PROSEDUR CUKAI PERKHIDMATAN

PENGENALAN

Cukai perkhidmatan adalah cukai tidak langsung berkuatkuasa mengikut peruntukan Akta Cukai Perkhidmatan 1975. Cukai Perkhidmatan mula diperkenalkan pada 1 Mac 1975.

UNDANG-UNDANG BERKAITAN CUKAI PERKHIDMATAN

Undang-undang yang dikuatkuasakan untuk pelaksanaan cukai perkhidmatan ialah:

PERKHIDMATAN YANG KENA DIBAYAR CUKAI

Perkhidmatan yang dikenakan cukai perkhidmatan disenaraikan dalam Jadual Kedua, Peraturan-Peratutran Cukai Perkhidmatan 1975. Perkhidmatan yang dikenakan cukai perkhidmatan dibahagikan kepada beberapa kumpulan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:

Kumpulan A hotel.

Kumpulan B1 restoran, bar-bar, snek-bar, rumah kopi yang terletak dalam hotel lebih 25 bilik.

Kumpulan B2 restoran, bar-bar, snek-bar, rumah kopi yang terletak dalam hotel 25 bilik atau kurang.
Kumpulan C restoran, bar-bar, snek-bar, rumah kopi yang terletak di luar hotel.

Kumpulan D kelab malam, dewan tari, kabaret, pusat kesihatan, rumah urut dan tempat-tempat perniagaan yang memiliki Lesen Rumah Awam Kelas Petama, Kedua atau Kelas Ketiga dan Lesen Rumah Bir Kelas Pertama, Kedua.

Kumpulan E kelab persendirian.

Kumpulan E1 padang golf dan lapangan sasar golf selain daripada dalam kumpulan A dan E.

Kumpulan F hospital persendirian.

Kumpulan G penyediaan perkhidmatan lain - perkhidmatan akauntan, peguam, jurutera, arkitek, kiriman cepat, jurukur dan penilai, pengawal/perlindungan keselamatan, pekerjaan pusat-pusat servis dan membaiki kenderaan bermotor, ruang letak kereta, ejen-ejen penghantaran, pengiklanan, klinik veterinar, telekomunikasi, insuran, kereta sewa dan firma-firma khidmat perunding, perkhidmatan pengurusan.

PENGENAAN CUKAI PERKHIDMATAN

NILAI JUALAN PEROLEHAN TAHUNAN

Jenis Perkhidmatan

Threshold

Hotel , Restoran, bar-bar, snek-bar, rumah kopi yang terletak dalam Hotel 26 bilik ke atas

26 bilik dan ke atas. Tiada Threshold

Kelab malam, dewan tari, kabaret, pusat kesihatan rumah urut dan tempat- tempat perniagaan yang tempat perniagaan yang memiliki Lesen Rumah Awam Kelas Petama, Kedua atau Kelas Ketiga dan Lesen Rumah Bir Kelas Pertama, Kedua.

Tiada Threshold

Ejen-ejen penghantaran

Tiada Threshold

Telekomunikasi, insuran, akauntan, peguam, jurutera, arkitek, jurukur, firma-firma khidmat perunding dan pengurusan.

Tiada Threshold

Restoran, bar-bar , snek-bar, rumah kopi yang terletak dalam hotel 25 bilik dalam hotel 25 bilik atau kurang.

RM300,000.00

Restoran, bar-bar, snek-bar, rumah kopi yang terletak di luar hotel

RM3,000,000.00

Kelab Persendirian, hospital persendirian, pengiklanan, klinik veterinar, kereta sewa

RM300,000.00

Padang golf dan lapangan sasar golf selain daripada dalam kumpulan A dan E.

RM300,000.00 atau Kurang

Penilai, perkhidmatan keselamatan, pusat-pusat servis dan membaiki kenderaan bermotor, ruang letak kereta dan kiriman cepat.

RM150,000.00

PERMOHONAN LESEN

LESEN BERPUSAT

PINDAAN DAN PEMBATALAN LESEN

KADAR CUKAI

BILA CUKAI PERKHIDMATAN DILEVIKAN DAN DIBAYAR

TANGGUNGJAWAB MENYIMPAN REKOD

KESALAHAN-KESALAHAN DIBAWAH AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 1975

Seksyen 29 Akta : -

  1. Gagal untuk memohon Lesen Cukai Perkhidmatan;
  2. Gagal untuk mengenakan cukai ke atas perkhidmatan yang ditetapkan yang disediakan oleh atau di mana-mana tempat-tempat perniagaan yang ditetapkan yang dijual atau dibekalkan oleh atau mana-mana tempat-tempat perniagaan yang ditetapkan;
  3. Gagal untuk menyerahkan penyata dan pembayaran cukai;
  4. Gagal untuk menyimpan buku-buku akaun dan lain-lain rekod.
  5. Gagal untuk mengeluarkan invois atau mengeluarkan resit.
  6. Memungut cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan-perkhidmatan dan barang-barang yang tidak kena cukai.
  7. Menjalankan perniagaan pada mana-mana tempat atau permis yang tidak dinyatakan dalam lesen yang dikeluarkan;
  8. Tidak atau enggan mengemukakan sesuatu buku, dokumen atau benda untuk diperiksa oleh kastam;
  9. Tidak atau enggan memberi maklumat yang betul;
  10. Membayar satu amaun cukai perkhidmatan kurang daripada yang dikehendaki; atau
  11. Dalam apa-apa cara menghalang seseorang pegawai yang hak daripada menjalankan tugas-tugasnya di bawah Akta ini.
Seksyen 32 Akta-
  1. Meninggalkan daripada sesuatu penyata yang dibuat, apa-apa maklumat berhubung dengan cukai perkhidmatan;
  2. Membuat sesuatu pernyataan atau catatan palsu dalam sesuatu penyata yang dibuat di bawah peraturan-peraturan;
  3. Memberi sesuatu jawapan palsu sama ada secara lisan atau bertulis kepada apa-apa soalan atau permintaan maklumat yang ditanya atau dibuat;
  4. Menyedia atau menyenggarakan atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan sesuatu buku akaun palsu, invois palsu atau lain-lain rekod palsu atau memalsukan atau membenarkan pemalsuan sesuatu buku akaun invois atau rekod; atau
  5. Menggunakan atau membenarkan penggunaan tipuan, perbuatan atau alat.
  6. Juga menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 31 Akta bagi seseorang yang bukan orang kena cukai untuk mengenakan caj atau memungut cukai perkhidmatan ke atas mana-mana perkhidmatan yang ditetapkan yang disediakan atau barang-barang yang ditetapkan yang dijual atau dibekalkan olehnya atau bagi pihaknya.
  7. Penalti bagi mana-mana kesalahan di bawah Seksyen 32 ialah denda tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih dari lima ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya.