan;
- Membuat sesuatu pernyataan atau catatan palsu dalam sesuatu penyata yang dibuat di bawah peraturan-peraturan;
- Memberi sesuatu jawapan palsu sama ada secara lisan atau bertulis kepada apa-apa soalan atau permintaan maklumat yang ditanya atau dibuat;
- Menyedia atau menyenggarakan atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan sesuatu buku akaun palsu, invois palsu atau lain-lain rekod palsu atau memalsukan atau membenarkan pemalsuan sesuatu buku akaun invois atau rekod; atau
- Menggunakan atau membenarkan penggunaan tipuan, perbuatan atau alat.
- Juga menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 31 Akta bagi seseorang yang bukan orang kena cukai untuk mengenakan caj atau memungut cukai perkhidmatan ke atas mana-mana perkhidmatan yang ditetapkan yang disediakan atau barang-barang yang ditetapkan yang dijual atau dibekalkan olehnya atau bagi pihaknya.
- Penalti bagi mana-mana kesalahan di bawah Seksyen 32 ialah denda tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih dari lima ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya.
|