1. Prosedur  Pengimportan

 2.1 Alatganti Kapal (Ship Spares) Bagi Kapal-kapal yang belayar dan mengalami kerosakan ketika berlabuh di Pelabuhan-Pelabuhan di Malaysia.

 2.1.1.    Syarat-Syarat Pengimportan.

 2.1.1.1.         Alatganti Kapal (Ship Spares) yang diimpot bertujuan untuk digabungkan (incorporation) didalam kapal, Bot atau Kapal lain bagi tujuan pembinaan (contruction),   pembaikan (repair), penyelengaraan (maintenance) atau untuk di pasang (fitting) atau melengkapkan (equipping) kepada Kapal, Bot atau Kapal lain.

 2.1.1.2.         Pengimportan Alatganti Kapal ini hendaklah diimport semata-mata untuk  Kapal, Bot atau Kapal lain yang dinyatakan sahaja.

 2.1.1.3.         Alatganti Kapaltersebut hendaklah dikenalpasti  dengan memuaskan oleh Pegawai Kanan Kastam di Pelabuhan atau lapangan Terbang.

 2.1.1.4.         Alatganti Kapaltersebut hendaklah di ikrarkan di bawah kod 9800.00 700 di mana ianya  tidak tertakluk kepada duti import dan cukai jualan

 2.1.1.5.         Dokumen semasa pengimportan

 2.1.1.5.1.              Borang Kastam 1 / 8 mengikut kesesuaian.

2.1.1.5.2.              Inbois.

2.1.1.5.3.              Packing List.

2.1.1.5.4.              Shipping document.

2.1.1.5.5.              Bill of Lading / Airway Bill

2.1.1.5.6.              Senarai Inventori bagi 'ship spare' kapal berkaitan.

 

2.2 Bagi Syarikat-Syarikat  Yang mendapat Kelulusan daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan :

 2.2.1.        Terdapat 3 kategori syarikat yang mendapat kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan iaitu:

 1. Malaysia Shipyard and Engineering SB

2. MARA Shipyard and Engineering (Terengganu) SB.

3. Membuat dan Pembaikpulih (builders and repairers) bot dan kapal bonafide yang diluluskan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

 2.2.2.        Barang-barang yang layak

Bahan (materials) dan peralatan (equipment) yang digunakan secara langsung di dalam pembuatan/pembinaan dan baikpulih  vessel.

 2.2.3.       Syarat-syarat pengimportan.

 2.2.3.1.      Barang-barang tersebut telah diluluskan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan samada diimport atau dibeli daripada Gudang Pengilangan Berlesen di bawah Seksyen 65 atau 65A Akta Kastam 1967 oleh pengimport yang layak.

 2.2.3.2.      Barang-barang tersebut akan digunakan secara langsung (solely and directly) di dalam pembinaan atau pembaikan vessel di premis pengimport yang layak atau di premis lain yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Kastam.

 2.2.3.3.      Barang-barang tersebut hendaklah disimpan di premis yang dibenarkan di bawah syarat-syarat yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Kastam.

 2.2.3.4.      Barang-barang tersebut tidak boleh dijual atau dilupuskan kecuali setelah duti / cukai telah dibayar.

 2.2.3.5.      Pengimport hendaklah menyimpan rekod bagi pengimportan atau pembelian dan penggunaan barang-barang tersebut sebagaimana ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kastam.

 2.2.3.6.      Rekod tersebut hendaklah dikemukakan setiap bulan kepada Perbendaharaan dan Kastam selewat-lewatnya 10hb bulan berikutnya.

 2.2.3.7.      Ketua Pengarah Kastam akan membuat keputusan sekiranya terdapat pertikaian mengenai sesuatu barang samada ia tersenarai di dalam barang yang layak atau tidak.

 

2.2.4 Dokumen semasa pengimportan

 2.2.4.1.     Borang Kastam 1 / 8 mengikut kesesuaian.

2.2.4.2.        Surat Pengecualian daripada Perbendaharaan.

2.2.4.3.        Inbois.

2.2.4.4.        Packing List.

2.2.4.5.        Shipping document.

2.2.4.6.        Bill of Lading / Airway Bill

​​