Content Editor

PENGENALAN

e-Eksais adalah satu sistem yang telah dibuat penambahbaikan kepada sistem EES. Sistem ini dibangunkan untuk memproses permohonan pelepasan kereta atau motorsikal daripada kilang/loji pemasangan dan juga untuk memproses pembayaran duti eksais secara Electronic Fund Transfer (EFT)

Sistem ini menghubungkan antara sistem pengilang, Sistem Maklumat Kastam dan Sistem RHB Bank dengan secara langsung menggunakan leased line.

Sistem ini merangkumi dua proses:

  1. Proses pelepasan kenderaan daripada loji pemasangan.
  2. Proses pembayaran Duti Eksais secara electronic fund transfer (EFT).

Lihat ALIRAN PROSES​ e-EKSAIS

CIRI-CIRI SISTEM e-EKSAIS

  • Sistem berupaya menerima maklumat dan memberi respon secara elektronik, samada kelulusan atau penolakkan dengan kod-kod yang ditetapkan;
  • Sistem menjalankan pemprosesan kelulusan pelepasan kenderaan dan pembayaran duti eksais secara automatik. Sistem dapat menjana nombor rujukan Kastam dan nombor resit bayaran duti eksais secara automatik;
  • Sistem boleh mengeluarkan laporan-laporan pemantauan yang diperlukan.

KEISTIMEWAAN e-EKSAIS

  • Jalinan hubungan antara sistem pengilang dengan sistem RHB Bank dan sistem Kastam tidak melalui pihak ketiga;
  • Pembayaran duti eksais dilakukan dengan menggunakan kaedah EFT yang lebih mudah, pantas dan selamat;
  • Pendaftaran kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan menjadi lebih cepat dan mudah;
  • Kos penyediaan dan penggunaan sistem murah dan menjimatkan;
  • Borang Eksais No. 7 tidak diperlukan.

PELAKSANAAN SISTEM e-EKSAIS

  • Sistem dibangunkan pada awal tahun 2001. Pengilang yang telah menggunakan sistem:

Bil.

SYARIKAT/PENGILANG

NEGERI

TAHUN

1.

PERODUA SDN BHD

WILAYAH

2004

2.

MODENAS

GURUN, KEDAH

2006

3.

PROTON

SELANGOR DAN PERAK

2001 , 2004

4.

UMW TOYOTA

SELANGOR

2001

5.

AUTOMOTIVE MANUFACTURER (M)

WILAYAH

2004

6.

ALLIED PACIFIC MOTOR

WILAYAH

2003

7.

NAZAR GROUP

KEDAH

2004

8.

SWEDISH MOTOR - FORD

WILAYAH

2006

- VOLVO

WILAYAH

2006

9.

NAZAR BIKERS SDN.BHD

SELANGOR

2006

10.

KAWASAKI SUNROCK

SELANGOR

2006

11.

DNC ASIATIC

SARAWAK

2007

12.

MOFAZ MOTOSIKAL

JOHOR

2007

13.

AUTOMOTIVE CONVERSION ENG.

WILAYAH

2007

14.

BOON SIEW HONDA

P.PINANG

2005

15.

HONG LEONG YAMAHA

WILAYAH

2005

16.

HONDA (M)

MELAKA

2005

17.

SUZUKI

P.PINANG

2005

18.

TAN CHONG MOTOR

WILAYAH

2005

19.

DAIMLER CRYSLER

PAHANG

2005

20.

MZ MOTRRAD

SELANGOR

2006

21.

ORIENTAL ASSEMBLER

JOHOR

2006

22.

BMW GROUP

WILAYAH

2006

23.

INOKOM/HYUNDAI BERJAYA

KEDAH

2004

24.

BKZ Motor

WILAYAH

2008

25.

DNC ASIATIC

WILAYAH

2008

26.

CHANGAN Motor

WILAYAH

2008

27.

MOFAZ Motosikal

SARAWAK

2008

28

NASIM Corporation

KEDAH

2008

29

ALADO Corporation

JOHOR

2008

30

MALAYSIA FORMULA BIKE

P.PINANG

2009