Cukai Barang dan Perkhidmatan atau CBP adalah cukai kepenggunaan berasaskan
konsep nilai tambah. Berbeza dengan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang
merupakan cukai seperingkat, CBP adalah cukai berperingkat. Pembayaran cukai
dibuat di setiap peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan
pengedaran. Cukai itu sendiri bukan merupakan suatu kos kepada perantara kerana
mereka boleh menuntut kembali CBP yang telah dikenakan ke atas input perniagaan
mereka.
CBP dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran
dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan
perkhidmatan
Tidak, ia adalah cukai untuk menggantikan cukai jualan dan cukai
perkhidmatan (SST) semasa
Kebanyakan negara telah melaksanakan CBP/VAT kerana tidak berpuas hati dengan
struktur cukai kepenggunaan mereka. Ketidakpuasan ini adalah kerana salah satu
atau kesemua perkara-perkara berikut:
- cukai kepenggunaan dalam bentuk cukai jualan yang sedia ada tidak memuaskan;
- permintaan untuk mengurangkan kadar cukai lain; atau
- sistem cukai yang sedia ada tidak seiring dengan pembangunan ekonomi.
Bagi Malaysia, pengenalan CBP adalah merupakan sebahagian daripada program penyusunan semula cukai oleh Kerajaan ke arah menjadikan sistem
percukaian.lebih cekap, berkesan, telus, mesra perniagaan dan berupaya menjana punca hasil yang stabil. CBP adalah menggantikan cukai kepenggunaan semasa yang
terdiri daripada SST. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kewangan, CBP boleh mengatasi pelbagai kelemahan yang wujud di bawah SST iaitu:
- cukai bertindih;
- isu pindahan harga dan pindahan nilai;
- tiada pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barang yang dieksport;
- tidak menggalakkan integrasi menegak; dan
- karenah birokrasi.
Gambarajah 1: Kesan cukai bertindih (SST)
Gambarajah 2: Kesan cukai bertindih (cukai perkhidmatan)
Mengapa sekarang? Kini terdapat pelbagai pengalaman untuk dipergunakan.
Dalam erti kata lain, peluang untuk melaksanakan CBP dengan jayanya adalah
tinggi kerana Malaysia boleh mengambil pengalaman negara-negara lain untuk
membangunkan model CBP Malaysia. Selama bertahun-tahun, CBP/VAT telah diterima
pakai sebagai satu bentuk percukaian yang utama. Pada masa ini, terdapat lebih
daripada 160 negara telah melaksanakan CBP/VAT.
CBP merupakan satu sistem perckaian yang lebih baik. Ia menghapuskan cukai
berganda di bawah SST. Penggu lebih telus, cekap,
berkesan, berkawalan kendiri dan kurang birokrasi. CBP akan
na akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi
kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding dengan SST.
|
SEBELUM CBP (SST) |
CBP |
Jualan oleh pengilang (jus) |
2.00 |
2.00 |
Cukai |
(10% cukai jualan) 0.20 |
(6% CBP) 0.12 |
Harga dibayar oleh hotel |
2.20 |
2.12 |
Kredit Input Tax |
nil |
-0.12 |
Kos kepada hotel |
2.20 |
2.00 |
Mark Up (100%) |
2.20 |
2.00 |
Harga jualan sebelum cukai |
4.40 |
4.00 |
Cukai |
(6% cukai perkhidmatan) 0.26 |
(6% CBP) 0.24 |
Harga dibayar oleh pengguna |
4.66 |
4.24 |
|
0.46 |
0.36 Penjimatan (0.46-0.36) = 0.10 |
Bagi perniagaan, kos dalam menjalankan perniagaan dapat dikurangkan kerana
CBP yang dikenakan ke atas input perniagaan mereka dapat dituntut semula.
Sebagai contoh, di bawah sistem percukaian semasa, kebanyakan pengilang tidak
dibenarkan menuntut semula cukai perkhidmatan ke atas telekomunikasi, perakaunan
dan perkhidmatan guaman, dan cukai jualan ke atas input tidak langsung seperti
peralatan pejabat dan perabot. Cukai-cukai ini adalah terselindung di dalam
harga barang yang dijual. Oleh itu, kos untuk menjalankan perniagaan meningkat.
Di bawah sistem CBP, mana-mana CBP yang dikenakan ke atas perolehan boleh
dituntut semula dan tidak merupakan kos perniagaan. Dengan yang demikian,
eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di pasaran global memandangkan
tiada CBP dikenakan ke atas pengeksportan barang dan perkhidmatan. Ini akan
mengukuhkan sektor eksport yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
negara.
Tidak semua barang dan perkhidmatan akan tertakluk kepada CBP. Beberapa
makanan utama dan kemudahan asas seperti beras, ayam, ikan, daging,
sayur-sayuran, gula, tepung dan minyak masak adalah bebas daripada cukai.
Sementara itu, jual beli dan penyewaan hartanah pertanian dan rumah kediaman dan
perkhidmatan seperti perkhidmatan kesihatan dan pendidikan swasta serta
pengangkutan awam adalah dikecualikan daripada CBP
Tidak. Untuk menjadikan eksport negara lebih berdaya saing, CBP ke atas
eksport akan berkadar sifar dan pengeksport boleh mendapatkan semua cukai input
yang ditanggung dalam menjalankan perniagaannya.
CBP adalah cukai yang dikenakan ke atas pembekalan (termasuk jualan) barang
dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia dan ke atas pengimportan barang dan
perkhidmatan ke Malaysia. Walaupun CBP dikenakan ke atas harga jualan barang
atau perkhidmatan, jumlah yang akan dibayar kepada Kerajaan hanyalah atas nilai
tambah barang atau perkhidmatan di setiap peringkat rantaian pengedaran/bekalan.
Nilai tambah adalah nilai yang pengeluar (sama ada pengilang atau pengedar dan
lain-lain) tambah kepada bahan mentah atau pembelian sebelum menjual produk atau
perkhidmatan baru atau yang telah diperbaiki. Untuk membolehkan ini, CBP
menggunakan mekanisme penolakan (offset) kredit cukai di mana CBP yang dikenakan
ke atas output perniagaan (contohnya jualan produk yang dikilangkan atau
perkhidmatan yang dibekalkan) ditolak daripada CBP yang dibayar ke atas barang
atau perkhidmatan yang diperolehi sebagai input (contohnya bahan mentah atau
utiliti yang digunakan dalam pengilangan) oleh perniagaan. CBP yang dikenakan ke
atas output dipanggil cukai output. Manakala, CBP yang dikenakan ke atas
perolehan dipanggil cukai input. Mekanisme secara offsetting ini adalah untuk
memastikan CBP yang dibayar oleh perniagaan boleh diperolehi semula dan dengan
itu membantu mengurangkan kos menjalankan perniagaan.
Gambarajah 1: Cukai
input dan cukai output
Terdapat tiga jenis pembekalan yang disenaraikan di bawah CBP iaitu:
- Pembekalan berkadar standard adalah pembekalan bercukai barang dan
perkhidmatan yang tertakluk kepada kadar positif;
- Pembekalan berkadar sifar adalah pembekalan yang tertakluk kepada kadar
sifar yang mana tidak dikenakan CBP pada peringkat output atau input; dan
- Pembekalan dikecualikan adalah pembekalan yang tidak tertakluk kepada CBP
pada peringkat output iaitu apabila dibekalkan kepada pengguna. Walau
bagaimanapun, CBP yang dibayar ke atas input oleh perniagaan tidak boleh
dituntut sebagai kredit cukai.
Gambarajah 2: Pembekalan berkadar
standard
Gambarajah 3: Pembekalan berkadar sifar
Gambarajah 4: Pembekalan dikecualikan
Kadar CBP di negara ASEAN adalah seperti berikut:
Negara |
Tahun Pelaksanaan |
Kadar Asal (%) |
Kadar Terkini (%) |
Indonesia |
1994 |
10 |
10 |
Thailand |
1992 |
10 |
7 |
Singapura |
1993 |
3 |
7 |
Filipina |
1998 |
10 |
12 |
Kemboja |
1999 |
10 |
10 |
Vietnam |
1999 |
10 |
10 |
Laos |
2009 |
10 |
10 |
Di awal tahun 1990an, terdapat sumbangan hasil di antara cukai langsung dan
cukai tidak langsung yang seimbang. Sebagai contoh, pada tahun 1990, sumbangan
daripada cukai langsung adalah 35.2% dan dari cukai tidak langsung 36.7%. Walau
bagaimanapun, dengan adanya Dasar Liberalisasi Perdagangan pada tahun 1990an,
nisbah ini telah berubah dengan mendadak dan pada tahun 2012, sumbangan daripada
cukai langsung adalah 56.4% manakala dari cukai tidak langsung adalah 17.2%.
Kajian oleh pakar-pakar ekonomi menunjukkan bahawa terlampau bergantung ke atas
sesuatu cukai tertentu akan membawa kepada kesan yang buruk ke atas kedudukan
kewangan negara. Pada masa ini, Malaysia lebih bergantung ke atas cukai langsung
dan hasil petroleum dan sekarang adalah masa yang bersesuaian untuk Kerajaan
mengambil langkah bagi menstruktur semula sistem percukaian bagi memperbetulkan
ketidakseimbangan. Salah satu langkah ialah dengan memperkenalkan CBP yang
merupakan satu sistem yang lebih efisyen berbanding dengan sistem percukaian
semasa.
Dalam bajet 2005, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan CBP. Walau
bagaimanpun, ia telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan
kemudian. Di dalam bulan Disember 2009, Rang Undang-Undang CBP telah
dibentangkan di Dewan Rakyat untuk Bacaan Pertama dan dalam tahun 2010,
pelaksanaan CBP telah ditunda untuk:
- membolehkan Kerajaan untuk melibatkan secara inklusif dengan semua segmen
rakyat; dan
- mengambilkira kepentingan dan kebajikan masyarakat bagi memastikan
pelaksanaan CBP dapat diterima baik.
Walaupun terdapat penangguhan, Kerajaan mengakui kepentingan CBP bagi
memastikan kedudukan fiskal yang kukuh dan berdaya tahan untuk menyokong
pertumbuhan ekonomi dalam tempoh jangka panjang.
Kini terdapat pelbagai pengalaman untuk dipergunakan. Dalam erti kata lain,
peluang untuk melaksanakan CBP dengan jayanya adalah tinggi kerana Malaysia
boleh mengambil pengalaman negara-negara lain untuk membangunkan model CBP
Malaysia. Selama bertahun-tahun, CBP/VAT telah diterima pakai sebagai satu
bentuk percukaian yang utama. Pada masa ini, terdapat lebih daripada 160 negara
telah melaksanakan CBP/VAT.
Dari pandangan pakar ekonomi Malaysia, sekarang adalah masa yang sesuai
bagi Kerajaan melaksanakan CBP. Terdapat juga sesetengah pihak yang berpandangan
bahawa CBP hanya sesuai dilaksanakan apabila Malaysia mencapai status negara
maju. Dari aspek sistem percukaian, yang menjadi pertimbangan utama adalah untuk
mengatasi kelemahan yang sedia ada dalam sistem percukaian semasa khususnya
cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Pada masa ini, terdapat lebih daripada 160
negara yang melaksanakan CBP sebagai satu usaha ke arah sistem percukaian yang
lebih cekap dan berkesan. Pelaksanaan CBP akan menyumbang ke arah Malaysia
mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Pada masa ini, barang yang diimport adalah tertakluk kepada duti import dan
cukai jualan melainkan ia dikecualikan. Di bawah CBP, barang yang diimport masih
tertakluk kepada duti import tetapi cukai jualan akan digantikan dengan CBP.
Samada barang import tersebut menjadi lebih murah atau mahal akan bergantung ke
atas beberapa faktor selain daripada kadar CBP.
Kerajaan telah memberi masa yang mencukupi kepada peniaga untuk bersiap
sedia melaksanakan CBP. Pendidikan, latihan, program kesedaran dan lawatan
khidmat nasihat mengenai pelaksanaan CBP telah dan akan dijalankan secara
berterusan. Peniaga akan dibenarkan untuk mendaftar awal sebelum tarikh
pelaksanaan CBP. Sebelum pelaksanaan CBP, Kerajaan akan menjalankan beberapa
ujian perintis ke atas sistem. Kerajaan juga telah mewujudkan Pusat Panggilan
Kastam (CCC) untuk membolehkan orang awam untuk membuat pertanyaan mengenai CBP
dan Portal CBP akan menyampaikan maklumat berkenaan CBP bagi memastikan
pematuhan yang tinggi apabila CBP dilaksanakan.
Ya, Kerajaan telah bersiap sedia sepenuhnya untuk melaksanakan CBP.
Perundangan CBP, infrastruktur, sistem komputer, kakitangan dan semua proses dan
prosedur telah tersedia untuk pelaksanaan CBP.
Pengenalan CBP di Malaysia bertujuan untuk menggantikan cukai kepenggunaan
semasa (cukai jualan dan cukai perkhidmatan) yang mempunyai banyak kelemahan.
CBP adalah sebahagian daripada program penyusunan semula sistem percukaian
negara supaya lebih efektif, efisyen, telus, mesra perniagaan dan mampu menjana
sumber hasil yang lebih stabil. Dalam tempoh jangka masa panjang, sistem
percukaian yang lebih efektif dan efisyen akan membantu mengurangkan defisit
fiskal di Malaysia.
Pada masa kini, Kementerian Kewangan sedang menganjurkan beberapa program
kesedaran mengenai CBP khusus untuk orang awam serta peniaga. Matlamat utama
program ini adalah untuk membantu orang awam serta peniaga supaya mereka lebih
memahami model CBP yang dicadangkan di Malaysia, mekanisme CBP serta
langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi menangani isu-isu yang
berhubungkait dengan CBP.
Rakyat perlu tahu bahawa CBP dikenakan dan
dipungut ke atas semua barang dan perkhidmatan bercukai yang dihasilkan di dalam
negara termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport. Hanya perniagaan yang
berdaftar dengan CBP boleh mengenakan CBP. CBP yang dipungut ke atas output
hendaklah dibayar kepada Kerajaan. Walau bagaimanapun, peniaga dibenarkan untuk
menuntut semula kredit cukai input.
Rakyat hanya perlu membayar CBP
sekiranya mereka membeli barang atau menggunakan perkhidmatan yang bercukai.
Sekiranya tidak, rakyat tidak akan terkesan dengan CBP.
Terdapat impak yang positif ke atas ekonomi yang disebabkan perkara-perkara
berikut:
(i) pengurangan di dalam kos perniagaan -
- Skim khas bagi tujuan mengurangkan masalah aliran tunai
- Mekanisme pengimbangan kredit
- Boleh menuntut cukai input yang telah dibayar berdasarkan invois yang
dikeluarkan;
(ii) membawa ke arah harga yang lebih
kompetitif
(iii)menjadikan eksport negara lebih berdaya saing memandangkan
eksport adalah berkadar sifar;
(iv) peningkatan Keluaran Dalam Negara
Kasar;
(v) mengurangkan aktiviti ekonomi terselindung; dan
(vi) sebagai
kaedah untuk menguruskan ekonomi misalnya Skim Bayar Balik Pelancong dicadangkan
sebagai langkah untuk meningkatkan industri pelancongan serta perbelanjaan
pelancongan di dalam negara ini, eksport dijadikan berkadar sifar bagi
memastikan barang Malaysia adalah lebih berdaya saing di peringkat global.
Kemungkinan tiada pengurangan ke atas penggunaan disebabkan:
- kemungkinan harga bagi sesetengah barang dan perkhidmatan akan menjadi
lebih rendah;
- perubahan dalam corak kepenggunaan. Kaedah CBP adalah berdasarkan konsep
kemampuan. Pengguna perlu menentukan barang atau perkhidmatan yang ingin
dibeli atau digunakan dan CBP hanya akan dikenakan apabila barang atau
perkhidmatan tersebut digunakan. Pengguna boleh memilih untuk berbelanja ke
atas barang dan perkhidmatan asas berbanding berbelanja ke atas barang dan
perkhidmatan yang mewah.
- kebanyakan barang dan perkhidmatan asas adalah tidak tertakluk kepada CBP;
- CBP merupakan cukai pengganti; atau
- mekanisme kredit cukai input sepatutnya mengurangkan kos perniagaan.
Kerajaan akan memastikan bahawa peniaga akan melalui tempoh peralihan dari
sistem percukaian semasa ke CBP dengan lancar. Kerajaan juga telah mengadakan
banyak sesi dialog serta konsultasi secara berterusan dengan sektor peniagaan
bagi memaklumkan serta menangani isu-isu yang berkaitan dengan tempoh peralihan.
Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui: