Maklumbalas pelanggan ke atas hasil pengauditan merupakan satu kaedah bagi mengukur mutu perkhidmatan pegawai-pegawai audit Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta pelaksanaan audit pematuhan. Pihak yang telah diaudit digalakkan untuk memberi maklumbalas bagi tujuan penambahbaikan ke atas perkhidmatan yang disediakan.

Pihak yang telah diaudit boleh memuat turun BORANG MAKLUMBALAS PELANGGAN dan hantarkan ke Bahagian Pengurusan Pematuhan Ibu Pejabat JKDM melalui:

            a)         Faksimili          : 03 - 8882 4914/4915/2766 atau

            b)         E-mel              : pematuhan.hq@custom.gov.my

Kerjasama daripada pihak yang diaudit akan membantu meningkatkan sistem penyampaian JKDM dengan lebih berkesan. Sila letakkan cop syarikat jika maklumbalas dihantar dengan faks sebagai tanda sahih penghantaran.​​​