​​​​​​​​There are no translations available.​​​

Apakah itu cukai perkhidmatan?

  • Cukai perkhidmatan adalah satu jenis cukai dalam negeri yang dikenakan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 (ACP).
  • Cukai Perkhidmatan dikenakan ke atas apa-apa perkhidmatan yang kena dibayar cukai yang disediakan oleh mana-mana orang yang kena membayar cukai (pemegang lesen).

Bilakah cukai perkhidmatan dikenakan?

  • Apabila perkhidmatan diberikan

Berapakah kadar cukai perkhidmatan yang dikenakan?

  • 6% dari nilai perkhidmatan

Apakah jenis perkhidmatan yang kena dibayar cukai?

  • Jenis perkhidmatan yang kena di bayar cukai disenaraikan dalam Jadual Kedua Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975 seperti berikut :

KUMPULAN

JENIS PERKHIDMATAN

​​Kumpulan A​

Hotel

Kumpulan B1

Restoran Terletak Dalam Hotel Yang Mempunyai Lebih Daripada 25 Bilik​​

Kumpulan B2

Restoran Terletak Dalam Hotel Yang Mengandungi 25 Bilik Atau Kurang

Kumpulan C

Restoran Terletak Di Luar.

Kumpulan D

Kelab Malam, Dewan Tari, Kabaret, Pusat Kesihatan, Rumah Urut, Rumah Awam Dan Rumah Bir.

Kumpulan E

Kelab Persendirian

Kumpulan E1

Padang Golf Dan Lapangan Sasar Golf Selain Daripada Dalam Kumpulan A Dan E.

Kumpulan F

Hospital Persendirian

Kumpulan G

Penyedia Perkhidmatan Lain

Adakah perkhidmatan bercukai yang disediakan di luar Malaysia (termasuk Langkawi, Labuan dan Tioman) tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

  • Tidak. Nilai perkhidmatan ini juga tidak diambil kira dalam pengiraan threshold.

Adakah perkhidmatan bercukai yang disediakan di dalam Malaysia kepada pelanggan di luar Malaysia berkaitan dengan barang, tanah dan perkara-perkara berkaitan Malaysia tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

  • Ya, nilai perkhidmatan tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

Adakah perkhidmatan bercukai yang disediakan di dalam Malaysia kepada pelanggan di luar Malaysia tidak berkaitan dengan barang, tanah dan perkara-perkara berkaitan Malaysia tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

  • Tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

Bagaimanakah cara untuk memohon lesen cukai perkhidmatan?

  • ​Permohonan lesen cukai perkhidmatan boleh dibuat secara berikut :
    • Secara manual
    • Secara online

Bilakah sesuatu lesen cukai perkhidmatan berkuatkuasa?

  • Seperti tarikh kuatkuasa yang tercatat di atas lesen.

Perniagaan saya mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara, adakah setiap cawangan perlu dilesenkan secara berasingan?

  • Pemegang lesen boleh memilih untuk dilesenkan secara berpusat atau mengikut cawangan masing-masing dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Berapa lamakah setiap tempoh bercukai?

  • ​Tempoh bercukai yang ditetapkan di bawah peruntukan Seksyen 2 ACP 1975 adalah dua (2) bulan kalendar atau sebahagian daripada dua bulan itu berakhir . pada hari terakhir bulan yang kedua.

Premis syarikat saya akan berpindah ke tempat lain, apakah perlu saya buat ?

  • Memohon pindaan lesen
  • Prosedur Pindaan Lesen :
    • ​Mengemukakan surat permohonan (free format) berserta lesen asal kepada Bahagian Cukai Dalam Negeri di Pejabat Kastam yang mengeluarkan lesen.
    • Lesen yang telah dipinda akan diserah kembali kepada pemegang lesen.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan apabila berlaku kehilangan lesen?

  • buat laporan polis kehilangan lesen
  • Maklumkan secara bertulis kepada pejabat kastam yang mengawal dan mohon satu salinan lesen.

Bilakah saya perlu memohon untuk membatalkan lesen dan apakah prosedurnya?

  • Pembubaran syarikat
  • Pemilik atau rakan kongsi meninggal dunia
  • Pemegang lesen berhenti berniaga
  • Tidak lagi menyediakan perkhidmatan kena cukai
  • Perubahan taraf syarikat
  • Nilai perolehan jualan perkhidmatan tahunan tidak mencapai threshold.
  • Perubahan penyediaan perkhidmatan kena cukai
  • Apabila diarah oleh Ketua Pengarah Kastam

Apakah borang yang digunakan untuk membayar cukai perkhidmatan?

  • Borang CJP No. 1(satu salinan).

Bilakah tempoh masa untuk mengemukakan penyata dan membayar cukai?

  • Penyata CJP No. 1 berserta bayaran perlu dikemukakan ke Pejabat Kastam yang mengawal dalam tempoh 28 hari selepas tamat satu-satu tempoh bercukai yang ditetapkan.
  • Sekiranya hari terakhir penyerahan penyata jatuh pada hari kelepasan mingguan/am, maka tarikh akhir penyerahan penyata dan pembayaran cukai adalah pada hari kerja berikutnya.

Dalam bentuk apakah pembayaran cukai boleh dibuat?

  • Bayaran cukai boleh dibuat secara:
    • ​​​Wang Tunai ;
    • Kiriman pos atau kiriman wang atas nama Pengarah Kastam Negeri; atau
    • Cek atau deraf bank atas nama Pengarah Kastam Negeri.

Sekiranya tiada perkhidmatan dibekalkan atau tiada bayaran diterima dalam suatu tempoh bercukai, adakah penyata CJP No.1 perlu dikemukakan bagi tempoh bercukai tersebut?

  • Penyata CJP No. 1 masih perlu dikemukakan walaupun tiada perkhidmatan bercukai disediakan atau tiada bayaran diterima dalam tempoh bercukai berkenaan (Nil Return).

Apakah kadar penalti yang dikenakan atas kelewatan membayar cukai perkhidmatan?

  • 10% dan tambahan 10% setiap 30 hari sehingga maksimum 50%.

Adakah tunggakan cukai/penalti boleh dibayar secara ansuran?

  • Ya, boleh dengan syarat membuat permohonan secara bertulis kepada pejabat kastam negeri yang mengeluarkan notis tuntutan.

Saya telah menjelaskan cukai perkhidmatan kepada Kastam ke atas invois yang telah dikeluarkan, kemudiannya saya telah memberi diskaun kepada pelanggan berhubung dengan invois tersebut. Bolehkah saya menuntut kembali bahagian cukai perkhidmatan yang terlibat dengan diskaun tersebut.

  • Ya, boleh dengan memohon kelulusan terlebih dahulu untuk menggunakan kemudahan Sistem Kontra

Bolehkah saya merayu agar cukai/penalti dikurangkan atau dibatalkan?

  • ​Boleh, dengan mengemukakan permohonan kepada Perbendaharaan Malaysia melalui Pengarah Kastam Negeri.

​​