Alat Kebolehcapaian

MAJLIS MENUAI BAKTI, SEJUTA KENANGAN - TUAN ABU BAKAR @ SALLEH BIN JAMBOL, TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM (PENGURUSAN), IBU PEJABAT

Oleh: PKPK II Siti Suharti binti Sukir, Bahagian KPSM, Ibu Pejabat

persaraan 20082026

PUTRAJAYA, 13 Ogos 2026 – Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (KPSM), Ibu Pejabat telah menganjurkan Majlis Menuai Bakti, Sejuta Kenangan bagi meraikan Tuan Abu Bakar @ Salleh bin Jambol, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan), sempena persaraan beliau daripada perkhidmatan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan tertinggi kepada Tuan Abu Bakar @ Salleh bin Jambol atas segala jasa, bakti dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan, khususnya dalam menerajui portfolio Pengurusan. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Amran bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Malaysia dan turut dihadiri barisan Pengurusan Tertinggi JKDM, Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat, Pengarah Kastam Negeri seluruh Malaysia, pegawai-pegawai kanan serta warga JKDM yang hadir bagi memberikan penghormatan dan penghargaan kepada seorang pemimpin yang telah banyak menyumbang kepada kecemerlangan organisasi.

Dalam majlis yang sama, YBhg. Dato' Sri Haji Amran bin Haji Ahmad telah menyampaikan ucapan penghargaan atas komitmen, dedikasi dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Tuan Abu Bakar @ Salleh bin Jambol sepanjang perkhidmatan beliau. Tuan Abu Bakar @ Salleh bin Jambol turut menyampaikan ucapan penghargaan dan amanat perpisahan kepada seluruh warga JKDM dengan menzahirkan rasa terima kasih atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang diberikan sepanjang beliau berkhidmat.

Sebagai acara kemuncak dan penutup, Sesi Perbarisan Penghormatan telah diadakan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Tuan Abu Bakar @ Salleh bin Jambol sempena tamat perkhidmatan beliau. Perbarisan tersebut menjadi simbol penghargaan tertinggi warga JKDM terhadap jasa, bakti dan kepimpinan beliau sepanjang menerajui portfolio Pengurusan sekali gus menutup tirai perkhidmatan beliau bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan penuh penghormatan, sekali gus menjadi lambang penghargaan dan penghormatan tertinggi warga JKDM terhadap khidmat bakti beliau kepada negara dan organisasi.

Penganjuran majlis ini bukan sahaja menjadi wadah menghargai jasa dan pengorbanan seorang pemimpin, malah memperkukuh hubungan profesional, semangat kekitaan dan silaturahim dalam kalangan kepimpinan serta warga JKDM. Segala jasa dan sumbangan Tuan Abu Bakar @ Salleh bin Jambol akan terus dikenang sebagai legasi yang telah memperkukuh kecemerlangan organisasi serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga JKDM dalam meneruskan agenda transformasi dan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.

SELAMAT BERSARA TUAN ABU BAKAR @ SALLEH BIN JAMBOL

KOMPETEN • INTEGRITI • TEGAS
logo CPA