ATA Carnet adalah dokumen yang digunakan diperingkat antarabangsa kepada negara yang layak (ahli Konvensyen Istanbul) mengikut syarat-syarat dan prosedur yang ditentukan bagi memberi kemudahan untuk mengimport atau mengeksport barangan secara sementara dengan jaminan dari Malaysia International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) bagi melindungi duti yang terlibat, menggunakan Carnet bagi menggantikan penggunaan borang kastam. Barangan yang diimport sementara hendaklah dieksport semula dalam tempoh 3 bulan atau tempoh lanjutan yang diluluskan oleh Pejabat Kastam pintu masuk pertama. Sekiranya gagal untuk mengeksport semula duti/cukai hendaklah dijelaskan dengan serta-merta di mana-mana Pejabat Kastam berdekatan. Sekiranya barangan hendak dijual, duti/cukai hendaklah dijelaskan terlebih dahulu. Satu kelulusan ATA Carnet boleh digunakan oleh lebih dari satu negara yang menjadi anggota ATA Carnet. Sekiranya negara bukan anggota ATA Carnet, pemohon boleh memohon menggunakan Import Sementara. Permohonan ATA Carnet boleh dibuat melalui Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) yang beralamat seperti berikut:
Permohonan ATA Carnet untuk eksport dibuat :
ATA Carnet bagi barangan yang diimport dikeluarkan oleh agensi yang diberi tauliah oleh Kerajaan dinegara pengeksport masing-masing.