1. 3 salinan Borang JKED 1 (boleh didapati dari pejabat kastam yang berdekatan).
  2. 3 salinan Lampiran A - Permohonan Untuk Lesen Gudang Mengilang Di Bawah Seksyen 65 / 65a Akta Kastam 1967
  3. Satu salinan Memorandum and Article of Association (MAA).
  4. Satu salinan dokumen-dokumen (yang telah disahkan) di bawah Akta Syarikat 1965 seperti:
    • Borang 9 - Sijil Pendaftaran Syarikat Persendirian
    • Borang 13 - Sijil Pendaftaran Pertukaran Nama Syarikat, jika berkenaan,
    • Borang 24 - Penyata Pengagihan Saham,
    • Borang 44 - Notice of Situation of Registered Office and of Office Hours and Particulars of Changes, dan
    • Borang 49 - Penyata Lembaga Pengarah,Pengurus dan Setiausaha Syarikat dan maklumat pindaan status syarikat (di mana berkenaan).
  5. 3 salinan senarai lengkap mesin-mesin dan alat-alat kelengkapan yang akan digunakan.
  6. 3 salinan senarai lengkap bahan mentah / komponen yang digunakan dalam pengilangan barang siap.
  7. 3 salinan Carta Aliran Proses Pengilangan.
  8. Nisbah Pengeluaran (Input / Output).
  9. Salinan Lesen Mengilang di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 (jika ada).
  10. 3 salinan asal pelan yang diluluskan oleh Arkitek Bertauliah yang menunjukkan dengan jelas perkara-perkara berikut:
    • Pelan kedudukan tapak (site plan)
    • Susunan premis (premise layout plan)
    • Kedudukan sebelah dalam (internal layout plan)
  11. Pelan-pelan tersebut hendaklah diberi petunjuk dan diwarnakan mengikut skim warna seperti di bawah:
    • Ruang Bilik Bahan Mentah - Biru
    • Ruang Bilik Barang Siap - Merah Jambu
    • Ruang Pengilangan - Kuning
    • Ruang Pembungkusan - Hijau
    • Ruang Mesin-mesin - Coklat
    • Kawasan Berpagar - Merah
    • Ruang IPC dan RDC - Hitam
    • Ruang Sisa / Hampas - Oren
​​