Gudang Berlesen merupakan gudang yang dilesenkan di bawah Seksyen 65 Akta Kastam 1967 untuk penyimpanan barangan berduti yang mana pembayaran duti dan cukai yang ditangguhkan sehingga barangan dikeluarkan untuk penggunaan tempatan atau untuk dieksport semula. Terdapat beberapa kategori Gudang Berlesen yang ditawarkan dan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan.
Permohonan lesen gudang hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Kastam yang berhampiran dengan premis gudang dan tertakluk kepada syarat-syarat serta
prosedur permohonan yang ditentukan. Peringkat pertimbangan untuk kelulusan lesen gudang adalah bergantung kepada kategori gudang. Gudang Berlesen Awam dipertimbangkan diperingkat Kementerian Kewangan,manakala gudang berlesen persendirian dipertimbangkan diperingkat Ibu Pejabat Kastam,Putrajaya dan gudang PEKEMA oleh Pengarah Kastam Negeri. Bagi permohonan yang diluluskan,bayaran lesen Gudang akan dikenakan sebanyak RM 1,200 setahun dan bagi agensi kerajaan bayaran lesen sebanyak RM120.00 setahun.
1. Seksyen 65 Akta Kastam 1967
(1) Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicara mutlaknya, apabila dibayar fee sebagaimana yang ditetapkannya dalam setiap hal, member suatu lessen kepada mana-mana orang, yang kemudian daripada ini disebut pemegang lesen dalam seksyen ini, dan apabila diberi menarik balik mana-mana lesen, untuk penggudangan barang-barang yang dikenakan duti kastam dan barang-barang lain dalam sesuatu tempat atau tempat-tempat yang dinyatakan dalam lesen itu.
(2) Mana-mana lessen itu hendaklah bagi sesuatu tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dalam setiap hal dalam lessn itu.
(3) Pegawai kanan kastam atau mana-mana pegawai kastam yang diwakilkannya bagi maksud itu, hendaklah pada sepanjanmasa ada akses pada mana-mana gudang berlesen.
(4) Jika didapati pada bila-bila masa bahawa dalam mana-mana gudang berlesen atau mana-mana bahagiannya ada kekurangan kuantiti barang-barang berduti yang sepatutnya didapati di dalam gudang berlesen itu, pemegang lesen gudang itu hendaklah, jika tiada bukti sebaliknya, dianggap telah memindahkan dengan menyalahi undang-undang barang-barang itu dan hendaklah, tanpa menyentuh mana-mana prosiding di bawah Akta ini, membayar kepada pegawai kastam yang hak duti kastam yang boleh dilevikan ke atas barang-barang yang didapati berkurangan itu.
Dengan syarat bahawa jika dibuktikan dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa kekurangan itu adalah disebabkan oleh kebocoran, kepecahan yang tidak dapat dielakkan atau kemalangan lain, Ketua Pengarah boleh meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian duti kastam yang boleh dilevi ke atas barang-barang yang didapati berkurangan itu.
2. KATEGORI GUDANG BERLESEN
Gudang berlesen yang terdapat di Negara ini terdiri daripada kategori-kategori berikut:-
2.1 Gudang Berlesen Awam (GBA)
2.2 Gudang Berlesen Persendirian (GBP)
2.3 Gudang Berlesen PEKEMA
2.4 Gudang Berlesen Petroleum (Petroleum)
2.5 Gudang Berlesen Awam (Petroleum)
2.6 Gudang Berlesen Persendirian (Petroleum)
3. AKTIVITI YANG DIBENARKAN
3.1 Aktiviti-aktiviti yang dibenarkan di Gudang Berlesen, kecuali Gudang Berlesen PEKEMA adalah seperti berikut:-
3.1.1 Penggudangan barang-barang yang berduti / bercukai dan barang-barang yang duti belum dibayar
3.1.2 Pecah Pukal (Break Bulk)
3.1.3 Pembungkusan Semula (repacking)
3.1.4 Penandaan Semula (Relabeling)
3.1.5 Jual Beli (Devending)
3.1.6 Penggabungan (Consolidation)
3.1.7 Perdagangan Enterport
4. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN MENGIKUT JENIS GUDANG BERLESEN
4.1 Gudang Berlesen Awam (GBA)
4.1.1 Menyimpan barangan pelanggan yang berduti/cukai belum bayar
4.1.2 Sekurang-kurangnya memiliki 30% ekuiti bumiputra
4.1.3 Modal berbayar untuk pemyimpanan barangan kritikal RM 1 Juta dan barangan bukan kritikal RM 250,000
4.1.4 Keluasan premis untuk menyimpan barangan kritikal 4645.15 meter persegi / 28000m3 isipadu atau 20000 kaki persegi. Keluasan premis untuk menyimpan barangan bukan kritikal adalah 1858.06 meter persegi, 20,000 kaki persegi atau 12,000 m3 (cubic meter) isipadu
4.1.5 Lulus tapisan keselamatan
4.1.6 10% Jaminan Bank dari jumlah purata bulanan bagi tempoh setahun ke atas duti/cukai yang terlibat.
4.2 Gudang Berlesen Persendirian (GBP)
4.2.1 Menyimpan barangan sendiri yang duti/cukai belum dibayar
4.2.2 Model Berbayar sekurang-kurangnya RM 150,000 bagi penyimpanan barangan kritikal dan untuk barangan bukan kritikal adalah sekurang-kurangnnya RM100,000.
4.2.3 Nilai barangan yang disimpan dalam satu(1) tahun sekurang-kurangnya RM 5 juta bagi barangan kritikal dan RM 2 juta untuk barangan bukan kritikal.
4.2.4 Kelonggaran syarat ke atas nilai barangan yang simpan dalam setahun diberikan kepada Gudang Berlesen yang memenuhi salah satu ciri atau keadaan berikut:-
4.2.4.1 GBP yang tedapat di Bandar kecil di mana tidak ada kemudahan Gudang Berlesen Awam
4.2.4.2 GBP untuk bekalan kapal (ship chandliry) di Pelaburan yang tidak mempunyai kemudahan GBA.
4.2.5 10% Jaminan Bank dari jumlah purata bulanan bagi tempoh setahun ke atas duti/cukai yang terlibat.
4.3 Gudang Berlesen Awam (Petroleum)
4.3.1 Menyimpan petroleum /diesel oleh pelanggan yang berduti/cukai belum dibayar
4.3.2 Sekurang-kurangnya memiliki 30% ekuiti bumiputra
4.3.3 Modal berbayar untuk pemyimpanan barangan kritikal RM 1 Juta dan barangan bukan kritikal RM 250,000
4.3.4 Keluasan premis untuk menyimpan barangan kritikal 4645.15 meter persegi / 28000m3 isipadu atau 20000 kaki persegi. Keluasan premis untuk menyimpan barangan bukan kritikal adalah 1858.06 meter persegi, 20,000 kaki persegi atau 12,000 m3 (cubic meter) isipadu
4.3.5 Lulus tapisan keselamatan
4.3.6 10% Jaminan Bank dari jumlah purata bulanan bagi tempoh setahun ke atas duti/cukai yang terlibat.
.
4.4 Gudang Berlesen Persendirian (Petroleum)
4.4.1 Menyimpan barangan(petroleum) kepunyaan sendiri yang berduti/cukai belum berbayar.
4.4.2 Model Berbayar sekurang-kurangnya RM 150,000 bagi penyimpanan barangan kritikal dan untuk barangan bukan kritikal adalah sekurang-kurangnnya RM100,000.
4.4.3 Nilai barangan yang disimpan dalam satu(1) tahun sekurang-kurangnya RM 5 juta bagi barangan kritikal dan RM 2 juta untuk barangan bukan kritikal.
4.4.4 lulus tapisan keselamatan
4.4.5 10% Jaminan Bank dari jumlah purata bulanan bagi tempoh setahun ke atas duti/cukai terlibat.
4.5 Gudang Berlesen PERKEMA
4.5.1 Menyimpan kenderaan import yang duti/cukai belum berbayar
4.5.2 100% Bumiputera dan disahkan sebagai ahli PERKEMA
4.5.3 Lulus tapisan keselamatan
4.5.4 Bon Am diperlukan
5. PROSEDUR PERMOHONAN LESEN GUDANG BERLESEN
5.2 Sertakan dokumen sokong seperti berikut:-
5.2.1 Sijil Pendaftaran Syarikat/Perniagaan
5.2.2 Borang No. 24, 44, 49
5.2.3 Borang D
5.2.4 Borang No. 9,13, B (jika berkaitan)
5.2.5 Pelan/lukisan struktur bangunan yang disahkan Arkitek bertauliah
5.2.6 Senarai Semak dan Perakuan Permohonan Lesen (checklist)
5.2.7 Surat pengesahan pemilikan atau surat perjanjian menyewa tapak premis
5.2.8 Pelan premis perniagaan dalam
4 salinan yang diluluskan oleh "chartered architect".
5.2.9 Surat Pengesahan Keahlian PERKEMA (Bagi Permohonan Gudang PERKEMA sahaja).