There are no translations available.
KONSEP
Industri Petroleum dan Gas dibahagikan kepada dua iaitu Industri Huluan dan Hiliran:
- Industri Huluan (Upstream) - Ia merupakan satu proses carigali minyak mentah / gas asli yang bermula dari aktiviti ekplorasi, penggerudian (drilling), pengeluaran dan penyimpanan.
- Industri Hiliran (Downstream) - Merupakan aktiviti pengilangan barangan / peralatan yang akan digunakan di peringkat huluan. Ia termasuk industri dalam proses penapisan dan penghasilan produk– produk berasaskan petroleum.
PENGECUALIAN
- Butiran 107 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan Butiran 70 Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008 – pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas bahan-bahan / komponen / alat kelengkapan yang diguna pakai secara langsung di dalam Industri Huluan Petroleum.
- Butiran 126 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan Butiran 78 Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008 – pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas bahan-bahan dan komponen yang digunakan dalam proses pengilangan industri sokongan (fabricator).