CBP menghendaki perniagaan-perniagaan yang telah melebihi nilai ambang yang ditetapkan untuk berdaftar dan menyimpan rekod cukai input dan output. Perniagaan ini melaporkan liabiliti mereka di dalam tempoh tertentu yang dipanggil tempoh bercukai.
Rujuk bahagian-bahagian berikut untuk memahami tanggungjawab dan kewajipan sebagai orang berdaftar CBP.
Langkah pertama ke arah kesediaan CBP adalah pendaftaran CBP. Adalah perlu untuk dipastikan samada wajib didaftarkan atau memilih untuk pendaftaran secara sukarela.
Seseorang adalah dikehendaki untuk berdaftar di bawah CBP jika perolehan bercukai tahunannya melebihi RM 500,000. Seseorang itu termasuk individu, pemilik tunggal, perkongsian, syarikat, pemegang amanah, pertubuhan, kesatuan, kelab persatuan atau mana-mana organisasi termasuk jabatan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan yang terlibat di dalam perniagaan yang membuat pembekalan bercukai di Malaysia.
Perolehan bercukai tahunan boleh ditentukan berdasarkan salah satu daripada berikut:
Adalah perlu untuk menentukan jenis pendaftaran yang terbaik untuk perniagaan anda:
Permohonan bagi pembatalan pendaftaran perniagaan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh berlakunya perkara-perkara berikut:
Pendaftaran kumpulan adalah satu kemudahan yang membenarkan dua atau lebih syarikat untuk berdaftar sebagai satu kumpulan dan memusatkan pentadbiran mereka untuk tujuan perakaunan CBP. Setiap syarikat hendaklah didaftarkan secara individu sebelum mereka yang berkaitan mendaftar sebagai satu kumpulan dan setiap syarikat hendaklah membuat pembekalan bercukai sepenuhnya.
Seseorang orang kena cukai yang menjalankan perniagaannya di dalam beberapa cawangan atau bahagian boleh memohon dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan, berdaftar di atas nama cawangan atau bahagian tersebut. Kemudahan ini disediakan untuk orang kena cukai yang mempunyai beberapa unit perakaunan kendiri untuk mendaftar setiap unit secara berasingan untuk CBP.
Setiap cawangan/bahagian akan diberikan nombor pendaftaran CBP secara berasingan dan mengemukakan penyatanya sendiri. Walau bagaimanapun orang kena cukai kekal bertanggungan ke atas semua tanggungan CBP untuk semua cawangan/bahagian.
Apabila ingin mengenakan CBP, adalah perlu untuk mengeluarkan invois cukai yang mengandungi amaun CBP dan harga pembekalan secara berasingan. Invois cukai mesti dikeluarkan dalam tempoh 21 hari dari masa pembekalan.
Maklumat yang mesti ditunjukkan di dalam invois cukai:
Ketua Pengarah Kastam boleh atas permohonan membenarkan invois cukai berbeza dari di atas samada dari segi maklumat di dalam invois cukai atau jenis invois cukai yang berbeza iaitu invois cukai mudah.
Invois cukai dipermudah tidak mengandungi semua butir-butir yang diperlukan dalam invois cukai standard dan tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah. Invois cukai dipermudah yang tidak mempunyai nama dan alamat penerima, cukai input maksima yang dituntut tidak boleh melebihi RM30.00 (6% GST). Jika penerima mahu menuntut amaun penuh cukai input (lebih daripada RM30.00), maka dia mesti meminta nama dan alamat beliau dinyatakan dalam invois cukai dipermudah.
Ketua Pengarah boleh membenarkan invois cukai dipermudah dikeluarkan mengandungi maklumat seperti berikut:
Umumnya, setiap orang kena cukai hendaklah mengakaun CBP berdasarkan perakaunan pada asas terakru (invois) iaitu setiap cukai output dan cukai input perlu diakaun dan dituntut berdasarkan pada masa invois dikeluarkan atau diterima.
Walau bagaimanapun terdapat kategori orang kena cukai dibenarkan mengguna perakaunan pada asas bayaran (tunai). Kemudahan ini boleh diberi kepada perniagaan yang menjalankan aktiviti mereka hanya dengan asas bayaran tunai.
Setiap rekod perniagaan dan perakaunan yang berkaitan dengan transaksi CBP perlu disimpan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam tempoh tujuh (7) tahun.
Senarai Syarikat Pembekal Perisian Perakaunan GST yang mendapat pengesahan JKDM adalah seperti berikut ...klik di siniPenyata CBP hendaklah dikemukakan ke pejabat CBP tidak lewat daripada hari terakhir bulan berikutnya selepas berakhirnya tempoh bercukai.
Tempoh bercukai adalah selang masa yang tetap yang mana orang kena cukai adalah bertanggungan untuk mengakaun dan membayar CBP kepada kerajaan. Tempoh bercukai standard adalah setiap suku tahun. Walau bagaimanapun orang berdaftar boleh memohon untuk diberikan tempoh bercukai yang lain (bulanan atau 6 bulan) berdasarkan syarat-syarat berikut:
Kategori | Tempoh | Syarat-syarat |
---|---|---|
Tempoh bercukai standard | Tiga bulan |
|
Tempoh bercukai tidak standard | Satu bulan |
|
Enam bulan |
|
Hanya perniagaan yang berdaftar CBP boleh mengenakan dan memungut CBP. Perniagaan ini dibenarkan untuk menuntut apa-apa amaun CBP yang telah dibayar untuk input perniagaan secara 'offset' terhadap cukai output.
Jika cukai output melebihi cukai input, perbezaan tersebut perlu dibayar kepada kerajaan bersama-sama penyata CBP tidak lewat daripada hari terakhir bulan berikutnya selepas berakhirnya tempoh bercukai. Pembayaran di atas talian adalah melalui:
Pembayaran melalui cek/ deraf bank/ kiriman wang perlu dibuat atas nama Ketua Pengarah Kastam Malaysia dan dihantar ke:
Ketua Pengarah Kastam Malaysia
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Kompleks Kastam Kelana Jaya
No.22 Jalan SS6/3
Kelana Jaya 47301
Petaling Jaya, Selangor
Penalti boleh dikenakan ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan seperti berikut:
Mana-mana individu yang terkilan dengan apa-apa keputusan yang dibuat oleh pegawai CBP boleh memohon untuk kajian semula dan semakan keputusan kepada Ketua Pengarah dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemberitahuan keputusan itu. Dia juga boleh membuat rayuan terus kepada Tribunal dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan yang dipertikaikan.
Kes rayuan boleh dibentangkan oleh pembayar cukai sendiri atau mana-mana individu yang beliau lantik. Prosiding perbicaraan akan dijalankan secara tertutup melainkan kedua-dua pihak bersetuju untuk perbicaraan secara terbuka.