Alat Kebolehcapaian

Pelesenan

Pelesenan

1. Syarikat GB dilesenkan di bawah Seksyen 65 Akta Kastam 1967. Permohonan untuk mendapatkan lesen GB hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Operasi Zon / Pengarah Kastam Negeri di mana premis GB tersebut berada dengan menggunakan borang JKDM No.1 berserta Lampiran A dan dokumen sokongan berdasarkan Senarai Semak di Lampiran A.

2. Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:
      • Hanya syarikat Berhad atau Sendirian Berhad yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia layak memohon.
      • Memiliki sekurang-kurangnya 30% ekuiti bumiputera sepanjang tempoh pelesenan.
      • Sekurang-kurangnya 30% ahli Lembaga pengarah / pengurusan syarikat terdiri daripada bumiputera, berpandu kepada rekod pendaftaran SSM.
      • Modal berbayar: (Kelas barang)
          • Minimum RM 1,000,000 (kritikal);
          • Minimum RM 1,000,000 (campuran kritikal dan bukan kritikal); dan
          • Minimum RM 250,000 (bukan kritikal).
  • Nilai barang-barang yang disimpan dalam setahun hendaklah sekurang-kurangnya: (Kelas barang)
      • RM 3,500,000 (kritikal);
      • RM 3,500,000 (campuran kritikal dan bukan kritikal); dan
      • Tiada nilai minimum (bukan kritikal).
    • Keluasan minimum GBA: (Kelas barang)
      • 50,000 kaki persegi (kritikal).
      • 50,000 kaki persegi (campuran kritikal dan bukan kritikal); dan
      • 20,000 kaki persegi (bukan kritikal).
    • Kawasan berlesen boleh dalam bentuk bangunan atau tanah lapang yang dipagar dengan bahan yang kukuh dan ketinggian yang sesuai bagi tujuan keselamatan atau kombinasi kedua-duanya.
    • Barang bersaiz besar dibenarkan di kawasan tanah lapang seperti paip petroleum, kontena, kenderaan & jentera berat.
    • Syarikat boleh menyusun barang secara bertingkat (stacking) mengikut kesesuaian. Namun sususan bertingkat ini tidak boleh diambil kira sebagai keluasan tambahan premis.

3. Pertimbangan permohonan lesen baharu dibuat di Bahagian Perkastaman Ibu Pejabat JKDM.

4. Kelulusan dasar diberikan selama 6 bulan atau tempoh munasabah tetapi tidak melebihi 12 bulan.

5. Lesen GB akan dikeluarkan jika semua syarat pelesenan dipatuhi.

  • Dibina daripada bahan kukuh dan selamat; hanya satu pintu keluar/masuk utama.
  • Mempunyai CFO / CCC / kelulusan PBT.
  • Premis dipasang CCTV yang boleh diakses Pegawai Kastam.
  • Sistem penggera dipasang dan dikawal 24 jam.
  • Berpagar dengan ketinggian sesuai.
  • Lokasi tidak berhampiran bahan mudah terbakar.
  • Bahan berbahaya mesti dilabel & diasingkan.
  • Sistem kawalan inventori elektronik.
  • Jaminan bank dikemukakan.