​(There are no translation available)


​​1. Apakah kemudahan Pengecualian Duti/Cukai dari Perbendaharaan?
Pengecualian duti / cukai ke atas barang-barang yang diberi oleh YAB Menteri Kewangan di bawah peruntukan Seksyen 14 Akta Kastam 1967, Seksyen 35 Akta Cukai Jualan 2018 dan Seksyen 11 Akta Eksais 1976 bagi menggalakkan pertumbuhan industri tempatan.​​
2. ​​Siapakah yang layak menikmati kemudahan Pengecualian Duti/Cukai dari Perbendaharaan?​
Pengecualian ini diberi di bawah bidang kuasa M​enteri Kewangan kepada sesiapa yang layak.
3. ​Dimanakah permohonan pengecualian perlu dikemukakan?
Permohonan pengecualian hendaklah dikemukakan kepada:-
a. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) bagi sektor pengilangan dan perkhidmatan
b. Multimedia Development Corporation (MDeC) bagi syarikat berstatus MSC.
c. Kementerian Kewangan bagi barang-barang / perkhidmatan yang tidak dinyatakan di atas
d. Malaysia International Trade and Industry (MITI)