​Kedai Bebas Cukai (KBC) ditubuhkan di bawah Seksyen 65D Akta Kastam 1967 untuk membolehkan pelancong-pelancong antarabangsa , pemegang pas sempadan, anak-anak kapal dan warganegara yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk  membeli barangan tanpa perlu membayar duti/cukai. Terdapat beberapa kategori Kedai Bebas Cukai yang dilesenkan dan tertakluk kepada kelayakan dan  had   pembelian.

Permohonan lesen Kedai Bebas Cukai hendaklah dikemukakan kepada pejabat Kastam dimana premis perniagaan akan dijalankan tertakluk kepada syarat-syarat permohonan dan dokumen sokongan  yang ditetapkan Pertimbangan kelulusan adalah di peringkat Kementerian Kewangan. Bagi permohonan yang diluluskan bayaran lesen dikenakan sebanyak RM 600. 00 setahun.

1. Seksyen 65 D Akta Kastam 1967

( 1 ) Ketua Pengarah Kastam boleh , menurut budi bicara mutlaknya, apabila dibayar apa-apa fee sebagaimana yang ditentukannya, memberi lesen untuk menjalankan kedai bebas cukai kepada mana-mana orang , yang kemudian daripada

Ini disebut "pemegang lesen" dalam seksyen ini, dan,apabila diberikan,boleh menggantung atau menarik balik lesen itu .

 

2. Kategori Kedai Bebas Cukai

2.1. KBC Bandaraya

2.1.1. Lokasinya berada di beberapa Bandaraya utama seperti Kuala Lumpur,   Pulau Pinang, Melaka dan Kuching.

2.1.2. Kelayakan Pembeli

  • Pelancong-pelancong Antarabangsa yang akan meninggalkan Malaysia
  • Tidak Boleh Dijual kepada :
  •  
    • Warga negara Malaysia
    • Pembeli yang tidak hadir sendiri
    • Pembeli-pembeli yang akan keluar dari Malaysia melalui jalan raya
    • Pembeli yang berumur dibawah 21 tahun bagi pembelian minuman keras dan rokok
    • Minuman Keras kepada orang Islam .

2.1.3.  Had pembelian bagi seorang :

  • Bir dalam tin       : 48 tin   ( 2 crate )
  • Minuman Keras : 3 botol ( 1 litre sebotol )
  • Rokok                 : 3 karton ( 200 batang sekarton )

 

2.2. KBC Lapangan Terbang

2.2.1.Lokasinya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa seperti LTA Kuala Lumpur,   Sepang, LTA Bayan Lepas (Pulau Pinang), LTA Senai ( Johor ), LTA Subang ( Selangor), LTA Kota Kinabalu (Sabah) dan LTA Kuching (Sarawak).

2.2.2. Kelayakan Pembeli

  • Penumpang dan anak kapal yang tiba / akan berlepas keluar negara
  • Tidak boleh dijual kepada :
    • Pembeli yang tidak hadir sendiri
    • Pembeli yang berumur dibawah 21 tahun bagi pembelian minuman keras dan rokok
    • Minuman Keras kepada orang Islam.

2.2.3. Had pembelian bagi seorang:

  • Bir dalam tin
  • Minuman Keras                dibenarkan membeli dalam had / kuantiti
  • Rokok                                 penggunaan peribadi

2.3. KBC Sempadan

2.3.1. Berada di antara pusat pemeriksaan CIQ Malaysia dengan pusat pemeriksaan CIQ negara jiran di sempadan negara seperti Padang Besar (Perlis), Bukit Kayu Hitam (Kedah),  Pengkalan Hulu (Perak) dan Limbang ( Sarawak ).

2.3.2. Kelayakan Pembeli

  • Pelancong antarabangsa, pemegang pas sempadan luar negeri dan Warganegara Malaysia yang tiba / akan  berlepas keluar Negara.
  • Tidak boleh dijual kepada :
    • Pembeli yang tidak hadir sendiri
    • Pembeli yang berumur dibawah 21 tahun bagi pembelian minuman keras dan rokok
    • Minuman Keras kepada orang Islam.

2.3.3. Had pembelian bagi seorang:

  • Bir dalam tin
  • Minuman Keras                dibenarkan membeli dalam had / kuantiti
  • Rokok                                 penggunaan peribadi

 

2.4. KBC Dalam Negeri.

2.4.1. Lokasinya berada  berhampiran pusat pemeriksaan CIQ dipintu keluar masuk negara dan didalam Kawasan Utama Kastam (KUK) seperti di Padang Besar (Perlis), dan Pengkalan Kubor (Kelantan).

2.4.2. Kelayakan Pembeli

  • Warganegara Malaysia yang memiliki pasport antarabangsa atau pas sempadan yang akan berlepas ke luar negara.
  • Pelancong Antarabangsa yang memiliki passport antarabangsa,pas sempadan atau Borang IMM.117 yang akan berlepas ke luar negara.
  • Tidak Boleh Dijual kepada :
  •  
    • Pembeli yang tidak hadir sendiri
    • Pembeli-pembeli yang tiba dari luar negara
    • Pembeli yang berumur dibawah 21 tahun bagi pembelian minuman keras dan rokok
    • Minuman Keras kepada orang Islam .

2.4.3. Had pembelian bagi seorang :

i. Warganegara Malaysia yang memiliki pasport antarabangsa atau pas sempadan yang akan berlepas ke luar negara.

  • Bir dalam tin       : 24 tin   ( 1 crate )
  • Minuman Keras : 1 botol ( 1 litre sebotol )
  • Rokok                 : 1 karton ( 200 batang sekarton)

ii. Pelancong Antarabangsa yang memiliki passport antarabangsa,pas  sempadan atau Borang IMM.117 yang akan berlepas ke luar negara.

  • Bir dalam tin       : 48 tin   ( 2 crate )
  • Minuman Keras : 3 botol ( 1 litre sebotol )
  • Rokok                 : 3 karton ( 200 batang sekarton)

 

2.5. KBC Pelabuhan

2.5.1. Lokasinya berada di Pelabuhan seperti Pelabuhan Klang (Selangor),  Pasir Gudang (Johor), dan Pelabuhan Melaka (Melaka).

2.5.2. Kelayakan Pembeli

  • Penumpang dan anak kapal yang tiba / akan berlepas keluar negara
  • Tidak boleh dijual kepada :
    • Pembeli yang tidak hadir sendiri
    • Pembeli yang berumur dibawah 21 tahun bagi pembelian minuman keras dan rokok
    • Minuman Keras kepada orang Islam.

2.5.3. Had pembelian bagi seorang:

  • Bir dalam tin
  • Minuman Keras                dibenarkan membeli dalam had / kuantiti
  • Rokok                                 penggunaan peribadi

 

 

3. Syarat Permohonan

  • Syarikat didaftarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  • Pegangan saham dan peyertaan bumiputra didalam pengurusan syarikat adalah tidak kurang daripada 30% (KBC Lapangan Terbang, KBC Pelabuhan, KBC Dalam Negeri dan KBC Sempadan atau 70% KBC Bandaraya)
  • Lulus tapisan keselamatan JKDM Ibu Pejabat ke atas nama-nama ahli lembaga pengarah syarikat.
  • Premis perniagaan hendaklah kukuh,selamat  dan berjauhan dari premis yang menyelenggara  bahan-bahan yang mudah terbakar atau meletup. Premis perniagaan juga perlu  dilengkapi dengan sistem penggera keselamatan, alat pemadam kebakaran dan memiliki sijil kelayakan menghuni.
4.  Dokumen Sokongan Bagi Permohonan Lesen KBC

  • Borang JKED 1
  • Kertas kerja dan alasan bagi menyokong permohonan
  • Memorandum And Articles Of Assosiation atau Sijil Pendaftaran Syarikat, Borang 24 dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat.
  • Sijil layak menduduki atau surat perjanjian sewaan
  • Pelan premis perniagaan yang diluluskan oleh arkitek bertauliah
  • Lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan