Accessibility Tools

MAJLIS SEMBAH MENGADAP KE HADAPAN YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA KELANTAN BAGI MEMPERSEMBAHKAN ALL TERRAIN VEHICLES (ATV) DAN E-BIKE

Oleh: PPK Khairil Syazmi Bin Yahaya  MAJLIS SEMBAH MENGADAP KE HADAPAN 11052026

06 MEI 2026 — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan telah mendapat perkenan daripada YMM Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan bagi sembah mengadap untuk mempersembahkan dua (2) unit ATV dan tiga (3) unit e-bike.

Selain itu, Majlis Sembah Mengadap ini juga turut disertai oleh JKDM Melaka sebagai tetamu jemputan. Seramai 11 anggota JKDM dari Kelantan dan Melaka telah mendapat perkenan untuk hadir ke majlis tersebut.

Semasa Majlis Sembah Mengadap ini berlangsung, YMM Pemangku Raja Kelantan bertitah supaya JKDM Kelantan memperkukuhkan kawalan di sempadan Thailand terutamanya di ICQS Rantau Panjang bagi memastikan tiada berlaku ketirisan hasil negara di situ.

Sejurus selepas Majlis Sembah Mengadap tersebut selesai, YMM Pemangku Raja Kelantan berkenan untuk menerima persembahan 3 unit e-bike dan 2 unit ATV yang dipersembahkan oleh Pengarah Kastam Negeri Kelantan dan Pengarah Kastam Negeri Melaka sebagai simbolik dalam mengukuhkan hubungan antara JKDM dengan Istana Kelantan. Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada JKDM Kelantan atas usaha dalam memastikan JKDM Kelantan terus unggul memacu kutipan hasil negara.

Majlis Sembah Mengadap tersebut berakhir sekitar jam 6.00 petang.

logo CPA