Profil Bahagian

Objektif Bahagian Penguatkuasaan adalah untuk membanteras segala bentuk penyeludupan dan penyelewengan dengan cekap dan berkesan bagi mempastikan segala undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditadbir oleh Jabatan dipatuhi sepenuhnya. Dengan demikian hasil negara serta kepentingan masyarakat sentiasa dipelihara dan dilindungi tanpa mengganggu transaksi perdagangan yang sah.

Struktur Organisasi

Struktur organisasi Bahagian Penguatkuasaan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Ibu Pejabat, negeri dan stesen.

  1. Di peringkat Ibu Pejabat, Bahagian Penguatkuasaan adalah diketuai oleh Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) yang berjawatan JUSA B, bertanggungjawab terus kepada Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan). Beliau dibantu oleh dua orang Ketua Cawangan yang berjawatan Gred JUSA C dan tiga orang pegawai yang berjawatan Gred W54.
  2. Di peringkat negeri, Bahagian Penguatkuasaan diketuai oleh:­ Timbalan Pengarah Kastam berjawatan Gred W54 (bagi negeri yang diketuai oleh Pengarah berjawatan JUSA C); Penolong Kanan Pengarah Kastam Gred W52 atau W48 (bagi negeri yang diketuai oleh Pengarah berjawatan Gred W54); dan Penolong Pengarah Kastam Gred W44 (bagi negeri yang diketuai oleh Pengarah berjawatan Gred W52).
  3. Di peringkat stesen, Bahagian Penguatkuasaan adalah diketuai sama ada oleh Penolong Pengarah Kastam Gred W44 atau Penguasa Kastam Gred W41, bergantung  kepada negeri di mana stesen itu terletak.

Fungsi Bahagian

Fungsi

Bahagian Penguatkuasaan mempunyai fungsi seperti berikut :

  1. Menjalankan operasi risikan ke atas anasir-anasir penyeludupan ke arah meningkatkan tindakan Penguatkuasaan penyeludupan dan penyelewengan.

  1. Menjalankan operasi mencegah penyeludupan secara bersepadu dan terkoordinasi melalui kaedah rondaan di darat dan laut, mengadakan sekatan jalan raya dan pemeriksaan ke atas premis yang disyaki.

  1. Menjalankan siasatan mengenai sebarang aktiviti penyeludupan dan penyelewengan samada yang diterima melalui ampoma, aduan dari orang awam atau hasil dari aktiviti risikan yang dijalankan dan menyelesaikan siasatan di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

  1. Melaksanakan operasi ke atas sasaran atau kawasan hitam penyeludupan bagi tujuan mematahkan saluran penghantaran sindiket, memecahkan rangkaian sindiket serta melemahkan kekuatan sindiket sehingga berjaya dihapuskan melalui tindakan serbuan, penggelidahan, operasi dan perang saraf.

  1. Membuka Kertas Siasatan ke atas setiap kes yang diperolehi bagi tujuan diambil tindakan menghukum ke atas mana-mana orang yang ditangkap kerana melakukan kesalahan penyeludupan dan penyelewengan samada melalui tindakan pendakwaan di mahkamah atau tawaran kompaun.

  1. Menguruskan penyimpanan dan pelupusan barang rampasan secara efisyen.

  1. Mengadakan kempen anti penyeludupan sebagai mekanisma memberi kesedaran kepada orang awam mengenai bahaya penyeludupan dan membina hubungan kerjasama dengan lain-lain agensi penguatkuasa di dalam dan luar negara.

  1. Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan yang melibatkan kesalahan-kesalahan hak harta intelek (IPR), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, Akta Antipemerdagangan Orang 2007 dan Weapon Of Mass Destruction (WMD).

Tugasan Bahagian


Tugasan utama Bahagian Penguatkuasaan adalah seperti berikut:

Pencegahan dan Rampasan


Siasatan


Pendakwaan


Narkotik


Risikan

Piagam Pelanggan

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN, IBU PEJABAT

Selaras dengan Visi dan Misi Jabatan Kastam Diraja Malaysia, kami berjanji akan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan berikut :

KAMI MENGIKTIRAF HAK PELANGGAN