Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Navigate Up

News & Updates Details

MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK PERKASTAMAN

Date: 16/04/2025

​​​MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK PERKASTAMAN

Oleh : PPK Ahmad Shahir bin Idris dan PPK Raula Khuzaimah binti Zolkipli, Cawangan Hal Ehwal Antarabangsa, Bahagian Perancangan Korporat


Pada 15 April 2025, YBhg. Dato’ Anis Rizana binti Mohd Zainudin, Ketua Pengarah Kastam Malaysia, telah mengetuai delegasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebagai co-chair dalam menghadiri 3rd Senior Officials Meeting (SOM) bersama Australian Border Force (ABF) yang telah berlangsung di Canberra, Australia.

 

Mesyuarat ini, yang dipengerusikan oleh Commissioner Gavan Reynolds AO, berperanan sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai aspek perkastaman. Antara fokus utama termasuklah kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang, pematuhan, teknologi sempadan serta menangani isu-isu keselamatan serantau yang semakin kompleks dan mencabar.

 

Malaysia dan Australia telah menjalin hubungan Rakan Strategik Komprehensif (Comprehensive Strategic Partnership – CSP) yang menekankan kepentingan kerjasama dalam bidang-bidang utama. Hasil perbincangan dan pencapaian mesyuarat ini turut direkodkan dalam laporan rasmi CSP, mencerminkan komitmen bersama terhadap keselamatan sempadan dan kelancaran perdagangan antarabangsa.

 

Penyertaan aktif JKDM dalam SOM ini menzahirkan iltizam berterusan untuk memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama strategik dalam pengurusan sempadan dan tadbir urus kastam yang moden, cekap dan berintegriti.

Delegasi JKDM turut disertai oleh Puan Siti binti Mang, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan); Tuan Koh Joo Kai, Pengarah Siasatan; serta Puan Nor Shahila binti Abdul Latiff, Penolong Kanan Pengarah Kastam I.


 CEKAP, TANGKAS DAN INTEGRITI


image.png