Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Navigate Up

News & Updates Details

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA THE STATE CUSTOMS COMMITTEE OF THE REPUBLIC OF UZBEKISTAN KE ATAS KETUA PENGARAH KASTAM

Date: 07/03/2025

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA THE STATE CUSTOMS COMMITTEE OF THE REPUBLIC OF UZBEKISTAN KE ATAS KETUA PENGARAH KASTAM

Oleh: PaK Sheela a/p Munusamy, Cawangan Hal Ehwal Antarabangsa, Bahagian Perancangan Korporat, Ibu Pejabat


PUTRAJAYA, 4 MAC 2025 – YBhg. Dato’ Anis Rizana binti Mohd Zainudin, Ketua Pengarah Kastam Malaysia, menerima kunjungan hormat daripada The State Customs Committee of The Republic of Uzbekistan yang diketuai oleh H.E Mr. Akmalkhuja Mavlonov, Chairperson of Customs Committee. Delegasi ini terdiri daripada 10 orang wakil rasmi dan turut hadir sebagai delegasi adalah H.E Mr. Karomidin Gadoev, Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia.

Dalam ucaptamanya, H.E Mr. Akmalkhuja Mavlonov menekankan kepentingan rundingan dalam hal ehwal kastam, penguatkuasaan, dan pembangunan kapasiti sebagai asas kepada hubungan strategik antara Malaysia dan Uzbekistan. Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh perdagangan dua hala tetapi juga meningkatkan daya saing melalui teknologi dan inovasi.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia menyambut baik lawatan ini dan menegaskan bahawa inisiatif ini selari dengan perkembangan global dalam pendigitalan sistem kerja kastam. Langkah ini akan mempercepatkan proses perdagangan, meningkatkan ketelusan, dan memperkukuh keberkesanan pentadbiran kastam. Kerjasama erat antara Malaysia dan Uzbekistan dijangka membuka lebih banyak peluang dalam pembangunan ekonomi serantau serta menyumbang kepada pertumbuhan perdagangan antarabangsa yang mampan.

Kunjungan hormat ini mencerminkan keakraban hubungan antara kedua-dua negara dan menandakan langkah penting dalam memperluas kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan bagi sektor kastam. JKDM optimis bahawa perbincangan yang telah diadakan akan menghasilkan manfaat yang berterusan demi kepentingan bersama.


 CEKAP, TANGKAS DAN INTEGRITI


image.png