​​​​​

Content Editor

There are no translations available.


Adalah dimaklumkan bahawa YB Menteri Kewangan bersetuju supaya:

(a) Pengecualian cukai perkhidmatan diluluskan mulai 1 Januari 2012 di bawah Seksyen 6 Akta Cukai Perkhidmatan 1975 ke atas:

i. Semua perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh mana-mana orang dalam zon bebas dan dibekalkan kepada mana-mana orang dalam zon bebas;

ii. Semua perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh mana-mana orang dalam zon bebas dan dibekalkan kepada mana-mana orang dalam kawasan utama kastam;

iii. Semua perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh mana-mana orang dalam kawasan utama kastam dan dibekalkan kepada mana-mana orang dalam zon bebas; dan

iv. Semua perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh mana-mana orang dalam kawasan utama kastam atau dalam zon bebas berkaitan dengan apa-apa perkara di Langkawi, Tioman, Labuan dan Kawasan Pembangunan Bersama (Joint Development Area).

(b) Permohonan daripada mana-mana orang untuk pulang balik cukai perkhidmatan tersebut di perenggan (a) diatas yang telah dibayar sebelum 1 Januari 2012 adalah tidak diluluskan;

(c) Cukai Perkhidmatan ke atas semua perkhidmatan tersebut di perenggan (a) diatas  yang tidak dikutip sebelum 1 Januari 2012 diremitkan dibawah Seksyen 22 Akta Cukai Perkhidmatan 1975;

(d) Cukai Perkhidmatan tidak dikenakan bagi:

i. Semua perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh mana-mana orang dalam zon bebas dan dibekalkan kepada mana-mana orang dalam Langkawai, Labuan, Tioman dan Kawasan Pembangunan Bersama (Joint Development Area).

ii. Semua perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh mana-mana orang dalam kawasan utama kastam dan dibekalkan kepada mana-mana orang dalam Langkawai, Labuan, Tioman dan Kawasan Pembangunan Bersama (Joint Development Area).

(e) Pengecualian cukai perkhidmatan seperti di perenggan (a) dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai seperti di perenggan (d) adalah terpakai sehingga Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan dan semua bekalan perkhidmatan hendaklah tertakluk kepada layanan yang ditetapkan di bawah perundangan GST kelak.

Sehubungan itu, pihak Y. Bhg. Dato'/Tuan/Puan hendaklah melaksanakan keputusan dasar ini di semua peringkat stesen Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan juga memaklumkan kepada semua industry yang berkaitan.

Pengarah Kastam
Bahagian Cukai Dalam Negeri
Ibu Pejabat, Putrajaya