SIAPA YANG LAYAK MEMOHON?
Permohonan lesen sebagai Pengangkut Berlesen boleh dikemukakan oleh:
1. Pemilik berdaftar kenderaan barangan yang memegang lesen kenderaan perdagangan yang sah (dikeluarkan oleh APAD / Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Sabah atau Sarawak); atau
2. Penyewa atau pemajak kenderaan barangan di bawah suatu perjanjian pajakan / sewaan yang sah, dengan syarat kenderaan tersebut turut memegang lesen kenderaan perdagangan yang sah.
|
NOTA: Kelas lesen pembawa 'C' hanya membenarkan syarikat membawa barang kepunyaan sendiri. Kelas lesen pembawa 'A' atau 'KA' membenarkan syarikat membawa barang pihak ketiga (perlu surat perjanjian sewa jika berkenaan). |
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA PERMOHONAN
Sila sediakan dan kemukakan dokumen berikut bersama borang permohonan (Lampiran B):
(a) Maklumat Syarikat
• Surat permohonan rasmi syarikat yang ditandatangani oleh pengarah syarikat (senaraikan semua nombor pendaftaran kenderaan).
• Borang Permohonan Lesen Sebagai Pengangkut Berlesen (Lampiran B) yang lengkap.
• Salinan kad pengenalan pengarah syarikat (berwarna).
• Salinan pendaftaran syarikat / perniagaan (Borang Teras SSM).
• Salinan surat pelantikan daripada pelanggan (jika membawa barangan pelanggan).
• Senarai dagangan yang akan dibawa.
(b) Maklumat Kenderaan
• Salinan geran pendaftaran kenderaan (JPJ) — sertakan salinan kontrak sewaan jika nama pemohon berbeza daripada geran.
• Salinan Cukai Jalan (Road Tax) yang sah.
• Salinan laporan pemeriksaan PUSPAKOM yang sah.
• Salinan Permit APAD (mengikut kategori berat kenderaan / BDM).
• Salinan kontrak sewa kenderaan (jika berkenaan).
• Gambar kenderaan berwarna bersaiz A4 dari setiap sudut (kiri, kanan, depan, belakang) termasuk nombor casis dan enjin.
• Dokumen / gambar alat pengesan pergerakan (GPS), jika berkenaan.
• Bon Am berserta sijil setem (RM20,000.00 bagi setiap kenderaan).
(c) Maklumat Peti Berkunci (jika berkenaan)
• Gambar peti berkunci berwarna bersaiz A4 dari setiap sudut (sisi, hadapan, belakang, atas, bawah).
• Bon Am berserta sijil setem (RM20,000.00 bagi setiap peti berkunci).
|
NOTA: Senarai semak penuh disediakan di Lampiran A. Pastikan semua dokumen disediakan dalam dua (2) salinan. |
TATACARA PERMOHONAN
Langkah 1: Lengkapkan Borang Permohonan (Lampiran B) dan sediakan semua dokumen sokongan seperti di Senarai Semak Permohonan (Lampiran A).
Langkah 2: Kemukakan borang dan dokumen ke Bahagian Perkastaman Negeri yang berhampiran dengan alamat induk syarikat pemohon.
Langkah 3: Pegawai Kastam akan mengesahkan kelengkapan dokumen dan merekodkan permohonan.
Langkah 4: Pegawai Kastam akan menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas kenderaan / peti berkunci yang dipohon bagi memastikan ciri-ciri keselamatan dipatuhi.
Langkah 5: Laporan pemeriksaan dan permohonan lengkap akan dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Langkah 6: Setelah diluluskan, lesen beserta senarai kenderaan / peti berkunci yang diluluskan dan syarat-syarat lesen akan dikeluarkan kepada syarikat.
|
NOTA: 1. Permohonan lesen akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh laporan pemeriksaan fizikal dikemukakan kepada pegawai proses. 2. Permohonan lesen baharu hendaklah dikemukakan 90 hari atau 3 bulan sebelum tarikh lesen terdahulu tamat. |




