Accessibility Tools

Pengenalan

Setiap pergerakan atau pemindahan barang-barang berduti / cukai melalui jalan raya di Malaysia hendaklah menggunakan khidmat syarikat yang berdaftar sebagai Pengangkut Berlesen (Licensed Carrier) selaras dengan peruntukan Seksyen 35H Akta Kastam 1967 dan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Kastam 2019.

Pengangkut Berlesen ialah syarikat yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam untuk mengendalikan kenderaan atau peti berkunci bagi tujuan memindahkan barang-barang dalam transit atau barang-barang berduti terutamanya barang-barang yang diangkut menggunakan Borang Kastam No.8 atau Borang Permission Request Slip (PRS) No.8. Bagi barang-barang eksais tempatan yang dibawa menggunakan Borang Eksais No.8, hanya barangan seperti Rokok, Minuman Keras dan Vape sahaja yang perlu mematuhi keperluan pelesenan ini.