Zon Bebas adalah mana-mana bahagian Malaysia yang diisytiharkan menjadi Zon Perdagangan Bebas dan/atau Zon Perindustrian Bebas . Zon Bebas dianggap sebagai kawasan di luar Malaysia di bawah Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975.
Semua barang-barang dan perkhidmatan boleh dibawa masuk, dikeluarkan atau dihasilkan dalam Zon Bebas tanpa bayaran apa-apa duti /cukai, kecuali barang-barang dan perkhidmatan yang tertakluk kepada Perintah Zon Bebas (Pengecualian Ke atas Barang-Barang dan Perkhidmatan) 1998
Barang-Barang dan Perkhidmatan yang tersenarai di bawah Perintah Zon Bebas (Pengecualian ke atas Barang-Barang dan Perkhidmatan) 1998 adalah:
1.
Forklifts
1A.Crane
2. Construction / building materials & equipment
3. Office equipment / furniture
4. Fire equipment and pollution control equipment
5. Motor vehicles and spare parts.
6. Petroleum / petroleum products.
7. Tyres
8. Explosives and chemicals.
9. Air conditioning equipments
10. Manufacturing Aids.
11. All goods and services which are not used directly in the activities approved under the first and second schedules of the Act.
a. Borang ZB1(Import) – barang-barang daripada luar negara
b. Borang ZB1(Eksport) – barang-barang daripada Zon keluar Negara
c. Borang ZB1(Transhipment) – barang-barang daripada luar negara ke luar Negara dalam Zon Bebas yang sama.
Pengikraran bergantung kepada jenis barangan iaitu:
a. dengan serta merta bagi barang-barang mudah rosak;
b. dalam masa 14 hari bagi barang-barang mudah terbakar; dan
c. dalam masa satu bulan bagi barang-barang lain, dari tarikh barang-barang itu telah dibawa ke Zon Bebas itu.