1. Aktiviti tambah nilai yang dibenarkan adalah seperti berikut;

1.1 Research and Development (R&D)
1.2 Rekabentuk
1.3 Pemasaran – merujuk kepada International Procurement Centre (IPC)
1.4 Pengagihan – merujuk kepada Regional Distribution Centre (RDC)
1.5 Kawalan mutu
1.6 Pengujian
1.7 Pelabelan dan pembungkusan​

2. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Operasi Zon / Pengarah Kastam Negeri. Kriteria syarikat GPB yang boleh mengemukakan permohonan adalah seperti berikut:
2.1 Telah beroperasi melebihi 3 tahun di Malaysia.
2.2 Melabur dalam teknologi tinggi dalam pengilangan serta mengunakan sumber tenaga pakar.
2.3 Barang terlibat aktiviti tambah nilai dieksport 100% ke luar negara atau dijual kepada syarikat GPB / ZPB sebagai bahan mentah bagi pengilangan syarikat berkenaan.
2.4 Keutamaan adalah diberikan kepada penggunaan bahan mentah dan komponen tempatan.
2.5 Aktiviti tambah nilai berkaitan adalah berhubungkait dan untuk menampung aktiviti pengilangan utama.
2.6 Aktiviti melabel semula adalah tidak termasuk mengubah nama negara asal, kecuali jika terdapat aktiviti pengilangan yang menghasilkan produk baru (transformation).

3. Pengimportan barang melibatkan aktiviti ini hendaklah diikrar di dalam SMK dengan menggunakan kod jenis transaksi (transaction type) LV (Value added, remanufacturing, servicing & repairing).