​​(Maklumat dikemaskini sehingga 01 Januari 2020)


Import Sementara merupakan kemudahan untuk mengimport secara sementara tanpa bayaran duti kastam ke atas barang yang diimport untuk tujuan dieksport semula di bawah Seksyen 97 Akta Kastam 1967. 

Permohonan import sementara ini tert​​akluk kepada syarat-syarat dan prosedur yang ditentukan bagi memberi kemudahan untuk mengimport  barangan secara sementara dengan mengemukakan jaminan bank/cagaran bagi  melindungi duti yang terlibat. ​

Barangan yang diimport sementara hendaklah dieksport semula dalam tempoh 3 bulan dari tarikh ianya diimport.  Tempoh lanjutan boleh dipohon dan kelulusan akan diberi oleh stesyen dimana permohonan dibuat untuk tempoh sehingga 12 bulan lagi, sekiranya mempunyai sebab-sebab yang boleh dipertimbangkan.

Sekiranya tempoh lanjutan berikutnya masih diperlukan, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia (Bahagian Perkastaman) melalui Pengarah Kastam Negeri yang berkenaan untuk pertimbangan  Ibu Pejabat Kastam.

Walau apapun, kegagalan untuk mengeksport semula dalam tempoh yang dibenarkan, cagaran atau jaminan bank yang didaftarkan di pejabat kastam akan dituntut atau ditunaikan untuk menjelaskan duti/cukai terlibat. Dalam tempoh tersebut, sekiranya barangan hendak dijual, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri berkenaan dan duti/cukai hendaklah dijelaskan terlebih dahulu selepas kelulusan diberi. 

Permohonan Import Sementara boleh dibuat secara bertulis kepada Pejabat Pengarah Kastam Negeri di mana barangan akan diimport. 

Kelayakan barang-barang yang dibenarkan menggunakan   kemudahan Import Sementara adalah untuk tujuan berikut:-

·         Penyelidikan dan demonstrasi

·         Pameran, pertunjukan-pertunjukans eperti drama, muzik dan sarkas

·         Temasya, sukan, mesyuarat, persidangan atau acara yang bersamaan

·         Penilaian dan ujian

·         Untuk diperbaiki​


Syarat Penggunaan kemudahan Import Sementara:-

·         Barangan tidak boleh dijual atau tukar milik.

·         Barangan yang sama hendaklah dieksport semula ke negara asal sebelum   tamat tempoh.

·         Lesen/permit hendaklah dikemukakan bagi barangan yang tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 / Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017.

·         ​Barangan tidak boleh disewa, dijual, ditukar milik atau dimusnah tanpa kebenaran Pengarah Kastam Negeri.​


Prosedur Import/Eksport Barangan Melalui Import Sementara:-

Mengemukakan borang permohonan secara bertulis kepada Pejabat Pengarah Kastam Negeri di mana barangan akan diimport bersama dokumen sokongan seperti :

·         Inbois

·         Packing list

·         Bill of Lading/Air Way Bill

·         Sijil Pengesahan oleh pengguna terakhir

·        Bagi pameran bertaraf antarabangsa, surat kelulusan  oleh Kementerian Perdagangan antarabangsa dan industry(MITI), disertakan jadual pameran dan surat pengesahan daripada penganjur

·         Lesen/permit bagi barangan yang tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import ) 2017/Perintah Kastam (Larangan mengenai Eksport) 2017​


Pemeriksaan fizikal akan dilakukan oleh Kastam untuk pengesahan barangan.

 

PerlanjutanTempoh

·         Tempoh import sementara  yang dibenarkan adalah dihadkan kepada 3 bulan dari tarikh ianya diimport.

·         Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri sebelum tempoh kelulusan asal tamat.​


Jaminan Bank/Cagaran

·         Satu cagaran dalam bentuk jaminan bank yang bersamaan dengan jumlah duti/cukai terlibat hendaklah diperolehi daripada pengimport sebelum   barangan dilepaskan daripada kawalan kastam. Cagaran boleh dalam bentuk jaminan bank,  bank deraf, surat jaminan, Bon Am.

·         ​Pengimportan oleh pihak kedutaan boleh menggunakan surat jaminan.

·         ​Pengimportan oleh Jabatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, Pertubuhan Sukan dan Badan-Badan kebajikan boleh menggunakan surat jaminan atau Bon Am.

·         Pengimportan oleh pihak swasta walaupun untuk Jabatan Kerajaan hendaklah  menggunakan jaminan bank atau bank deraf

·         Pengimportan oleh Syarikat-syarikat Perfileman  Asing untuk membuat penggambaran yang bertujuan publisiti kepada Malaysia di luar Negara, boleh dibenarkan menggunakan surat jaminan dengan syarat mendapat kelulusan untuk membuat penggambaran daripada Kementerian Penerangan Malaysia terlebih dahulu  atau sokongan daripada Kedutaan-Kedutaan Asing yang berkenaan.​

Cagaran yang dikemukakan oleh pengimport hendaklah meliputi tempoh import sementara yang diluluskan. Bagi tujuan mendapatkan semula cagaran terlibat, salinan borang  Kastam 2 hendaklah dikemukakan  sebagai bukti pengeksportan telah dibuat.​


Sebab-sebab yang boleh dipertimbangkan untuk lanjutan tempoh diluluskan:-

·         ​Pengimportan sementara untuk tujuan penyelidikan, memerlukan tempoh lanjutan melebihi  tiga bulan kerana kajian masih belum selesai dan memerlukan tempoh lanjutan.

·         Projek pembangunan yang memerlukan tempoh lebih lama dari tiga bulan.

·         Sebab-sebab lain yang kritikal memerlukan tempoh pengimportan sementara melebihi tiga bulan.

Seksyen 97 - Pelepasan daripada duti ke atas barang-barang yang diimport untuk sementara

 

Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa barang-barang diimport hanya untuk sementara dengan suatu maksud pengeksportan semula yang berikut, dia boleh membenarkan barang-barang itu diserah ketika pengimportan tanpa pembayaran duti tertakluk kepada pembayaran s uatu deposit senilai dengan tidak kurang daripada amaun duti yang akan kena dibayar jika barang-barang itu diimport bagi kegunaan tempatan atau cagaran diberi dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bagi pembayaran duti itu. Deposit itu hendaklah dibayar balik atau cagaran itu dikembalikan jika barang-barang itu dieksport semula dalam masa tiga bulan dari tarikh pengimportan atau dalam apa-apa tempoh tambahan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah.​