(There are no translation available)
1. Saya akan membekalkan makanan ringan ke Singapura pada setiap pagi untuk memenuhi permintaan pasaran di sana. Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa produk makanan tersebut layak mendapat pengecualian dari dikenakan Levi Kenderaan Barangan. Apakah peruntukan yang ada untuk saya jadikan panduan bagi memastikan bahawa produk saya itu benar-benar dikecualikan? |
Bagi membantu persoalan yang dikemukakan, Tuan boleh merujuk kepada perintah yang boleh dijadikan panduan iaitu “Goods Vehicle Levy (Exemption) Order 1983”. Perintah ini akan menjelaskan barang-barang yang dikecualikan dari dikenakan Levi Kenderaan Barangan. |
2. Apakah tindakan yang perlu diambil untuk mendapat pengecualian dari dikenakan Levi Kenderaan Barang-Barang memandangkan produk yang akan saya eksport tidak tersenarai dalam "Goods Vehicle (Exemption) Order 1983”? |
Tuan hendaklah mengemukakan permohonan pengecualian kepada Kementerian Kewangan di alamat seperti berikut:
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Bahagian Analisa Cukai Presint 2, Pusat Kentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 Putrajaya
|