• A
  • B
  • C
  • D
  • E
  • F
  • G
  • H
  • I
  • J
  • K
  • L
  • M
  • N
  • O
  • P
  • Q
  • R
  • S
  • T
  • U
  • V
  • W
  • X
  • Y
  • Z

A

Agen

Seseorang yang bertindak bagi pihak prinsipal di luar negara dalam menguruskan pembekalan yang dikenakan cukai di Malaysia.

Kembali ke atas

Balasan

Sebarang pembayaran yang dibuat atau akan dibuat dalam bentuk wang atau bukan wang berhubung dengan transaksi atau perdagangan.

Bekalan Dikecualikan
  • Pembekalan barang atau perkhidmatan yang tidak tertakluk kepada CBP.
  • Pembekal pembekalan yang dikecualikan tidak berhak untuk menuntut kredit cukai.      
  •  Senarai pembekalan yang dikecualikan hendaklah ditetapkan oleh Menteri dalam Perintah yang disiarkan dalam warta.

Barang

Apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih tetapi tidak termasuk wang.

Bekalan Di Luar Skop

  • Bukan pembekalan di bawah Akta CBP.
  • Pembekal yang membekalkan pembekalan di luar skop tidak boleh didaftarkan di bawah CBP.
  • Pembekal tidak dibenarkan untuk menuntut kredit cukai input bagi perniagaannya.

Kembali ke atas

C

Cukai Input

Mana-mana CBP dibayar pada perolehan barang atau perkhidmatan oleh orang kena cukai bagi maksud menjalankan perniagaannya.

Cukai Output

Mana-mana CBP dikutip ke atas pembekalan barang atau perkhidmatan oleh orang kena cukai.

Kembali ke atas

D

Kembali ke atas

E

Ekonomi Bayang-Bayang / Ekonomi Hitam

Merujuk kepada aktiviti perniagaan yang tidak boleh dikesan dan dicukai yang mana tidak dapat ditunjuk atau digambar di dalam pengiraan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kembali ke atas

F

Kembali ke atas

G

Kembali ke atas

H

Kembali ke atas

I

Invois Cukai

Suatu invois yang dikehendaki dikeluarkan oleh seseorang berdaftar yang mengandungi butir-butir yang ditetapkan berkenaan dengan apa-apa bekalan bercukai barang atau perkhidmatan yang dibuat di Malaysia.

Invois Cukai Dipermudahkan 

Invois yang mengandungi butir-butir asas tertentu yang tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Kastam. Invois ini boleh digunakan untuk menuntut kredit cukai input tertakluk kepada suatu amaun yang tidak melebihi RM500.00.

Kembali ke atas

J

Kembali ke atas

K

Kawasan Yang Ditetapkan

Suatu kawasan dalam lingkungan pulau Labuan, Langkawi atau Tioman.

Kredit Cukai Input

Kredit yang boleh dituntut oleh perniagaan secara automatik melalui offset cukai input terhadap cukai output yang dikumpul.

Kembali ke atas

L

Kembali ke atas

M

Kembali ke atas

N

Nilai Ambang

Nilai pusingan tahunan seseorang yang menentukan tanggungan untuk didaftarkan di bawah Akta CBP.

Kembali ke atas

O

Orang Berdaftar

Mana-mana orang yang membuat pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan dalam penerusan perniagaan di Malaysia.

Orang Kena Cukai

Mana-mana orang berdaftar atau perlu didaftarkan di bawah CBP yang merangkumi individu, pemilik tunggal, perkongsian, syarikat, pemegang amanah, pertubuhan, estet, kesatuan, kelab persatuan atau mana-mana pertubuhan termasuk jabatan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan.

  • Tertakluk kepada nilai ambang RM500,000 setahun
  • Membuat bekalan bercukai
  • Menjalankan perniagaan di Malaysia

Kembali ke atas

P

Perkhidmatan Diimport

Mana-mana perkhidmatan yang dilaksanakan atau digunakan di Malaysia yang dibekalkan oleh pembekal yang tidak berada dalam Malaysia atau menjalankan perniagaan di luar Malaysia.

Pelepasan 

Kuasa Menteri untuk memberikan pelepasan kepada mana-mana orang atau kelas orang tertentu daripada pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian CBP perlu dibayar berhubung dengan pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan.

Pembekalan

Semua bentuk bekalan barang atau perkhidmatan termasuk bekalan perkhidmatan diimport dan dilakukan untuk balasan
  • Mana-mana pemindahan harta keseluruhan barangan adalah bekalan barangan
  • Alienasi, pemindahan atau penyerahan tanah di bawah hakmilik adalah pembekalan barang
  • Pemindahan mana-mana bahagian harta yang tidak boleh dibahagi atau memiliki barang-barang untuk digunakan merupakan bekalan perkhidmatan
  • Apa sahaja yang bukan pembekalan barang tetapi dilakukan bagi suatu balasan adalah pembekalan perkhidmatan

Pendaftaran Sukarela 

Seseorang yang berdaftar secara sukarela walaupun dia tidak dikehendaki untuk didaftarkan di bawah undang-undang. Bagaimanapun, sebaik sahaja didaftarkan, dia perlu untuk kekal berdaftar selama sekurang-kurangnya dua (2) tahun.

Perkhidmatan Diimport 

Mana-mana perkhidmatan yang dilaksanakan atau digunakan di Malaysia yang dibekalkan oleh pembekal yang tidak tergolong dalam Malaysia atau menjalankan perniagaan di luar Malaysia.

Perniagaan 

Perniagaan termasuk apa-apa perdagangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau apa-apa aktiviti lain yang seumpamanya sama ada atau tidak adalah untuk keuntungan.

Pembekalan Berkadar Standard

  • Pembekalan barang atau perkhidmatan yang tertakluk kepada CBP.
  • Pembekalan berkadar standard berhak untuk menuntut kredit cukai input untuk perniagaannya.

Pembekalan Berkadar Sifar

  • Pembekalan barang atau perkhidmatan yang tidak tertakluk kepada CBP.
  • Pembekal pembekalan berkadar sifar berhak untuk menuntut kredit cukai input bagi input perniagaannya.
  • Senarai pembekalan berkadar sifar yang ditetapkan oleh Menteri disiarkan dalam Perintah yang diwartakan.

Pembekalan Boleh Dicukai

Apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan yang dibuat di Malaysia selain pembekalan dikecualikan dan pembekalan di luar skop. .

Kembali ke atas

Q

Kembali ke atas

R

Kembali ke atas

S

Skim Bayaran Balik Pelancong

Satu skim yang membolehkan pelancong yang layak untuk menuntut bayaran balik ke atas cukai yang dibayar atas barang-barang tertentu yang dibeli di Malaysia dari kedai diluluskan.

Kembali ke atas

T

Tempat Kediaman Biasa

  • Tempat di mana sebuah badan korporat yang diperbadankan atau undang-undang yang ditubuhkan
  • Tempat di mana sebuah badan yang tidak diperbadankan atau orang yang mempunyai pusat pentadbirannya
  • Tempat di mana individu biasanya tinggal

Tempoh Bercukai

Tempoh jarak waktu biasa di mana orang kena cukai adalah bertanggungjawab untuk mengakaun dan membayar kepada kerajaan tanggungan CBP beliau. Tempoh bercukai standard adalah pada setiap suku tahun.  

Kembali ke atas

U

Kembali ke atas

V

Kembali ke atas

W

Kembali ke atas

X

Kembali ke atas

Y

Kembali ke atas

Z

Kembali ke atas

​​