Accessibility Tools

PANDUAN KELULUSAN AKTIVITI SELAIN PENGILANGAN

1.1 GPB dilesenkan di bawah seksyen 65A Akta Kastam 1967 merupakan syarikat yang menjalankan aktiviti pengilangan keluaran siap berorientasikan eksport. Selain dilesenkan untuk menjalankan pengilangan, GPB juga dibenarkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti lain selain pengilangan seperti nilai tambah, International Procurement Centre (IPC), Regional Distribution Centre (RDC) dan Remanufacturing, Repairing and Servicing.​​ ​
1.2 Secara dasarnya, permohonan ke atas aktiviti-aktiviti selain pengilangan diproses diperingkat zon / negeri dan dipanjangkan ke Ibu Pejabat untuk pertimbangan selanjutnya. Walau bagaimanapun, berkuatkuasa mulai 1 April 2020 semua permohonan hendaklah diproses dan keputusannya dikeluarkan di peringkat zon / negeri sahaja tanpa perlu dimajukan ke Ibu Pejabat.​
1.3 Ketetapan baharu ini dibuat berdasarkan keputusan pihak Kementerian Kewangan Malaysia sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri melalui pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi pada 27 Februari 2020. Penurunan kuasa melulus kepada Ketua Pengarah Kastam melalui Pengarah Operasi Zon atau Pengarah Kastam Negeri ini dengan matlamat untuk meningkatkan tahap penyampaian serta memudahkan urusan pelanggan.​ ​
1. Aktiviti pengilangan seperti yang diluluskan di dalam Lesen Pengilangan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 dan lesen GPB di bawah Seksyen 65A Akta Kastam 1967 tidak boleh dihentikan.​
​2. Aktiviti tambah nilai adalah berhubungkait dengan aktiviti pengilangan utama.​
​3. Aktiviti tambah nilai ini hanyalah aktiviti sampingan sahaja yang mana nilai jualan barangan yang terhasil daripada aktiviti ini tidak melebihi 40% daripada nilai jualan tahunan syarikat. Syarat ini tidak terpakai untuk syarikat yang mempunyai status IPC dan RDC​
​4. ​Produk / keluaran siap yang diluluskan bagi aktiviti tambah nilai hendaklah dikembalikan kepada pelanggan. Walau bagaimanapun, penjualan ke kawasan FIZ dan LMW adalah dibenarkan dengan syarat digunakan sebagai bahan mentah bagi tujuan pengilangan syarikat berkenaan. Syarat dan kemudahan ini tidak terpakai untuk aktiviti pelabelan, pembungkusan atau pembungkusan semula.​
​5. Syarikat hendaklah;​
​5.1 membuat pengasingan dari segi operasi / peralatan / kemudahan / mesin di antara aktiviti pengilangan dengan aktiviti tambah nilai di dalam premis kilang.​
​5.2 menyimpan rekod yang teratur dan lengkap bagi bahan mentah / komponen yang diimport dan dieksport untuk semakan Jabatan Kastam.​
​5.3 menyediakan akaun yang berasingan bagi aktiviti tersebut dan boleh diakses pada bilabila masa yang dikehendaki oleh Kastam Negeri / Stesen Kastam yang mengawal syarikat.​
​6. ​Syarat khusus untuk aktiviti berikut;​
​6.1 Pelabelan, Pembungkusan atau Pembungkusan Semula.​
​a. ​Label negara asal pengeluar (country of origin) tidak boleh diubah.
​b. ​Aktiviti pelabelan yang dibenarkan adalah bermaksud keadaan di mana pengilang yang menjalankan aktiviti campuran atau pembungkusan semula yang menyebabkan perubahan formula isi kandungan ataupun bentuk pembungkusan. Dalam keadaan demikian, label baru yang menunjukkan maklumat serta bentuk pembungkusan terkini hendaklah dipamerkan.
​6.2 ​Pengilangan Semula, Pembaikan dan Perkhidmatan Servis.​
​a. Sebarang bentuk pelupusan adalah tertaklik kepada peraturan dan prosidur kastam.​
​7. Pengecualian ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa tertakluk kepada dasar dan perundangan semasa. Jika duti import dan cukai jualan berkenaan dikehendaki dibayar semula, maka semua duti / cukai yang telah dikecualikan hendaklah dibayar dalam masa 30 hari dari tarikh surat pemansuhan, pembatalan atau penarikan balik pengecualian.​​ ​
​8. ​Syarikat hendaklah mematuhi syarat / peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Kastam dan undang-undang serta peraturan lain yang berkuat kuasa di Malaysia.
​9. Syarat-syarat di atas boleh dipinda, ditambah dan diubahsuai dari semasa ke semasa jika didapati perlu.​