Dimaklumkan pihak Telekom Malaysia akan membuat kerja-kerja menaiktaraf dan penyelenggaraan bagi server talian telefon di Bangunan Suasana PjH yang melibatkan Bahagian Cukai Dalam Negeri Ibu Pejabat. Kerja-kerja tersebut yang dijalankan akan menyebabkan gangguan talian telefon di bahagian ini.
Perincian bagi kerja-kerja menaiktaraf dan penyelenggaraan berkenaan adalah seperti berikut :
Tarikh : 13 sehingga 17 Mei 2024
Masa : 12.30pm sehingga 2.30pm
Bahagian terlibat : Bahagian Cukai Dalam Negeri Ibu Pejabat, Aras 5 dan 6, Tower A, Suasana PjH




