SELAMAT TAHUN BARU CINA 2015
GONG XI FA CHAI
Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pegawai dan pelanggan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang berbangsa Cina.
Mengikut Kalender Lunar, tahun ini merupakan "Tahun Kambing" yang melambangkan kreativiti, kebijaksanaan, kewibawaan dan ketenangan.
Saya berharap tahun 2015 yang amat mencabar bagi Jabatan Kastam Diraja Malaysia, dapat dilalui melalui kebijaksanaan , kewibawaan dan kreativiti pegawai- pegawai Jabatan Kastam dengan penuh iltizam dan kesabaran.
Sekali lagi, saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.Hati- hati ketika memandu di musim perayaan ini agar selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Gong Xi Fa Chai
Dato'Sri Khazali bin Haji Ahmad
Ketua Pengarah Kastam Malaysia