SEMUA PENGUSAHA RESTORAN YANG NILAI JUALAN TAHUNAN MELEBIHI RM 3JUTA MESTI DILESENKAN DI BAWAH AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 1975.
PASTIKAN ANDA MEMBAYAR CUKAI PERKHIDMATAN KEPADA PENGUSAHA RESTORAN YANG DILESENKAN DENGAN JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA.
1. Orang awam boleh menolak untuk membayar cukai perkhidmatan sekiranya restoran gagal menunjukkan lesen cukai perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
2. Orang awam berhak meminta resit atau invois, tertera Cukai Perkhidmatan 6% atau tax inclusive 6%.
3. Orang awam boleh membuat rujuksilang senarai restoran yang dilesenkan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 melalui laman web KDRM di alamat
www.customs.gov.my, atau kepada Pengarah Kastam Negeri/ Ketua Bahagian Cukai Dalaman di Pejabat Kastam negeri-negeri berkenaan.
4. Orang awam boleh membuat aduan/ cadangan terus kepada Jabatan Kastam melalui
E-Aduan atau kepada Ketua Bahagian Cukai Dalaman Negeri berkenaan.
5. Orang awam boleh mendapat dan muat turun maklumat/ panduan mengenai cukai perkhidmatan melalui laman web JKDM di alamat
www.customs.gov.my di bawah tajuk Cukai Dalaman (Internal Tax) sub tajuk Cukai Perkhidmatan (Service Tax).
6. Untuk makluman, kesalahan tidak mendapatkan lesen cukai perkhidmatan dan tidak mengeluarkan invois jika sabit boleh didenda RM 5000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.
7. Service Charge dan Service Tax/Government Tax adalah berbeza.
Service Charge (10%) adalah bayaran yang dikenakan oleh pihak restoran itu sendiri untuk perkhidmatan (service) yang diberikan kepada pelanggan.
Service Tax / Government Tax (6%) adalah dipungut bagi pihak Kastam Diraja Malaysia seperti yang tertakluk di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975.