​​​​​

 Content Editor

​​FAQ
Konsep:

1 Apakah itu Sijil Tempasal (CO)?
  CO bererti sijil yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara pengeksport yang secara jelas memperakui tempasal barangan. Sijil ini terbahagi kepada 2 iaitu Preferential Certificate of Origin (PCO) dan Non-Preferential Certificate of Origin (NPCO).
   
2 Apakah itu Non-Preferential Certificate of Origin (NPCO)?
  Ia merupakan sijil/dokumen perdagangan bagi menentukan/memperakui tempasal barangan dan tidak boleh digunakan untuk menuntut kadar duti berkeutamaan. Biasanya barangan akan dilepaskan menggunakan kadar duti import mengikut Perintah Duti Kastam yang berkuatkuasa.
   
3 Apakah itu kadar duti Most-Favoured-Nation (MFN)?
 

Kadar MFN adalah kadar tanpa diskriminasi dikenakan ke atas pengimportan (tidak termasuk kadar duti berkeutamaan di bawah perjanjian perdagangan bebas).

   
4 Apakah itu Layanan Tarif Berkeutamaan?
 

Layanan Tarif Berkeutamaan ertinya layanan istimewa dalam bentuk tarif berkeutamaan duti import bagi barangan yang memenuhi kriteria tempasal dibawah sesuatu perjanjian.

   
5 Apakah itu Preferential Certificate of Origin (PCO)?
 

PCO bererti sijil/ dokumen perdagangan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara pengeksport yang secara jelas memperakui tempasal barangan, bagi melayakkan pengimport menuntut kadar tariff berkeutamaan berdasarkan peraturan tempasal yang digunapakai mengikut perjanjian yang berkuatkuasa.

   
6 Apakah itu Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)?
 

FTA adalah perjanjian yang dibuat antara dua atau lebih negara di mana negara-negara yang terlibat diberi akses keutamaan pasaran.

   
7 Berapakah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang berkuatkuasa di Malaysia?
 

Setakat ini, terdapat 7 perjanjian multilateral dan 7 perjanjian bilateral yang telah berkuatkuasa di Malaysia. Senarai FTAs yang telah berkuatkuasa adalah seperti berikut:

Bil Perjanjian Perdagangan Bebas  
1 ASEAN Trade In Goods Agreement (ATIGA) Perjanjian Multilateral
2 ASEAN-Australia-New Zealand Free Trade Agreement (AANZFTA)
3 ASEAN-China Free Trade Agreement (ACFTA)
4 ASEAN-India Free Trade Agreement (AIFTA)
5 ASEAN-Korea Free Trade Agreement (AKFTA)
6 ASEAN-Japan Comprehensive Economic Partnership (AJCEP)
7 Developing Eight Preferential Tariff Agreement (D8 PTA)
8 Malaysia-Australia Free Trade Agreement (MAFTA) Perjanjian Bilateral
9 Malaysia-Chile Free Trade Agreement (MCFTA)
10 Malaysia-India Comprehensive Economic Cooperation Agreement (MICECA)
11 Malaysia-Japan Economic Partnership Agreement (MJEPA)
12 Malaysia-New Zealand Free Trade Agreement (MNZFTA)
13 Malaysia-Pakistan Closer Economic Partnership Agreement (MPCEPA)
14 Malaysia-Turkey Free Trade Agreement (MTFTA)

Perjanjian boleh didapati dari webportal Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (http://www.miti.gov.my/) Kadar duti berkeutamaan boleh didapati dari e-Warta Persekutuan (http://www.federalgazette.agc.gov.my/bm_index.php)

   
8

Apakah perbezaan antara Self-Certification dan Self-Declaration?

  • Self-Certification membenarkan certified exporter untuk membuat pengikraran tempasal menggunakan invois atau dokumen komersial seperti Billing Statement, Delivery Order atau Packing List yang dieksport.
  • Self-Declaration membenarkan mana-mana pengeksport untuk membuat pengikraran tempasal menggunakan invois atau dokumen komersial seperti Billing Statement, Delivery Order atau Packing List untuk barangan yang dieksport.
   
9

Apakah itu Certified Exporter?

Certified Exporter adalah pengeksport sah yang dilantik oleh pihak berkuasa negara pengeksport untuk membenarkan pengeksport membuat pengikraran di atas invois atau dokumen komersial.

   
 

Menuntut kadar berkeutamaan semasa pengimportan:

   
10 Bagaimanakah pengimport boleh menikmati kadar duti berkeutamaan semasa pengimportan?

Pengimport boleh menikmati kadar duti berkeutamaan apabila telah memenuhi syarat-syarat berkaitan tempasal dan mengemukakan Sijil Tempasal (CO) atau pengikraran tempasal semasa pengimportan.

   
11 Saya ingin menuntut kadar duti berkeutamaan pada masa pengimportan, tetapi Sijil Tempasal (CO) belum diterima dari pengeksport. Apa yang boleh saya lakukan?

Pada masa pengimportan, pengimport akan membayar duti pada kadar MFN dan mengaku janji untuk menghantar CO selepas ia diterima daripada pengeksport. Pengimport boleh membuat permohonan tuntutan balik duti selepas CO dikemukakan.

   
12

Saya mempunyai salinan fotokopi Sijil Tempasal (CO), bolehkan saya menuntut kadar duti berkeutamaan pada masa pengimportan menggunakan salinan fotokopi tersebut?

Hanya salinan asal CO sahaja boleh dipertimbangkan untuk menikmati kadar duti berkeutamaan pada masa pengimportan.

   
13

Saya mendapati terdapat perbezaan maklumat antara Sijil Tempasal (CO) dan Borang Kastam No. 1 (K1) yang diikrar, adakah saya layak menikmati kadar duti berkeutamaan?

Hanya CO yang tepat sahaja layak untuk menikmati kadar duti berkeutamaan. Pengimport perlu memastikan semua maklumat yang terkandung di dalam CO adalah sepadan dan betul dengan dagangan yang diimport.

   
14

Saya telah dimaklumkan oleh pihak kastam bahawa Sijil Tempasal (CO) perlu dihantar untuk verifikasi. Adakah bermakna dagangan saya tidak boleh dilepaskan?

Dagangan boleh dilepaskan setelah pembayaran duti pada kadar MFN dibuat. Pengimport juga dibenarkan untuk mengemukakan Jaminan Bank ke atas perbezaan duti import pada kadar MFN dan kadar tarif berkeutamaan sementara menunggu keputusan verifikasi

   
 

Pada masa pengeksportan:

   
15 Bagaimana pengeksport boleh memohon Preferential Certificate of Origin (PCO) atau Non-Preferential Certificate of Origin (NPCO)?
  • Pengeksport Malaysia boleh memohon PCO melalui Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI).
  • Pengeksport Malaysia boleh memohon NPCO melalui Malaysia International Chambers of Commerce and Industry (MICCI).
   
16 Bagaimanakan pengeksport boleh memohon untuk menjadi certified exporter?

Permohonan tersebut boleh dibuat melalui Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI).

  Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan Preferential Certificate of Origin (PCO) or Non-Preferential Certificate of Origin (NPCO) sila layari laman web MITI di http://www.miti.gov.my/

 

 

​​