Makluman -

  1. Semua pelajar yang ingin membawa balik kenderaan import akan dikenakan duti/cukai kastam.

  2. Kadar duti/cukai yang dikenakan ke atas kenderaan import adalah tinggi. Oleh itu jumlah duti/cukai yang perlu dibayar juga adalah tinggi.

  3. Pelajar dinasihatkan membuat pertimbangan sewajarnya sebelum membawa balik kenderaan kerana liabiliti duti/cukai yang tinggi perlu dijelaskan sebelum pelepasan kenderaan oleh pihak kastam.

  4. Taksiran oleh Pegawai Kastam akan mengambil kira semua pengurangan yang layak diberi seperti susut nilai mengikut usia kenderaan dan diskaun mengikut tempoh penggunaan kenderaan di luar negara.

  5. Perundangan Jabatan ini tidak memperuntukan budi bicara bagi memberi diskaun tambahan selain dari yang telah ditetapkan mengikut peraturan penilaian semasa. Sehubungan itu sebarang rayuan pengurangan cukai tidak akan dipertimbangkan oleh jabatan.

  6. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Kastam di talian 03-7806700 atau e-mel ke ccc@customs.gov.my atau pun Pejabat Kastam berhampiran.

​​