Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Navigate Up

Maklumat Pengumuman

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI KONTRAK (KONTRAK UNTUK PERKHIDMATAN) BAGI TAHUN 2025

Tarikh: 26/02/2025

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI KONTRAK
(KONTRAK UNTUK PERKHIDMATAN) BAGI TAHUN 2025

Sukacita mempelawa kepada sesiapa yang berkelayakan untuk memohon jawatan Pegawai Kontrak Untuk Perkhidmatan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Syarat kelayakan pemohon adalah seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur 35 tahun ke bawah pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Keutamaan Bidang :- Undang-undang, Perakaunan, Kewangan, Ekonomi, Statistik, Percukaian, Perbankan, Pengurusan/Pentadbiran Awam, Perdagangan & Pengurusan Perniagaan);
(d) Berkemahiran dalam perisian Microsoft Office;
(e) Boleh bekerja dalam tekanan dan mempunyai kemahiran berunding; dan
(f) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik

Bidang Tugasan:
Calon yang berjaya akan menjalankan kerja-kerja gesaan dan galakan pembayaran Akaun Belum Terima.
Tempat Bertugas: JKDM Putrajaya, JKDM Melaka, JKDM Johor & JKDM Sarawak

Kepada calon yang berminat, lengkapkan Borang Permohonan Pegawai Kontrak (Contract For Services) yang dilampirkan dan hantar bersama resume bergambar serta salinan kad pengenalan kepada unitpengambilan@customs.gov.my selewat-lewatnya atau pada 28 Februari 2025 (Jumaat), permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan nombor berikut:
Tel. : 03 – 8882 4849 (Tuan Muhammad Faisal Bin Roslan)
Tel. : 03 – 8882 4935 (Puan Anis Sofia Binti Sarwani)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 28 FEBRUARI 2025 PADA JAM 11.59 MALAM

Sila rujuk lampiran :