Pengimportan Tembakau (termasuk rokok) / Minuman Keras perlu memohon satu lesen mengimport yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kastam di bawah Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Kastam 1977 bagi tujuan komersial . Pengecualian daripada permohonan lesen di beri kepada pengimportan untuk tujuan kegunaan sendiri dan yang dikecualikan dari bayaran duti kastam di bawah seksyen 14 Akta Kastam 1967.
Permohonan lesen baru mengimport rokok, tembakau dan minuman keras hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Kastam dimana syarikat pemohon didaftarkan dan tertakluk kepada syarat-syarat danprosedur permohonan yang ditentukan. Pertimbangan kelulusan bagi permohonan lesen baru mengimport rokok adalah diperingkat Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Putrajaya, sementara bagi permohonan lesen baru mengimport tembakau dan minuman keras adalah dipertimbangkan oleh Pengarah Kastam Negeri.
Permohonan pembaharuan
Semua lesen di atas hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Kastam yang mengawal dan pertimbangan kelulusan dibuat diperingkat Pengarah Kastam Negeri
Bayaran dan tempoh lesen mengimport rokok, tembakau dan minuman keras adalah ditetapkan di bawah Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Kastam 1977.
Tembakau ertinya cerut, rokok, sedutan, beedies dan apa-apa keluaran kilangan tembakau lain yang seumpamanya termasuk tangkai tembakau, lebihan tembakau dan tembakau belum diawit Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Kastam 1977.
Minuman keras termasuklah apa-apa alcohol atau apa-apa cecair yang mengandungi lebih daripada dua peratus spirit pruf, yang sesuai, atau bermaksud untuk, atau yang boleh dengan apa-apa cara diubah bagi, digunakan sebagai suatu minuman Seksyen 2, Akta Kastam 1967.
Tiada seseorang boleh mengimport liquor yang memabukkan, tembakau dan spirit denaturasi kecuali dengan dan mengikut suatu lesen yang dikeluarkan oleh atau di bawah arahan Ketua Pengarah:
Dengan syarat bahawa liquor yang memabukkan atau tembakau yang seorang pegawai kastam berpuas hati , adalah di cadang untuk kegunaan persendirian pengimport dan bukan untuk jualan atau liquor yang memabukkan atau tembakau yang dikecualikan dari bayaran duti kastam di bawah peruntukan peruntukan seksyen 14 Akta Kastam boleh diimport tanpa lesen itu.
(1) Menteri boleh, melalui perintah, mengecualikan, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan, apa-apa kelas barang-barang atau mana- mana golongan orang dari membayar keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa duti kastam atau apa-apa fee atau caj lain yang ditetapkan yang kena dibayar.
(2) Menteri boleh dalam apa-apa hal tertentu-
(a) Mengecualikan mana- mana orang daripada membayar keseluruhan atau mana-mana bahagian duti kastam atau apa-apa fee atau caj lain yang ditetapkan yang kena dibayar oleh orang itu ke atas apa-apa barang.
5.1. Syarikat didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia
5.2. Mempunyai premis dan setor yang sah/tetap seperti surat hakmilik premis (bagi premis kepunyaan sendiri) atau surat perjanjian menduduki premis (bagi premis yang disewa)
5.3. Modal berbayar minimum RM 350,000.(bagi permohonan lesen mengimport rokok sahaja)
1. Tiap- tiap lesen sebagaimana dikehendaki di bawah Peraturan 18 untuk mengimport liquor yang memabukkan, tembakau atau spirit denaturasi hendaklah pada asasnya mengikut borang Kastam No.12 dalam Jadual Kedua, dan bayaran bagi sesuatu lesen itu ialah RM 10.00 bagi tiap-tiap satu bulan kalendar atau sebahagian daripadanya yang kena dibayar sebelum lesen itu dikeluarkan dengan syarat bahawa jika lesen di ambil bagi tempoh enam bulan berturut-turut bayarannya ialah RM 48.00.
2. Lesen itu ialah bagi sesuatu tempoh tidak lebih daripada satu tahun tetapi hendaklah tamat tidak lewat daripada 31hb Disember yang berikutan dengan tarikh lessen itu dikeluarkan.
7.1. Permohonan Baru Lesen Mengimport Minuman Keras, Rokok,Tembakau, Cerut, Sedutan, Beedies SertaLain-Lain Keluaran Tembakau.
(i) Salinan surat Pendaftaran Perniagaan atau Memorandum & Articles of Association.
(ii) Form 24 dan Form 49 jika Syarikat Berhad atau Sendirian Berhad
(iii) Dokumen-dokumen yang menunjukkan pemohon mempunyai premis dan stor yang sah/tetap seperti surat hak milik bangunan/rumah kedai (bagi premis kepunyaan sendiri) atau surat perjanjian menduduki premis (bagi premis yang disewa)
(iv) Surat perlantikan sebagai pengedar/pengimport daripada pembekal atau pengilang .
(v) Pengesahan syarikat pemohon mempunyai modal berbayar minimum RM350,000.00 (bagi permohonan lesen mengimport rokok sahaja)
(vi) Penyata bank yang terkini hendaklah dikemukakan untuk membuktikan kemampuan kewangan syarikat.
(vii) Surat kebenaran menyimpan barangan di Gudang Berlesen Awam oleh operator GBA berkenaan (sekiranya berkaitan).
(viii) Lesen borong/runcit yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (minuman keras sahaja).
(ix) Lesen premis perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
8.1 Pembaharuan Lesen Mengimport Minuman Keras, Rokok,Tembakau, Cerut, Beedies SertaLain-Lain Keluaran Tembakau
(i) Salinan surat Pendaftaran Perniagaan atau Memorandum & Articles of Association.
(ii) Form 24 dan Form 49 jika Syarikat Berhad atau Sendirian Berhad)
(iii) Dokumen-dokumen yang menunjukkan pemohon mempunyai premis dan stor yang sah/tetap seperti surat hak milik bangunan/rumah kedai (bagi premis kepunyaan sendiri) atau surat perjanjian menduduki premis (bagi premis yang disewa).
(iv) Surat perlantikan sebagai pengedar/pengimport daripad pembekal atau pengilang (minuman keras sahaja).
(v) Pengesahan syarikat pemohon mempunyai modal minimum RM350,000.00 (bagi permohonan lesen mengimport rokok sahaja)
(vi) Penyata bank terkini (3 bulan).
(vii) Penyata Untung Rugi (profit and Loss Statement) yang disahkan oleh Akauntan Bertauliah.
(viii) Surat kebenaran menyimpan barangan di Gudang Berlesen Awam oleh operator GBA berkenaan (sekiranya berkaitan).
(ix) Pengesahan oleh juruaudit syarikat/bertauliah ke atas pengimportan/ pemindahan minuman keras berbanding pembelian dan penampalan label cukai.
(x) Lesen borong/runcit yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (minuman keras sahaja).
(xi) Lesen premis perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.