Bersempena dengan Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-42 Tahun 2024, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mengadakan Program Hand-holding kepada orang yang berdaftar sebagai pelesen Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dibawah pentadbiran JKDM Zon Tengah iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan juga KLIA.
Program Hand-holding ini bertujuan untuk memberi pemahaman dan kesedaran berhubung perundangan SST, tanggungjawab orang berdaftar dan juga isu-isu terkini berkaitan cukai jualan dan cukai perkhidmatan melalui sesi taklimat serta Klinik SST. Program ini diharapkan dapat meningkatkan tahap pemahaman dan pematuhan terhadap perundangan SST.
Program ini akan diadakan pada:
Tarikh : 22 Januari 2024 (Isnin)
Tempat : Putra Hall B, Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Masa Sesi Pertama : 9.00 pagi – 11.30 pagi
Topik : Cukai Perkhidmatan
- Pengenaan Cukai Perkhidmatan 6% kepada 8%
- Isu-isu Cukai Perkhidmatan
Masa Sesi Kedua : 2.00 petang – 4.30 petang (Topik : Cukai Jualan)
Topik : Cukai Jualan
- Tanggungjawab Pengilang Berdaftar Cukai Jualan
- Isu-isu berkaitan Kemudahan bagi Cukai Jualan
Sehubungan itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia menjemput semua orang berdaftar Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan merebut peluang untuk hadir ke program ini kerana ia diadakan secara percuma dan terhad kepada 600 orang peserta sahaja.
Sebarang pertanyaan berkaitan program ini boleh hubungi pegawai berikut :
| Stesen Mengawal : WPKL | |||
|---|---|---|---|
| Bil | Nama Pegawai | No Telefon | E-mel |
| 1. | Tuan Azwan bin Nor Hashim | 011-18547033/ 03-78840984 | |
| 2. | Puan Nor Azira binti Dilep | 013-4885446/ 03-78844767 | |
| Stesen Mengawal : Selangor | |||
| 1. | Puan Siti Shahada binti Zamani | 012-5885008/ 03-31696210 | |
| 2. | Puan Zulaika binti Mohd Zubil | 013-6444713/03-31696206 | |
| Stesen Mengawal : KLIA | |||
| 1. | Tuan Mohd Faizal bin Mustafa | 019-2542015/03-87769376 | |
| 2. | Puan Norlilawati binti Yusak | 016-4414030/03-87768308 | |




