Tarikh
Tajuk Liputan
Dibaca
-
- Information
- 08 Okt 2026
THE 30TH JOINT CUSTOMS COMMITTEE (JCC) MEETING FOR THE JOINT DEVELOPMENT AREA (JDA)
- Information
- 124 hit(s)
Oleh: PPK Siti Sulha binti Mat Lazim, Bahagian Perkastaman Ibu Pejabat BANGKOK, 6 – 8 Oktober 2026 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bersama Thai Customs Department (TCD) telah berjaya menganjurkan 30th Joint Customs Committee (JCC) Meeting for the Joint Development Area (JDA) yang berlangsung dari 6 hingga 8 Oktober 2026 bertempat di Hilton Sukhumvit Bangkok, Thailand. Mesyuarat tahunan yang dianjurkan secara penggiliran di antara Malaysia dan Thailand ini telah dipengerusikan secara bersama oleh Puan Siti binti Mang, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman / CDN) mewakili JKDM Malaysia dan Mr. Niti Wityatem, Deputy Director General of Customs mewakili Thai Customs Department (TCD). Turut hadir di dalam mesyuarat ini ialah delegasi daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Kementerian Ekonomi, Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA), PTTEP JDX & PC JDA Joint Operations Sdn Bhd (PPJO) dan Carigali-PTTEPI Operating Company Sdn Bhd (CPOC). Mesyuarat JCC kali ke-30 ini mencatatkan pelbagai pencapaian penting dalam mengukuhkan pentadbiran kastam dan memudah cara operasi petroleum di JDA, merangkumi kelulusan item baharu Master Exemption List (MEL), penambahbaikan Terma Rujukan Kumpulan Kerja (TOR), pelaksanaan sistem e-JDA yang dinaik taraf serta penyeragaman deklarasi gas JDA2. Puan Siti binti Mang dalam ucapan penutupnya menyatakan bahawa kejayaan mesyuarat ke-30 ini mencerminkan semangat kejiranan dan persahabatan utuh ASEAN di antara Malaysia dan Thailand yang telah terjalin lebih tiga dekad di bawah naungan MTJA. JKDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Thailand Customs Department selaku tuan rumah, MTJA, serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran mesyuarat ini. Semoga hubungan baik dan kerjasama strategik yang telah terjalin ini akan terus diperkukuhkan demi memastikan pengurusan kastam di JDA kekal cekap, berkesan dan mampan. KOMPETEN • INTEGRITI • TEGAS -
- Information
- 25 Sep 2026
KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN TERTINGGI JKDM KE JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
- Information
- 588 hit(s)
Oleh : Puan Sumithra Raman Nair, Penolong Pengarah Kastam WK10, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat JKDM PUTRAJAYA, 24 September 2026 – Pengurusan Tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hari ini sebagai platform untuk memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi, khususnya dalam aspek kawalan sempadan, perkongsian maklumat dan penguatkuasaan. Pengurusan Tertinggi JKDM diketuai oleh YBrs. Puan Almirulita binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) dan turut disertai YBrs. Puan Siti binti Mang, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) serta pegawai-pegawai kanan JKDM. Delegasi JKDM telah disambut baik oleh pihak JIM yang diketuai oleh YBhg. Dato' Aminudin bin Yahaya, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan), bersama pegawai-pegawai kanan JIM. Kunjungan ini menjadi platform bagi kedua-dua agensi untuk bertukar pandangan berkaitan perkongsian maklumat penumpang dan kru, termasuk persediaan ke arah pelaksanaan Rapid Transit System (RTS) yang dijadualkan pada Januari 2027. Perbincangan turut memberi penekanan kepada keperluan perkongsian maklumat melalui sistem dan kemudahan sedia ada bagi menyokong fungsi pengurusan risiko, kawalan sempadan dan penguatkuasaan JKDM, di samping melancarkan pergerakan penumpang serta memperkukuh kawalan terhadap pergerakan barangan. Dalam pertemuan tersebut, pihak JIM turut menyatakan kesediaan untuk terus memberikan kerjasama dan memudah cara keperluan JKDM, tertakluk kepada bidang kuasa serta ketetapan yang berkuat kuasa. JKDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh JIM. Kerjasama erat antara kedua-dua agensi ini diharap dapat terus diperkukuh bagi meningkatkan keberkesanan kawalan sempadan, perkongsian maklumat serta keselamatan negara. KOMPETEN • INTEGRITI • TEGAS -
- Information
- 07 Sep 2026
PELUPUSAN SECARA HADIAH KEPADA ZOO NEGARA MALAYSIA
- Information
- 812 hit(s)
Oleh: PPK Rozita binti Md Isa, PPA JKDM Melaka HULU KELANG, 4 September 2026 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka telah melaksanakan pelupusan secara hadiah sebanyak 22.9 tan metrik ayam sejuk beku kepada pihak Zoo Negara Malaysia. Hadiah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Razali bin Abdullah, Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Penguatkuasaan/Pematuhan) kepada YBhg. Datuk Rosly @ Rahmat Ahmat Lana, Timbalan Presiden Zoo Negara Malaysia. Turut hadir bersama pegawai-pegawai zoologi yang mewakili pihak Zoo Negara. JKDM Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Zoo Negara atas layanan mesra, sambutan serta kerjasama yang diberikan sepanjang majlis berlangsung. Majlis ini bukan sahaja memperkukuh hubungan baik antara JKDM Melaka dan Zoo Negara malah menjadi simbol komitmen bersama dalam menyokong kebajikan serta kelestarian hidupan liar. KOMPETEN • INTEGRITI • TEGAS -
- Information
- 28 Ogo 2026
APEC CUSTOMS BUSINESS DIALOGUE DAN SCCP MEETING MEMPERKUKUH KERJASAMA KASTAM DI PERSADA AN...
- Information
- 1038 hit(s)
Oleh: PPK Nur Maidizah binti Maidin, Pejabat Atase Kastam Beijing DALIAN, 24 OGOS 2026 – Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Customs Business Dialogue dan APEC Sub-Committee on Customs Procedures (SCCP) Meeting telah berlangsung dengan jayanya di Dalian International Conference Center dari 19 hingga 24 Ogos 2026, bersempena dengan The Third APEC Senior Officials’ Meeting (SOM3). Negara China menjadi tuan rumah dan dihadiri oleh seramai 230 wakil yang terdiri pelbagai latar belakang antarabangsa. H.E. Sun Mei Jun, Menteri General Administration of China Customs (GACC) dalam ucaptama perasmian telah menekankan tentang kepentingan pemodenan kastam melalui teknologi pintar serta kerjasama strategik antara ekonomi APEC dalam memperkukuh keselamatan dan kelancaran perdagangan. Sepanjang program, para peserta telah mengikuti pembentangan dan perkongsian amalan terbaik meliputi strategi pendigitalan prosedur kastam, penilaian pengurusan risiko serta pemodenan dalam operasi perkastaman. Selain itu, GACC turut menyediakan pameran teknologi yang mengetengahkan kecerdasan buatan (Smart Customs) yang dibangunkan secara in-house, sekali gus memperlihatkan kecanggihan aplikasi kecerdasan buatan dalam pengurusan pemeriksaan dan pemantauan perdagangan. Selain daripada itu, delegasi mesyuarat juga berpeluang melawat Dayaowan Customs House bagi meninjau operasi pelabuhan serta proses pengeksportan kenderaan elektrik (Electric Vehicle - EV) buatan China dengan penyediaan kemudahan zon berstatus gudang kawalan khas kastam dan sekali gus mempercepatkan urusan pengeksportan ke pasaran antarabangsa. Selain itu, lawatan ke Dayang Group juga memperkongsikan pengalaman sektor swasta dalam pematuhan prosedur dan perundangan kastam dan integrasi teknologi dalam rantaian bekalan. Sebagai penghargaan, delegasi mesyuarat telah diraikan dalam majlis makan malam rasmi yang dianjurkan oleh Dalian Customs District, selaku tuan rumah APEC SOM3. Acara ini bukan sahaja mengeratkan hubungan diplomatik, malah membuka ruang jaringan profesional dalam suasana yang mesra dan santai. Delegasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah diwakili oleh Tuan Razali bin Haizir, Penolong Kanan Pengarah Kastam II dan Puan Nur Fahana binti Osman, Penolong Pengarah Kastam dari Bahagian Perkastaman Ibu Pejabat. Turut serta ialah Setiausaha Pertama (Kastam) dari Pejabat Atase Kastam Beijing, Puan Nur Maidizah binti Maidin. Kehadiran JKDM dalam dialog dan mesyuarat ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh jaringan kerjasama kastam di rantau Asia Pasifik. KOMPETEN • INTEGRITI • TEGAS -
- Information
- 27 Ogo 2026
KASTAM PERKUKUH KOMPETENSI PEGAWAI DALAM PELAKSANAAN CUKAI PELANCONGAN BERSEMPENA TAHUN ME...
- Information
- 895 hit(s)
Oleh: PPK Faridatul Husna binti Ahmad Faiz, CPA BCDN Ibu Pejabat PUTRAJAYA, 19 OGOS 2026 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), melalui Bahagian Cukai Dalam Negeri (CDN) Ibu Pejabat, telah menganjurkan Webinar Cukai Pelancongan (TTx) khusus buat pegawai Subject Matter Expert (SME) bagi tahun 2026. Webinar julung kali diadakan ini merupakan cetusan idea YBrs. Tuan Haji Ismail bin Hashim, Penolong Ketua Pengarah Kastam (Cukai Dalam Negeri), yang menjadi inisiatif penting dalam meningkatkan kefahaman dan memperkukuh kompetensi pegawai berhubung pelaksanaan serta pengoperasian Cukai Pelancongan di lapangan. Usaha ini turut menjadi sebahagian daripada persediaan ibu pejabat terhadap para pegawai negeri bagi melaksanakan sesi taklimat serta program hand-holding kepada pihak berkepentingan, pengendali berdaftar dan pengendali baharu, lantas menyokong capaian sasaran 43 juta pelawat antarabangsa bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Webinar Cukai Pelancongan ini telah menghimpunkan lebih 100 orang peserta, termasuk 60 orang pegawai negeri dan stesen yang telah dikenal pasti sebagai pegawai SME Cukai Pelancongan. Selain menjadi pakar rujuk teknikal dan khidmat nasihat, para pegawai SME ini akan menjadi penggerak utama dalam melaksanakan serta menguruskan isu-isu berbangkit berkaitan Cukai Pelangcongan, serta bertindak sebagai pegawai perhubungan negeri. Secara keseluruhan, penyertaan yang memberangsangkan, malah melibatkan pegawai daripada bahagian selain CDN, mencerminkan komitmen serta minat tinggi warga Kastam terhadap Cukai Pelancongan. Di samping menjadi platform perkongsian ilmu yang signifikan, penganjuran webinar sebegini dapat memperkukuh penyampaian perkhidmatan, serta memastikan pelaksanaan Cukai Pelancongan yang efisien dan seragam di seluruh negara, sekali gus memperkasa pematuhan dan memperkukuh pungutan hasil JKDM. KOMPETEN • INTEGRITI • TEGAS -
- Information
- 17 Ogo 2026
MAJLIS MENUAI BAKTI, SEJUTA KENANGAN - TUAN ABU BAKAR @ SALLEH BIN JAMBOL, TIMBALAN KETUA...
- Information
- 563 hit(s)
Oleh: PKPK II Siti Suharti binti Sukir, Bahagian KPSM, Ibu Pejabat PUTRAJAYA, 13 Ogos 2026 – Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (KPSM), Ibu Pejabat telah menganjurkan Majlis Menuai Bakti, Sejuta Kenangan bagi meraikan Tuan Abu Bakar @ Salleh bin Jambol, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan), sempena persaraan beliau daripada perkhidmatan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan tertinggi kepada Tuan Abu Bakar @ Salleh bin Jambol atas segala jasa, bakti dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan, khususnya dalam menerajui portfolio Pengurusan. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Amran bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Malaysia dan turut dihadiri barisan Pengurusan Tertinggi JKDM, Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat, Pengarah Kastam Negeri seluruh Malaysia, pegawai-pegawai kanan serta warga JKDM yang hadir bagi memberikan penghormatan dan penghargaan kepada seorang pemimpin yang telah banyak menyumbang kepada kecemerlangan organisasi. Dalam majlis yang sama, YBhg. Dato' Sri Haji Amran bin Haji Ahmad telah menyampaikan ucapan penghargaan atas komitmen, dedikasi dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Tuan Abu Bakar @ Salleh bin Jambol sepanjang perkhidmatan beliau. Tuan Abu Bakar @ Salleh bin Jambol turut menyampaikan ucapan penghargaan dan amanat perpisahan kepada seluruh warga JKDM dengan menzahirkan rasa terima kasih atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang diberikan sepanjang beliau berkhidmat. Sebagai acara kemuncak dan penutup, Sesi Perbarisan Penghormatan telah diadakan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Tuan Abu Bakar @ Salleh bin Jambol sempena tamat perkhidmatan beliau. Perbarisan tersebut menjadi simbol penghargaan tertinggi warga JKDM terhadap jasa, bakti dan kepimpinan beliau sepanjang menerajui portfolio Pengurusan sekali gus menutup tirai perkhidmatan beliau bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan penuh penghormatan, sekali gus menjadi lambang penghargaan dan penghormatan tertinggi warga JKDM terhadap khidmat bakti beliau kepada negara dan organisasi. Penganjuran majlis ini bukan sahaja menjadi wadah menghargai jasa dan pengorbanan seorang pemimpin, malah memperkukuh hubungan profesional, semangat kekitaan dan silaturahim dalam kalangan kepimpinan serta warga JKDM. Segala jasa dan sumbangan Tuan Abu Bakar @ Salleh bin Jambol akan terus dikenang sebagai legasi yang telah memperkukuh kecemerlangan organisasi serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga JKDM dalam meneruskan agenda transformasi dan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang. SELAMAT BERSARA TUAN ABU BAKAR @ SALLEH BIN JAMBOL KOMPETEN • INTEGRITI • TEGAS -
- Information
- 12 Ogo 2026
SESI KUNJUNGAN HORMAT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM) KE PEJABAT TANAH DAN GALIAN (P...
- Information
- 1453 hit(s)
Oleh:PKPK II Ernie Suharty Binti Ahmad Shukri, Unit Penguatkuasaan ABT, Ibu Pejabat SHAH ALAM, 11 Ogos 2026 – Unit Penguatkuasaan Akaun Belum Terima (ABT) dan Unit Pendakwaan, Cawangan Pendakwaan, Akaun Belum Terima dan Rayuan, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor. Kunjungan tersebut bertujuan menggerakkan kolaborasi strategik bagi melaksanakan prosedur Kaveat Pendaftar di bawah Seksyen 320(1) Kanun Tanah Negara (KTN). Melalui satu lawatan kerja rasmi yang diketuai oleh Dr. Rizal Bin Ahmad Kamal, PKPK I Unit Guaman Sivil, Ibu Pejabat di Pejabat Tanah dan Galian, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam kedua-dua agensi komited untuk menjalankan libat urus dalam memperkasakan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan kepentingan awam dan melindungi kepentingan hasil negara. Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Dr. Hizan bin Wahed, Timbalan Pengarah Pendaftaran PTG Selangor. Turut hadir dalam sesi kunjungan tersebut adalah Timbalan Pengarah Kastam Negeri Selangor, Pn. Tun Nurlela Azumi binti Ramli bersama barisan pegawai kanan dari Unit Penguatkuasaan ABT dan Unit Pendakwaan dari Ibu Pejabat dan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) serta Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Turut dibincangkan adalah berkenaan tatacara dan prosedur permohonan kaveat pendaftar terhadap syarikat dan pengarah yang mempunyai tunggakan cukai dengan JKDM. Sesi kunjungan ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati sebagai simbolik penghargaan dan jalinan kerjasama yang bakal diteruskan di masa hadapan. -
- Information
- 10 Ogo 2026
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KASTAM NEGERI PULAU PINANG KE ATAS TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PE...
- Information
- 1008 hit(s)
Oleh: PPK Azwar bin Muhammad Noor, PPA JKDM Pulau Pinang SERI MUTIARA, 06 OGOS 2026 – YBrs. Tuan Hasbollah bin Din, Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang bersama barisan Timbalan Pengarah Kastam Negeri telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Seri Mutiara. Kunjungan penuh bermakna ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Pulau Pinang dalam memperkukuh hubungan institusi serta menjalin kerjasama yang erat dengan Pejabat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri. Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh muhibah itu menjadi wadah untuk bertukar pandangan mengenai peranan strategik JKDM sebagai agensi pemungut hasil utama negara, di samping memperkenalkan kepimpinan negeri yang baharu. Dalam sesi kunjungan tersebut, YBrs. Tuan Hasbollah bin Din turut berkongsi perkembangan semasa jabatan, inisiatif yang sedang dilaksanakan serta aspirasi JKDM Negeri Pulau Pinang dalam memperkasakan tadbir urus, mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan, memperkukuh penguatkuasaan undang-undang kastam dan memudah cara perdagangan demi kemakmuran ekonomi negara. Kunjungan hormat ini bukan sahaja memperlihatkan hubungan yang kukuh antara JKDM Negeri Pulau Pinang dengan institusi Yang di-Pertua Negeri, malah menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat dalam mendukung agenda pembangunan negeri serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam yang berteraskan profesionalisme, integriti dan kecemerlangan. Semoga jalinan hubungan strategik yang terpelihara ini akan terus diperkasakan demi memastikan JKDM kekal sebagai sebuah organisasi yang diyakini, dihormati dan sentiasa relevan dalam menyumbang kepada kesejahteraan rakyat, kemajuan Negeri Pulau Pinang serta kemakmuran Malaysia. -
- Information
- 31 Jul 2026
ISTIADAT PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN TAHUN 2026
- Information
- 1792 hit(s)
Oleh: PPK Siti Aisyah binti Ali, Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat. Putrajaya, 31 Julai 2026 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) turut memberikan penghormatan dalam Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2026 yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya. Sambutan pada tahun ini bertemakan “Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan”. JKDM diwakili oleh YBrs. Puan Siti binti Mang, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) dan YBrs. Puan Almirulita binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) bersama-sama pegawai kanan JKDM. Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dan isteri, YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hadir pada istiadat berkenaan.Turut hadir Menteri Dalam Negeri YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Pertahanan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Panglima Angkatan Tentera YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman dan Ketua Polis Negara YBhg. IG Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail serta dif-dif kehormat yang lain. Sambutan Hari Pahlawan yang diraikan pada setiap 31 Julai merupakan simbol penghormatan dan penghargaan kepada para perwira negara yang telah mengorbankan jiwa dan raga demi mempertahankan kedaulatan serta menjamin keamanan tanah air. Pengorbanan mereka telah memungkinkan Malaysia berdiri sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka. Istiadat diserikan dengan persembahan pantomim “Darah Pahlawan Ulu Legong”, yang mengangkat kembali kisah pengorbanan tujuh (7) anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas komunis di Ulu Legong di Baling, Kedah pada 29 Oktober 1981. Turut dipersembahkan ialah deklamasi sajak bertajuk “Tujuh Perwira, Sebuah Tanah Air” hasil nukilan Mejar Mohammed Ramlee bin Haji Mustafa Kamal dan Staf Sarjan Siti Nur Aini binti Jasni. -
- Information
- 28 Jul 2026
KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI HOMELAND SECURITY INVESTIGATIONS (HSI) & U.S. CUSTOMS AND BORDER...
- Information
- 763 hit(s)
Oleh: PPK Nik Ahmad Firdaus Bin Che Abdul Aziz, Cawangan Hal Ehwal Antarabangsa, Вahagian Рerancangan Кorporat, Ibu Pejabat PUTRAJAYA, 27 JULAI 2026 – YBhg. Dato’ Haji Amran bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Homeland Security Investigations (HSI), Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia serta U.S. Customs and Border Protection (USCBP) di Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Putrajaya. Delegasi Amerika Syarikat telah disambut oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Kastam bersama pegawai-pegawai kanan JKDM bagi membincangkan isu-isu berkepentingan bersama berkaitan penguatkuasaan kastam, keselamatan sempadan dan fasilitasi perdagangan. Kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik yang telah lama terjalin antara JKDM, HSI dan USCBP di samping meneroka peluang kerjasama baharu dalam bidang perkongsian maklumat dan risikan, pembangunan kapasiti, operasi penguatkuasaan bersama serta pertukaran amalan terbaik dalam pengurusan kastam dan kawalan sempadan. Sepanjang sesi perbincangan, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai cabaran semasa berkaitan jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan, perdagangan haram, penipuan kastam, pengubahan wang haram serta ancaman lain yang boleh menjejaskan integriti rantaian bekalan dan perdagangan antarabangsa. Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan JKDM dan agensi penguatkuasaan Amerika Syarikat dalam memperkukuh kerjasama strategik, meningkatkan keselamatan sempadan serta memastikan kelancaran perdagangan yang selamat, cekap dan berdaya saing demi manfaat bersama kedua-dua negara.




