​​​​​​​​​​There are no translations available.

Perhatian kepada semua:

(1)  Pengeluar air minuman (drinking water)

(2)  Pengeluar air mineral yang diperolehi dari dalam bumi melalui “tubewell”

  • Kedua-dua kategori pengeluar seperti di atas hendaklah memohon lesen cukai jualan di bawah seksyen 13 Akta Cukai Jualan 1972 sekiranya ada menjalankan pengilangan botol plastik samaada untuk dijual atau digunakan bagi mengisi air yang dikeluarkan.

  • Sekiranya nilai botol yang dikeluarkan tidak mencapai RM100,000 setahun, pengilang hendaklah memohon Sijil Pengecualian daripada Pelesenan di bawah seksyen 14 Akta Cukai Jualan 1972.

  • Pengilang berlesen layak mendapatkan bahan mentah (pre form, glue, cab dan label) tanpa cukai jualan dengan membuat permohonan menggunakan kemudahan CJ.No. 5 kepada pejabat kastam di mana pengilang dilesenkan.

  • Cukai jualan hendaklah dibayar ke atas nilai botol plastik dengan mengambilkira kos semua input untuk membuat botol termasuk bahan-bahan lain yang diperolehi menggunakan kemudahan CJ. No. 5.

  • Permohonan untuk mendapatkan lesen atau Sijil Pengecualian daripada Pelesenan hendaklah dikemukakan kepada pejabat kastam, Pusat Pelesenan Bersetempat yang berhampiran dengan tempat utama urusan pemohon.

Daripada:

Pengarah Kastam
Bahagian Cukai Dalam Negeri
Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia
Putrajaya.
​​​